Rasanya ramai orang lama di Manjung yang pernah nampak seorang pemuda-tua berbasikal 'gaya tersendiri' ini di jalan-jalan raya sekitar Manjung terutamanya Seri Manjung. Mengikut dari ceritanya, seluruh Perak dah dia berbasikal pergi-balik dan tidak menetap di destinasinya.
Pada hari Ahad yang penuh peristiwa di Seri Manjung, OM dikejutkan oleh isteri jam 3 ptg mengatakan ada orang cari OM di depan rumah. Pada mulanya agak terkejut kerana diberitahu Yeop yg berbasikal tu cari OM, apahal gamaknya. OM mulanya menolak kerana terlalu penat hari tu (Program RT dan Perhimpunan Umno), dan baru 10 minit lelap, tapi alasan Yeop yang mungkin susah nak jumpa lewat petang sebab Yeop nak jalan jauh katanya tak tahu bila balik, OM turutkan berjumpa Yeop yang bersama OM Poi.
TOPI KESELAMATAN YANG DIUBAHSUAI DAN SARUNG TANGAN SEBAGAI PENJAGAAN KESELAMATAN. DULU TIDAK ADA 'VISOR' MENYEBABKAN MATA KIRI YEOP KINI TIDAK BERFUNGSI, BTW TETAP BERKAYUH TAPI YEOP CUBA HINDARI PULANG DIWAKTU MALAM KERANA MATANYA.
Setelah bersalaman, OM terus tanya apa hajat Yeop untuk berjumpa OM, rupanya Yeop mahu tahu samada OM ada simpan majalah sinar?..(tak pasti) yang memaparkan gambar Yeop semasa penyampaian Bantuan Kemiskinan yang diuruskan bonda OM. Yeop nak buat 'collection'!! OM tak pasti ada ke tidak, OM berjanji jika OM ada terjumpa OM akan hantar sendiri ke rumahnya.
Bagi OM, Yeop kita ni memang cukup terkenal samada di surat-surat khabar, majalah mahupun di jalanan. Siapalah Yeop tanpa basikalnya dan apalah basikal tanpa Yeop. Hakikatnya, semenjak OM kenali Yeop pada awalnya di kedai runcit 'Zakri' dari OM kecil lagi hinggalah OM dah berumahtangga dan beranak 2, Yeop masih 'steady' dan mengekalkan identitinya dengan minat yang tak pernah luput. Berbasikal itulah minatnya sejak dari kecil katanya.
OM SEMPAT BERTANYA AKAN MAKNA '2077' : 2 MAKSUDNYA TIDAK BERKAHWIN LAGI, 077 MAKSUDNYA GELARAN YEOP DULU SEBAGAI 'JAMES BOAN'
Dikesempatan perjumpaan yang tidak dirancang ini, OM berbual panjang dengan Yeop yang menceritakan akan minatnya berbasikal. Mengikut perkiraan OM, Yeop boleh dijadikan IKON orang yang minat seumpamanya. Yeop yang dilahirkan tahun 1946, kini mencecah 63 tahun umurnya. Namun, bukan perhentiannya disini, tiada noktah untuk berbasikal bagi Yeop, selagi terdaya kakinya mengayuh basikal selagi itu dia akan menjelajah ke mana sahaja tanpa menghirau usianya. Itulah Yeop yang akan membalas 'horn' basikalnya kepada peminat dan kenalannya yang memberi sokongan atau lambaian semangat kepada Yeop.
JIKA ADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI BANTUAN ATAU MENJEMPUT YEOP KE MAJLIS2 TERTENTU, BOLEH HUBUNGI YEOP. NAK MASUK MEMINANG PUN BOLEHHHHHH!!!!
Yeop..yeop..yeop. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dia bukan nak 'glamour' tapi telah termaktub hobinya adalah pengisian hidupnya, basikal basikal basikal. Kehebatan Yeop tidak seperti 27 tahun dulu yang OM kenalinya, ini diakui Yeop sendiri dan oleh kerana itu, basikalnya juga disediakan tempat Yeop untuk 'melegakan' diri samada ketika berhenti ataupun ketika basikalnya terus menyusuri liku-liku jalan. Pernah OM berselisih dengan Yeop dalam perjalanan ke Ipoh selepas Ayer Tawar pada usianya sebegini, kita yang menaiki kereta pun adakalanya menyumpah-nyumpah bila terjerat di jalan-jalan yang tak elok....apa ni, road tax bayar tapi jalan mcm tut tut tut!!! tapi Si Pemuda Tua Manjung ini tidak kenal erti susahpayah dalam perjalanannya, yang dituju harus sampai dengan selamat dan kembali ke Seri Manjung dengan tabah dan tenang. Bukan ada rekod yang dicatitnya, jika ada yang merekodnya pasti Yeop tercatat namanya di 'World Guiness Book of Record' apatahlagi 'Malaysia Guiness Book of Record'.
BASIKAL 'GAYA TERSENDIRI' INI BANYAK BERJASA KEPADA YEOP.
Begitupun, bukan kerana nama tujuan Yeop, ramai juga jemputan yang diterima oleh Yeop, Jabatan2 kerajaan, sekolah2 dan pelbagai badan menjadikan Yeop sebagai Ikon untuk memberi semangat kepada mereka-mereka yang sama bidang minatnya dgn Yeop atu bidang2 lain yg tiada kaitan dgn basikal. Hanya sebagi peransang, jika pemuda tua ini boleh, mengapa pemuda yang muda tidak. Moga Allah memberkati Yeop ke atas perjuangan dan kelebihan hidupnya. Yeop mendahului Dato' Hassan (mantan YDP MDManjung -orang pertama M'sia yang mengelilingi dunia) dan lain-lain pelumba basikal Le' Tour de Langkawai jika mengikut kayuhannya dari kecil hingga usianya kini yang mencecah 63 tahun tidak berhenti mengayuh. Cukuplah dengan kepuasan hatinya sendiri, Yeop mengayuh bukan kerana nama.
LAMBAIAN DAN 'HORN' YANG TAK PERNAH HILANG SEBAGAI IDENTITINYA. YEOP STEADY!!
4 comments:
emmm memang dah lama jugak mc kenai si yeop ni,dari mc dok berulang dari base navy dulu tapi masa 2 x la berapa mesra sangat,tapi sejak mc berpindah ke taman emas ni mc selalu jumpa yeop sebab yeop kerja kt kedai runcit jalan nk ke rumah mc,memang tabah orangnya moga yeop sihat hendaknya,yeop boleh jugak dikira sebagai otai manjung ataupun ikon kawasan manjung ni.Hidup yeop
teman pun udah lame tak nampak pak yeop ni,dulu masa teman berulang alik ke SMAB mmg selalu jumpa dia...dulu pak yeop ni khoje dekat sykt hosni bersaudara kedai runcit kat manjung sebelah kedai hardware...tp teman mmg salute dgn kederat pak yeop ngayuh sikal merata...
OM, yeop ni bukan sebarang org, dia pandai bersajak,,kalu selalu sembang dgn dia, banyak sajak yg dia karang,,jiwa seni la katakan..
Teman bangga bebeno dgn yeop ni...terharu mndengor citenye..semoga Allah memnjangkn usia yeop..hati dia baik..Salute kt Yeop..!!!
Post a Comment