MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 5

DS Nizar bersama Mangsa Bencana Ribut Awal Pagi @ Manjung.

1. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN MANGSA RIBUT
2. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA - 2
3. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 3
4. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 4

Memerhati sekeliling alam...mengadap kesan bencana, kenapakah ini berlaku?

"KAWAN CUBA DENGAR APA JAWABNYA, KETIKA IA KU TANYA MENGAPA BAPAK IBUNYA TELAH LAMA MATI DITELAN BENCANA TANAH INI. SESAMPAINYA DI LAUT , KU KHABARKAN SEMUANYA, KEPADA KARANG, KEPADA OMBAK, KEPADA MATAHARI, TETAPI SEMUA DIAM, TETAPI SEMUA BISU, TINGGAL AKU SENDIRI TERPAKU MENATAP LANGIT, BARANGKALI DI SANA ADA JAWABNYA, MENGAPA DITANAHKU TERJADI BENCANA, MUNGKIN TUHAN MULAI BOSAN MELIHAT TINGKAH KITA YANG SELALU SALAH DAN BANGGA DENGAN DOSA DOSA ATAU ALAM MULAI ENGGAN BERSAHABAT DENGAN KITA. CUBA KITA BERTANYA PADA RUMPUT YANG BERGOYANG."- Ebiet G.Ade


Apakah yang tersirat dihati Pemimpin pilihan Rakyat ini? Kawasan Lapang ini dipukul ribut menumbangkan 4 batang pokok kelapa. MB diberitahu penduduk kampung, dulunya sekitar berhampiran kawasan bencana ini dipenuhi kawasan bakau tapi telah dirobek menjadi kolam ternakan udang oleh pihak yang berkentingan dikalangan pemimpin di zaman pemerintahan yang telah ditolak oleh rakyat semasa PRU ke 12.

Keluarga Mangsa menceritakan bagaimana kejadian ribut yg mengejutkan mereka dari tidur dan menyelamatkan anak-anak.

Di rumah mangsa inilah kami bertemu dengan 'HERO MANJUNG @ Otai Lekir'. Rumahnya tidak mengalami kesan ribut tapi mengalami 'keributan zambry' yang menyebabkannya menghalau Zambry Kadir dari mencerobohi kawasan rumahnya. Ceritanya disini : http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/musibah-manjung-zambry-kena-halau.html

Mangsa mendapat perhatian MB dan Skuad Bantuan Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang.

Ketua PAS Caw. Pasir Panjang, Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang (Pak Hamidun) dan ADUN Pasir Panjang merangkap MB Perak membincang tindakan yang harus diambil.

Melihat lebih dekat kesan bencana.

Abang dan adik comel ni sempat menyapa OM dan menceritakan kejadian, "Bunyi kuat, abang terkejut haaa..cepat2 bangun..adik, mak, abah pun sama...haaa...tgk tu..tgk tu..haaaa". Alhamdullillah, mereka selamat sekeluarga.

Kesan hentaman pokok yang tumbang.


No comments:

My POST