STORY OF FIAT 124's OTAI MANJUNG

Ini alkisah peminat kereta lama, Otai Poi yang terang-terangan menyayangi kereta lamanya yang terbaru FIAT 124. Sebelum ini Otai Poi pernah memiliki kereta lama MINI yang dibeli dari seorang rakan Otai Manjung namun terpaksa dijual kerana 'spare part' enjinnya yang sukar dan tidak dapat ditukarganti, body MINI kali terakhir saya melihatnya di woksyop Ipin di Batu 8, Lekir.

Kini Otai Poi beralih arah dengan membeli kereta FIAT 124 dari seorang berbangsa Cina di Ipoh. 98% kereta itu masih dalam keadaan original kecuali 'sistem air-cond'nya yang ditambah.


Otai Poi sedih melihat keretanya yang tersadai di woksyop Seri Iskandar

Namun pada pertengahan 2008 kereta ini mengalami kerosakan enjin dan terpaksa diserahkan kepada foreman yang kurang bertanggungjawab untuk membaikinya. Biasalah, orang kita duit pendahuluan dimintanya dulu tapi Otai Poi tak kisah janji kereta kesayangannya dapat disiapkan dengan segera dan tidak mempedulikan khidmat nasihat kawan-kawan otai yang lain agar tidak membayar penuh sehingga kereta itu disiapkan.



Kereta tersadai hampir setahun, Foreman kita memberi pelbagai alasan tanpa rasa bersalah. Bayaran sudah langsai tapi kereta belum selesai.

Atas dasar kawan, Otai manjung bersama Otai sariman dan Otai Basher ke Seri Iskandar pada awal bulan 1 2009 untuk menyelesaikan perkara ini. Namun, setelah ke woksyop pertama orangnya berkata yang bertanggungjawab adalah pomen tut tut kerana mereka tidak dapat selesaikan atas sebab komponen yang dibuka oleh pomen tut tut telah hilang, dan pomen tut tut diberhentikan dari situ. Mereka memberikan alamat pomen tut tut untuk kami berjumpa dengannya. Tapi kami agak tidak berpuashati kerana Bosnya senang melepaskan segalanya tanpa rasa bersalah. Kami sempat memberikata dua padanya, "Bos macamanapun harus bertanggungjawab, tak boleh lepaskan perkara sebegini begitu sahaja, nextime orang takkan percaya lagi kalau nak hantar repair kat sini".



Komponen FIAT 124 yang masih original dari negara pembuatannya ITALY.
Sesampai di rumah pomen tut tut, dia tidak ada di rumah, isterinya memberikan tempat dia bekerja di SM Dairy Bota Kanan. Tiba di sana, kami menelefon telefon bimbitnya, nasib dia nak bertemu kami. Kami selesaikan dengan perbincangan walau di hati memberontak, berbagai alasan diberinya yang telah kami baca sebelumnya. Dengan belas ikhsan, saya tanpa banyak berbicara memberi masa 2 minggu untuk dia selesaikan kereta itu tanpa penambahan bayaran walaupun tahu dia tidak akan dapat menyiapkan dalam masa ini tapi sekurang-kurangnya dia berasa bertanggungjawab dengan ugutan yang agak keras ini. Jika tidak, dia akan mempermainkan Otai Poi dengan senang hatinya. Ini terpaksa dilakukan.
,

Setelah diselidik, Starternya telah hilang dan masing-masing tidak mengaku bertanggungjawab.


Demikian, sehingga ke hari ini ( 2 bulan lebih dari tarikh perjanjian) kereta ini masih tersadai namun telah dialihkan lokasinya ke sebuah woksyop lain di Seri Iskandar juga. Otai Poi hingga hari ini masih menaruh harapan agar pomen itu dapat membaikinya dengan seberapa segera. Dari ia lenyap di permukaan bumi ini lebih baik ia siap walaupun lambat. Biar lambat asalkan selamat. Berdoa adalah antara senjata kami.

OM: Dinasihatkan agar waspada dengan pomen orang kita seperti ini agar anda tidak terkena seperti masalah ini. Seharusnya, pomen lebih bertanggungjawab dan jika tidak boleh katakan tidak boleh, jangan kerana duit anda terdesak mengatakan boleh. Boleh tu memang boleh tapi Boleh Blahhhh. Saya cuba membodek Otai Poi agar jual sahaja bila kereta ini siap tapi dihatinya berat, saya tahu isihatinya.....orang lama yang tidak berbini, kereta inilah bininya......Jika ada bidaan yang tinggi, saya akan nasihatkan Otai Poi menjualnya. (tuan penasihat 20%). Saya percaya dengan kekuatan body nya dan spesifikasinya yang masih original, ramai peminat kerta lama mahukannya.....Mai mai mai lelong lelong, saya buka dengan nilai RM500, 000.00.....mai mai mai. Kawan Italy saya pun terkejut kereta buatan negaranya masih ada di sini...(Hanya orang kaya je yang main kereta lama-lama ni, kos maintenance nya cukup tinggi)

3 comments:

helmi said...

kalau RM 1000 boleh jual ke?

Anonymous said...

Nak jual tak? kereta ni? kat melaka ada specialis Fiat untuk model-model lama camni..

Anonymous said...

nih kalau sparepart susah nk carik mesti mahal nih..

My POST