CERITA DISEBALIK MUSIBAH (KEMPEN SIRI 3)

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa

Umum mengetahui bahawa pandangan Mufti Negeri Perak, Dato Seri Harussani Zakaria, 70, terhadap isu-isu yang menghimpit masyarakat amat di perhatikan oleh umat Islam negara ini. Ketegasan beliau dalam mengutarakan pendapatnya adalah berpandukan al-Quran dan hadis serta ijmak.

Walaupun dikecam, beliau tidak pernah serik menyuarakan pendapat. Itulah Harussani dan itulah tanggungjawab seorang Mufti. Satu lagi catatan peristiwa yang Dato’ Seri Harussani beritahu ialah mengenai persetujuan UMNO Perak pada malam 8 Mac 2008 untuk bergabung dengan PAS membentuk kerajaan negeri dengan memberi PAS jawatan Menteri Besar dan kesemua jawatan EXCO.

UMNO hanya memperoleh 28 kerusi, PAS 6, DAP 18 dan PKR 7 kerusi. Kata Datuk Seri Harussani, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli Mohd Ghazali, memintanya menyampaikan keputusan itu kepada Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerana ingin melihat cadangan itu yang akan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan negeri yang kesemuanya Melayu dan beragama Islam buat pertama kalinya sejak Merdeka, malam itu juga dalam hujan lebat, Dato Seri Harussani membawa amanat itu ke Kota Baharu. Semalaman berkereta, beliau menemui Dato Nik Aziz sebaik sahaja Tok Guru itu mengetahui bahawa Mufti Perak turut bersama menunaikan solat fajar.

Dato' Seri Harussani berkata, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberitahu bahawa kuasa pemutus tiada di tangannya. Ia di tangan Presiden parti, katanya.

Dato Seri Abdul Hadi Awang menelefon Dato' Seri Harussani pada jam 10 pagi 9 Mac memberitahu persetujuannya kepada cadangan UMNO Perak itu. Namun, kata Hadi pemutus buka di tangannya tetapi terletak di tangan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasam dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu dan beragama islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini dan isu semasa yang membelenggu umat Islam. secara terbuka diceritakan beliau dalam temu bual dengan Editor Milenia Muslim (MM) Zulkafly Baharuddin, di Jabatan Mufti Negeri, baru-baru ini.
Selanjutnya, klik gambar keratan utk tatapan :-
Keratan 1
Keratan 2


Keratan 3

Keratan 4

OM : Diketahui Dato' Mufti tidak boleh mengundi (adakah ia syarat utk jadi mufti?? - non politician), jadi Dato' Mufti mungkin tidak merasai pahit manis dalam pilihan raya apatah lagi memperjuangkan sesebuah parti. OM juga bukan ahli kpd mana2 parti tapi OM penyokong kuat Parti Islam SeMalaysia ke atas perjuangannya. Bila rakyat telah menyatakan dalam pilihan raya yang penuh dramatik (terpaksa melawan jentera yang sgt kuat apatah lagi dari segi habuan duit) untuk tidak lagi kepada kerajaan dahulu yang penuh tipu daya, secara tiba-tiba bila parti UMNO tidak mendapat majoriti baru hendak mohon restu MUFTI agar menyelamatkannya supaya dapat digabungkan dengan PAS membentuk kerajaan di Perak. Habuannya adalah dengan memberi PAS jawatan Menteri Besar.

Kenapa mereka tidak tawarkan sebelum PRU diadakan?Adakah jika UMNO mendapat majoriti kemenangan, mereka akan usulkan PAS menjadi MB?(Ketawa besar sat) Apakah selama ini, UMNO merujuk Dato' Mufti dalam apa jua tindakan mereka? Adakah 'JOM HEBOH' yang diharamkan oleh DATO' Mufti sebelum ini telah mendapat Sijil Halal dari Pejabat Mufti? Renung-renungkanlah kenapa kami tidak mahu UMNO lagi bertapak di bumi Perak. Alhamdullillah, Ustaz Ahmad Awang tahu kehendak rakyat Perak. Kita lebih senang duduk bersama orang bukan Islam yang cuba memahami perjuangan kita dari orang Islam yang memperlekehkan perjuangan Islam itu sendiri.

Pada dasarnya, Dato' Mufti menyetujui Dato' Seri Ir. Nizar dan menasihat Sultan atas perlantikkannya sbg MB Perak kerana berilmu dan agama. Namun, Dato' Mufti masih tidak memahami inspirasi Rakyat Perak yang berbilang bangsa dan agama. Begitu juga UMNO, mereka tahu Dato' Seri Ir. Nizar layak menjadi MB tapi kerana kerakusan kuasa mereka ketepikan bangsa mereka sendiri! Oleh kerana ulasan Dato' Mufti tidak pakar dalam politik pada hari ini, maka Dato' Mufti hanya mengeluarkan nasihat dalam linkungan mata Dato'. Tidak salah kita memberi pandangan melalui landasan kita, tapi belum tentu orang akan setju dengan pendapat kita. BTW, Dato' Mufti adalah 'reference' utama kami, sudah tentunya Fatwa dan Hukum dirujuk kepada Pakarnya. Well Done, Dato' Seri!! I'm not againts u but salute, tapi kita berbeza pendapat tentang politik terkini di Perak. Untuk memastikan Perak berada di tangan PR dengan tenang adalah memastikan setiap DUN yang dimenangi UMNO kini hendaklah dimenangi oleh PAS. Selamat berjuang bro-bro dan pak sheikh-pak sheikh kita!

I'm not Ulama but I'm Rakyat Perak who voted Dato' Seri Ir. Nizar in DUN Pasir Panjang.



No comments:

My POST