PUASA SUNAT & HIMPUNAN AMAN BUBAR DUN @ MANJUNG - MOH KITE!!

DS NIZAR BERSAMA RAKYAT @ MANJUNG JAM 6PTG, 1 JUN 2009

31 Mei 2009
Esok (1 Jun 2009):Puasa sunat dan Himpunan aman bubar DUN (Blog CINA ISLAM) Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:00 PM
Bersempena dengan Himpunan Aman yang di arahkan oleh Sekretariat pakatan Rakyat Perak, maka dengan ini saya berseru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat Perak khususnya yang berada di Negeri Perak, dan tidak terkecuali kepada yang berminat di seluruh Malaysia untuk kita melaksanakan ibadah puasa sunat hari Isnin.Pada Waktu maghribnya satu Majlis Tahlil dan Berbuka di adakan di markaz yang ditentukan oleh PAS kawasan masing-masing. Sehubungan dengan itu untuk DUN titi Serong diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong bermula pada jam 6.45 petang.Acara Selepas berbuka dan Maghrib ialah Bacaan Yassin. Selepas Solat Isya berjemaah akan diadakan solat hajat.Akhirnya sekali ialah majlis taklimat Isu-isu semasa oleh ADUN setempat dan ketua-ketua parti yang hadir.



DS NIZAR @ MANJUNG, ISNIN - 1.06.2009.
Jadual Perancangan yang diberitahu kpd OM secara ringkas:

Tarikh : 1hb Jun 2009 (Isnin)
Tempat : Markas PAS Cawangan Pasir Panjang
Masa : 6ptg hingga 12mlm

Aktiviti :
1. Ucapan Penyelia DUN Pasir Panjang, En. Hamidun
2. Ucapan ADUN Pasir panjang, DS IR Nizar
3. Pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Rakyat Mohon Bubarkan DUN Perak.
4. Majlis Berbuka Puasa ( Menu Rakyat : Kambing masak Kurma disediakan oleh PAS cawangan Samudera - Chef Rahim)
5. Solat Maghrib.
6. Tazkirah.
7. Solat Isyak.
8. Solat Hajat.
9. Majlis Penyerahan Kunci Van Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang (Sumbangan oleh ADUN Pasir Panjang)
10. Ceramah oleh DS NIZAR & DATO NGEH.

(Sumber maklumat dari Pejabat DUN Pasir Panjang)

Sunday, May 31, 2009
Jun 1 : Hari Gelap Gelita Satu Perak
Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak.Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak. Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz. Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah. Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN.
Digalakan berpakaian hitam esok!
Posted by alhusseyn at 5/31/2009 09:57:00 PM

3 comments:

cicitHJHASSANu said...

jgn lupa doa tolak bala,sejak jibby rampas kuasa kt perak ni macam2 musibah dah sampe kt manjung..

Ahmad Kamal said...

Pasai apa nak kena gelap gelita?? Kenapa nak kena pakai baju hitam, kalau tengah panaih pakai baju ni ,naik haba lagi panaih, perasaan akan tak tentu hala. Nabi Muhammad suruh buat Lagu ni ka, kalau kita nak nak tunjuk perasaan kita? Kalau kita nak puasa sunat pun nak kena habak satu dunia ka. Tanya diri kita balik, hari Isnin dan Khamis yang disunatkan puasa, kita selalu dok buat ka??

Berpolitik. politik jugak, kalau terpaksa menipu diri, hanya diri kita yang tahu.

Wahai sebangsa dengan aku, kita kurang berpolitik, kita buat kerja yang lebih berfaedah, kurang berretorik, kurang berpolemik, insyaallah kaum kita akan lebih berjaya ....Insyaalllah bersatulah kita.

myra said...

ohoo...patutlah mlm semlam area taman samudera gelap gelita....igtkan blackout....hi hi hi...

My POST