RIBUT SEBELUM MAGHRIB MELANDA FASA 1A MANJUNG

Ahad, 3 Mei. Sblm Maghrib. Angin entah ribut entah pukulan apa dalam lebih kurang tidak sampai 5 minit datang melanda sekali lagi sejak akhir-akhir ini begitu kuat pada waktu yang sama (sblm maghrib) dan hari yang sama (ahad). Jadi, saya menamakan ribut ini, ribut sebelum maghrib kerana waktunya melanda adalah sama setiap kali berlaku.

Pertama kali berlaku di depan mata saya adalah bulan 2 2009 semasa sedang menikmati minum petang yang agak lewat di sebuah kedai di Taman Samudera. Ribut telah menerbangkan segala meja dan kerusi yang berada di kaki lima kedai tersebut, serta perkakasan gerai luar kedai tersemban menyembah bumi. Rakaman video telah diambil tapi sayang tidak tahu ia berada dalam simpanan mana saya. Kejadian ini diceritakan oleh member otai manjung, di Giant terjadi seperti samapah bergelimpangan di mana jualan di Pasar Malam Manjung habis berterbangan sekelip mata, pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri dan keluarga. Lampu-lampu lip-lap MPM habis tumbang dan Papan iklan (signboard) kedai kebanyakannya hanyut dipukul ribut. Siren-siren polis, ambulan dan bomba bertempiaran di jalan-jalan.

Kejadian semalam, saya sekeluarga berada di rumah secara tiba-tiba angin memasuki ruang tingkap-tingkap di atas dengan berderup dan seperti tiupan seruling mengalunkan alunan semulajadi. Selepas Maghrib, saya ke tempat untuk 'surf' internet, keluar dari simpang Fasa 1A kelihatan sebuah pokok telah tumbang dan telah dipotong bagi membolehkan laluan kenderaan di Jalan Kayu Manis ( Jalan Yang Lurus yang dilitupi pokok-pokok sepanjang jalan- the'cool' road in Manjung). Terima Kasih Kepada MPM kerana bertindak pantas bagi membuka laluan.

Akar sebesar manapun tidak dapat menahan Ribut Sebelum Maghrib. Tumbangnya Pokok yang berusia lebih puluhan tahun bukti tiada yang hebat dari Kuasa Allah.


Akar sebesar manapun mencengkam tanah tidak dapat menahannya, akar juga tunduk kepada kejadian Allah.

Keesokan awal paginya, kelihatan jelas pokok yang mati membaringi mengadap ke arah kiblat seperti jenazah yang dibaringkan.

Dalam jam 9 pagi ini, pihak MPM telah membersihkan kawasan itu. Tahniah diatas kecekapan dan tindakan pantas MPM.

OM : Sekiranya anda mempunyai foto atau kejadian yang sama boleh menghubungi OTAI MANJUNG.

No comments:

My POST