SEPASANG KASUT UNTUK PEMIMPIN KERAJAAN RAMPASAN & KERAJAAN PERPADUAN

MB HARAM, Zambry Abd Kadir yang SAH kena halau & kena 'boo' oleh rakyat di negerinya sendiri mengherdik tindakan DS Nizar di Parlimen hari Isnin yang lepas dan bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang menganggap tindakan itu hanya mewakili Nizar dan DAP sahaja. Cerita lanjut kat web mb haram "j".

Rakyat di Bukit Gantang pilih DS Nizar suruh BUBAR DUN PERAK, jadi tindakan laungan HIDUP RAKYAT dan BUBAR DUN itu mewakili rakyat. Kalau nak ikut hati rakyat Perak, kalau boleh dibaling aje kasut kat muka Zambry bukan setakat melaungkan BUBAR DUN.
Bagi OM, Ustaz Nasa ni komennya yang berbau UMNO barangkali nak mudahkan merealisasikan 'kerajaan perpaduan' dengan tidak bersetuju dengan tindakan DS Nizar. Dah tentulah UMNO melenting, tapi kenapa Timbalan Presiden PAS memberi kenyataan seolah tidak menghayati luahan rakyat di Perak. Ramai pihak telah terguris akan pemimpin 'kerajaan perpaduan' ini dan ramai juga yang menyokongnya terutama pihak UMNO yang beria-ia. Memang patut la ada ahli PAS sendiri secara lantang suruh Ustaz Nasa letak jawatan. Kalau kat Manjung ni, brader Manjung Mari telah memeriahkan suasana sehingga mencetuskan 'perang cyber' antara jemaah dan pihak OM sebagai bukan ahli menyokong luahannya. Barangkali kalau di Perak ni, ada pulak yang akan kehilangan 'sepasang kasut', 1 utk Zambry dan 1 lagi utk Ustaz Nasa.

Tapi bila Tuan Guru Nik Aziz pun dah tak tahan dengan pemimpin 'kerajaan perpaduan' ini seperti dalam berita yang sohih oleh brader Manjung Mari, rakyat @ Manjung Perak rasa lega dan tak akan kehilangan sebelah kasut. Tuan Guru dah berkata yang lebih hebat dari 'balingan kasut', terpulanglah pada tuan badan samada untuk meletak jawatan. Setidaknya ambil yang jernih buang yang keruh, kembali kepada inspirasi rakyat.....RAKYAT TELAH BERSUARA.


LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO (http://bypass308.blogspot.com/)
KOTA BHARU –Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus “perjuangkan” Kerajaan Perpaduan (UG).

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah “merosakkan” perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa UG adalah boneka UMNO.

“Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah…ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang.

“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea UG bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.
“Kerajaan Perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat’”

“Jadi PR tidak tahu…Pas tidak tahu. Runding kerjasamapun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka Umno,”katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan UG bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

Katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap “Kalau wujud kerajaan perpaduan DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru.

2 comments:

cicitHJHASSANu said...

tghh betui...
ust nasa betui...
dah pasti tgna pun betui...
apa yg penting kita berpadu...binc

Krai Utara said...

aku dah addd dah link kome

My POST