Terima Kasih buat Orang Lama Manjung, Pak Hamidun yang berasal dari satu kampung bonda OM Teluk Bakong kerana memberi kata-kata semangat perjuangan yang OM lakukan. OM adalah KAMI yang dasarnya bukan dari golongan orang-orang alim apatah lagi seorang Ulama. Oleh kerana blog ini khas buat semua terutama orang Manjung, maka OM tidak banyak mengutarakan isu-isu politik, akan tetapi oleh kerana isu MB Perak berkaitan dengan orang-orang Manjung (Dun P.Panjang) maka penulisan ini berdasarkan kaitannya dalam beberapa siri.
OM hargai Pak Hamidun atas jemputannya ke dalam PAS Manjung, bukan menolak atau tidak sudi tapi biarlah OM dari belakang menyatakan sokongan dan memberi kerjasama dari luar. OM tetap bersama Pak Hamidun memperjuangkan kebenaran. Lagipun, OM tidak mahu diri OM yang tidak sempurna akan mencacatkan PAS secara tidak disedari. Namun, OM secara sukarela membantu PAS dan menyokong penuh dalam perjuangannya. Buat PAS Manjung, OM berharap anda tidak mengasingkan kami dan berilah nasihat jika kami terpesong dari arah perjuangan. Mohon juga, PAS dapat memberi info atau apa-apa bantuan yang diperlukan. Insyaallah, kami sedaya upaya akan melakukannya.
CONGRATE buat PAS Manjung kerana anda telah berjaya menawan orang-orang Manjung. Teruskan perjuangan anda!! Pak Hamidun, don't worry, we're PAS supporters.
Penulisan ini berkaitan :
Sedikit petikan TGNA yang telah meredakan kekeliruan berhubung ulama dan professional, petikan dibawah melambangkan ketinggian ilmu seorang Mursidul Am dan seorang yang berpandangan jauh :
Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?
Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.
Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.
Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?
Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.
#OM Atan telah menyiapkan tugasannya menyiapkan montage Dewan Muslimat PAS untuk Muktamar akan datang. Bagi badan/persatuan yang memerlukan khidmat OM, kami sedia menerimanya dengan harga yang berpatutan mengikut kehendak yang dipersetujui oleh pelanggan sendiri. Hope rakan blogger lain dapat mengiklankan bagi pihak OM.
No comments:
Post a Comment