LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 7 :TAZKIRAH MAGHRIB DI SURAU FASA 3A MANJUNG

Jumaat. 12.06.2009. Surau Fasa 3A Seri Manjung. Selepas solat Maghrib.

Penduduk Seri Manjung mendengar Tazkirah oleh DS Nizar

Kesempatan anak-anak dan jemaah untuk bersalaman dengan MB Rakyat

Menjamah sebelum meneruskan perjalanan pulang


Ulasan ini OM petik dari blog Barder Manjung Mari :
Friday, June 12, 2009
Tazkirah Magrib,,,

Salam Sejahtera...
Lepas Magrib sekejap tadi aku ke surau Nurul Iman untuk mendengar tazkirah yang telah disampaikan sendiri oleh Dato Seri IR Nizar....

Beliau memulakan dengan tazkirah dengan membaca beberapa potong ayat al quran dari surah Al Fajr...
Selepas itu beliau dalam muqadimahnyan menasihati dan mengajak jemaah hadir sentiasa mengerjakan sembahyang 5 waktu secara berjemaah... kerana nabi sendiri tak pernah sembahyang fardu secara sendiri... kita umat melayu sahaja sejak lepas merdeka ni mula sembahyang sendiri...kemudian beliau menyatakan kita umat melayu biar cerodik.. memilih ganjaran yang Allah janjikan...

Dalam pada beliau menyentuh lagi mengenai tulisan jawi yang hilang dari mata pelajaran sekolah... kalau waktu zaman 30 tahun dahulu ada lagi bahasa jawi... kita melayu yang rugi.. sedangkan kaum cina masih ada tulisan ibunda mereka bahasa Cina, begitu juga India... tetapi kita melayu apa yang ada, dan siapa punya kerja yang menghilangkan itu semua.. dan apa tujuannya,,, semuanya nak bagi orang melayu makin bodoh dengan agama...

Tak Puas dengan itu dibuatnya pulak PPSMI...makin bertambah bodoh lagi umat melayu dengan bahsa sendiri.. akibatnya anak-anak kita tulis bahasa melayu dah tunggang langgang.. contoh bahasa dalam sms...
Dalam pada masa yang sama ia menghurai ayat yang dibacanya.. mengenai kaum Aad yang hebat di zaman mereka dengan keilmuan membina bangunan, kemudian kaum samud yang yang mengukir dan akhirnya kaum bani Israel dizaman Firaun...

Beliau menanya adalagi ka kaum Aad di sini, begitu juga kaum Samud... kesimpulannya janganlah bermegah dengan sesuatu kaum... kalau dah engkar dengan perintah Allah habis kena telan dik bumi...
Jadi begitu juga kaum melayu.. apalah yang nak dibanggakan dengan kaum melayu....beliau juga menegaskan sikap kaum melayu yang ditanam dengan perangai bila sesuatu kejadian musibah berlaku.. selalunya timbul soalan siapa yang kena accident.. ooo'''''....biarlah... tapi kalau "orang kita''' ooo kesian... Siapa yang ajar budaya ni semua.. tak ada dalam Islam...dan kaum-kaum lain pun mereka tidak minta dilahirkan sebagai kaum Iban, Cina dan sebagainya...
Lebih lanjut di sini.

No comments:

My POST