Bila duk asyik dengan kisah DEWAN UNDANGAN NEGERI Perak dicemari, teringat pulak yang mana penduduk Seri Manjung rupanya tidak ada DEWAN SERBAGUNA.............
Satu ketika dahulu, OM pernah dijemput untuk menghadiri satu perhimpunan UMNO BHGN LUMUT di dewan orang ramai Teluk Muruh, Lumut 2 tahun yang lepas. Pada mulanya, OM agak malas untuk menghadirinya, akan tetapi sifat ingin tahu apa yang ingin dimajukan oleh UMNO cawangan Seri Manjung dan menghormati jemputan yang dibuat oleh bapak-bapak OM, OM ikutinya juga. Walhal, OM bukan ahli apatah lagi memegang jawatan di dalam UMNO, tapi mungkin kerana mereka ingin membawa OM masuk ke dalam UMNO, dan terbukti sehari selepas perhimpunan itu OM diberi borang untuk diisi. Ketua Cawangan, Sdr Jamal, mengayat OM agar dapat membantunya dalam mencari lebih ramai ahli, dan menguatkan UMNO cawangan Seri Manjung. Tatkala, borang itu kini entah hilang ke mana ditiup angin membawa pergi......
Dalam perhimpunan itu, berkumpullah para pemimpin tertinggi UMNO bhgn Lumut dan menghujahkan hal-hal berkaitan secara terbuka. Satu demi satu ketua cawangan membawa isu, cerita sejarah lapuk lingkungan UMNO, cerita hal merdeka (apa benda la, orang muda sekarang nak tahu ke hadapan, pi gebang pasal susah payah nak tuntut merdeka) dan pelbagai permintaan untuk dituntut. Kebanyakan isu, seperti Penglipur Lara orang lama UMNO mendendangkan cerita buatan UMNO tentang mencapai kemerdekaan, menidurkan pemuda-pemuda yang berada di dalam dewan. Kehadiran tidak ramai, tetapi semuanya berjawatan di dalam UMNO Manjung, tapi sayangnya isu yang diketengahkan amat tidak menarik.
Bagi pihak penduduk Seri Manjung, OM berjaya usulkan kpd ketua cawangan (sebelum dia beri ucapan) untuk mewujudkan sebuah DEWAN ORANG RAMAI untuk aktivi penduduk Seri Manjung. Sedar atau tidak, Seri Manjung yang menempatkan orang-orang lama dan golongan profesional yang telah membangunkan kawasan Seri Manjung dan Manjung amnya terdahulu, tidak mempunyai DEWAN SERBAGUNA ORANG RAMAI?!?!?!
Walaupun Seri Manjung seperti ibarat 'ibu negeri daerah Manjung' yang mempunyai Stadium hoki, bola, lawn ball dan 2 buah dewan serta dewan Pejabat Pentadbiran daerah Manjung, namun ia dibawah Majlis Perbandaran dan sektor kerajaan. Sedangkan kawasan-kawasan lain ada Dewan Serbaguna untuk kegunaan orang ramai. Ketika usul ini dibangkitkan ketua cawangan, dia sempat berkata kawasan Seri Manjung adalah kawasan kuat pembangkang, maka dia mohon 'senjata' yang lebih untuk menentang musuh, dengan harapan UMNO Bhgn Lumut akan memberi peruntukan yang lebih untuk membeli 'peluru' yang banyak. Senjata itu adalah duit dan peluru itu adalah penduduk Seri Manjung.
Sehingga ke hari ini (setelah 2 tahun permohonan), tiada sebarang kerja-kerja konkrit dibuat, kini hanya usul dibangkit setiap tahun bagi memenuhi teks ucapan ketua cawangan. berkemungkinan 'senjata' telah diberi namun tiada peluru yang dibeli, maka 'senjata' makan tuan atau tuan makan 'senjata'.
OM amat berharap agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat melakukan sesuatu tambahan pula MB Perak adalah dari DUN yang meliputi kawasan Seri Manjung (DUN P.Panjang). Ini adalah kepentingan untuk penduduk Seri Manjung untuk melakukan aktiviti dan program yang sihat dan membenteras kegiatan 'songsang' remaja kini. Banyak faedahnya, KRT yang dipengerusikan oleh orang lama Manjung, En. Fuad rasanya tidak perlu meminjam mana-mana pejabat untuk menjalankan perbincangan aktiviti kejiranan Seri Manjung.
OM cadangkan wakil-wakil penduduk Manjung dalam sesuatu badan atau persatuan menyatakannya kepada Ahli Parlimen Lumut merangkap Menteri Perumahan, Dato' Kong Cho Ha, yang akan merasmikan program pada 17 Mei ini. Lokasi yang dicadangkan adalah padang berhampiran Surau Madah fasa 1A. OM ingin kemukakan 2 pilihan, samada mewujudkan Dewan Orang Ramai atau Padang Futsal berpagar menggunakan teknologi rumput tiruan sepertimana DBKL melakukannya di taman-taman perumahan. Akan tetapi, OM berharap benar agar prosesnya tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan diri dan prosesnya mestilah telus. Janganlah pula bila dewan sudah wujud digunakan oleh mana-mana badan untuk tujuan politik, tambahan pula jika Surau Madah sedang bertazkirah di dewan pula adakan hiburan yang mengganggu jemaah yang kusyuk mendengar tazkirah.
Buat pemimpin yang mempunyai jawatan dan kuasa dalam mana-mana badan kerajaan/parti/ngo, pertimbangkanlah cadangan ini dengan sedaya mungkin dan bertindak secepat mungkin. Pastinya, penduduk Seri Manjung amat menghargai jasa anda dalam menjayakan cadangan ini. Ketika ini, ramai penduduk Seri Manjung menggunakan dewan sekolah cina di Kg Cina dan Dewan yang disewakan untuk kegiatan 'indoor game'.
OM : Teringat arwah Tok OM, Allahyarham Hj Mat Sharif sebagai pengutip derma bagi mewujudkan Surau Madah pada awal 80an. Kini, Surau Madah banyak berjasa kepada Muslim Manjung dulu, kini dan selamanya. Semoga Allahyarham dirahmati Allah. Ameen.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2009
(284)
-
▼
May
(56)
- PUASA SUNAT & HIMPUNAN AMAN BUBAR DUN @ MANJUNG - ...
- MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD ...
- MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD ...
- MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD ...
- MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD ...
- MUSIBAH @ MANJUNG : ZAMBRY KENA HALAU KETIKA LAWAT...
- MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN MANG...
- MUSIBAH @ MANJUNG : ZAMBRY KENA HALAU KETIKA LAWAT...
- UMNO GUNA PDRM GALI LUBANG KUBURNYA @ PERAK
- WHO LET THE DOGS OUT @ PERAK
- NADWAH KEPIMPINAN BELIAWANIS
- REBANA RT @ MANJUNG - MLM KHATAM QURAN ADIK ZIMA
- MELAYU, CINA & INDIA @ MANJUNG TOLAK ZAMBRY - NIZA...
- DIALOG DS NIZAR BERSAMA RAKYAT @ MANJUNG
- Reunion Gals & Boys Manjung..(once upon a time) ya...
- LIPUTAN TERTUNDA: HARI 'GELAP' DI PERAK DS NIZAR @...
- LIPUTAN TERTUNDA: HARI 'GELAP' DI PERAK DS NIZAR @...
- LIPUTAN TERTUNDA: HARI 'GELAP' DI PERAK DS NIZAR @...
- LIPUTAN TERTUNDA: HARI 'GELAP' DI PERAK DS NIZAR @...
- LIPUTAN TERTUNDA: HARI 'GELAP' DI PERAK DS NIZAR @...
- TERKINI : ULASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN OLEH DS...
- MAJLIS MINUM PETANG & DIALOG BERSAMA PENDUDUK KG B...
- MB PERAK @ MANJUNG ESOK! JOM RAIKANNYA.
- PULANGKAN CHIN PENG KE MANJUNG
- KALIMAH ALLAH DI TELINGA ANAK MANJUNG
- UMNO PUN BANTAI DS ZAMBRY @ MANJUNG
- JOM 'UPGRADE' KAN PASTI FASA 1A, SERI MANJUNG
- KENALI 'IRONMAN' @ MANJUNG
- UCAPAN PERASMIAN UMNO LUMUT JADI MEDAN HENTAM PAKA...
- TAYANGAN SIDANG DUN 7 MEI VERSI UMNO @ MANJUNG
- RUKUN TETANGGA @ MANJUNG (MAJLIS PERASMIAN OLEH YB...
- MONTAJ DMPP - IKLAN
- OM BUKAN ULAMA, HARAP PAS TIDAK MEMISAHKAN KAMI DE...
- ULASAN LAPORAN ADUN BN TERHADAP SIVAKUMAR
- KES PERBICARAAN TAYANGAN VIDEO 7 MEI DI SMK NAN HWA
- RAYUAN KPD WAKIL RAKYAT : TIADA DEWAN SERBAGUNA DI...
- JEMPUTAN BUAT MANJUNG FASA 1A, 1B DAN 1C/1/2/3
- BERITA UNTUK KAWAN DARI OM's MEMBER: MUSIBAH MELAN...
- HIDUP RAKYAT @ MANJUNG!! (KEMPEN SIRI 7)
- RAYUAN RAKYAT DIKETEPIKAN LAGI (KEMPEN SIRI 6)
- DISEBALIK KEINDAHAN LUMUT MANJUNG
- MEMBERS OF OTAI MANJUNG 3 (Updated : 11.05.2009)
- ADAKAH MAHKAMAH DERHAKA KEPADA SULTAN PERAK? (KEMP...
- NOW! THE WAR IS BEGIN @ MANJUNG. (KEMPEN SIRI 4)
- CERITA DISEBALIK MUSIBAH (KEMPEN SIRI 3)
- MANJUNG! RENUNG-RENUNGKANLAH MUSIBAH INI
- LETS PRAY TO ALLAH : SELAMATKAN PERAK (KEMPEN SIRI 2)
- PERAK GOV : Be eNd THE GREAT 'PELACUR' (KEMPEN SIR...
- THE GREAT LEADERS FROM MANJUNG
- OTAI MANJUNG CONTRIBUTOR's HOMETOWN
- OTAI MANJUNG's ITALIAN FRIENDS - BON JOR NO!!
- STORY OF FIAT 124's OTAI MANJUNG
- BERITA UNTUK KAWAN : MUSIBAH MELANDA MANJUNG
- RIBUT SEBELUM MAGHRIB MELANDA SHELL GIANT MANJUNG
- RIBUT SEBELUM MAGHRIB MELANDA FASA 1A MANJUNG
- NEW MEMBERS OF OTAI MANJUNG (2)
-
▼
May
(56)
No comments:
Post a Comment