MENTERI 'BAD' & 'BETTER' PERAK

16.02.2009

Sudah lebih sebulan purnama gua tak update blog yang dah penuh sarang ni. Gua muncul hari ni pun dalam curi-curi masa, esok lusa belum tentu dapat jenguk. Itupun, nak cerita sikit dalam urusan gua yang tak menang tangan ni, tiba2 dalam urusan pembelian barang dari sebuah syarikat bertaraf internasional, gua ditanya tentang Politik di Perak oleh seorang Manager Mat Salleh ni.

Kisahnya, semalam gua di'wajib'kan untuk membuat penghantaran barang melalui Pesanan kerajaan sebelum jam 5pm, nak tak nak gua terpaksa ke cawangan syarikat tersebut di Shah Alam untuk mengambil barangan tersebut. Bilamana didapati alamat gua di Perak, mat Salleh tu boleh tanya gua apahal politik Perak sekarang ni, yang mana satu MB yang sah, kenapa boleh jadi macam ni? Gua agak terkejut la, sampai orang luar pun ambil berat hal Perak ni. Gua pun bagitahu la mana yang gua tahu, tapi keputusan mahkamah masih tak 'launch' lagi! dan dia sendiri pun boleh baca apa yang tersirat.

Sembang punya gebang, baru gua tangkap yang syarikat depa ni ada buat proposal untuk pelaburan di Perak terutamanya berkaitan sektor marin dan kejuruteraan di Lumut. Apapun, dia banyak hairan apa yang terjadi di Perak! Dan sebelum habis perbualan dia bagi ayat ni kat gua, "BTW, Zambry is bad but Nizar is better!!'.

Jadi tak heranlah kalau ramai pelabur luar KUAT-KUAT LARI seperti kata YB DAP. Kesimpulannya, Zambry Menteri Bad for Perak dan Nizar Menteri Better for Perak.

4 comments:

Unknown said...

tolong siasat institut darul ridzuan (IDR) di tecno-trade centre perak. level berapa wa tak ingat. perniagaan mungkin menghabiskan duit rakyat negeri perak.

TheSniper said...

Salam tuan. Buat ler seminggu 1 N3. Dah banyak sawang nanti susah nak cuci. Good info.

Anonymous said...

Elok lah tu.. kerana terlalu baru nak update..

tolong baca : Blog LIM GUAN ENg

Unknown said...

Sory bebyk2 kalian. BTW, my big brother will cheer it up! Insyaallah.
Bro chor, very much thanks atas dorongan. Lama teman tak ke kuale!