LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 4 : ZIARAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI KG TELAGA NENAS

Jumaat. 12.06.2009. Kg Teluk/Telaga Nenas. Jam 3.30ptg.
DS Nizar dimaklumkan oleh penduduk tentang kemalangan yang berlaku di kampung tersebut pada jam 9 pagi. Mangsa mati di tempat kejadian dan anaknya terlantar di hospital. Mangsa dipercayai diheret oleh treller. DS Nizar mengarahkan untuk melawat keluarga mangsa sebelum ke Lekir.


Suami si mati menyambut kehadiran DS Nizar dengan penuh suasana kesedihan


DS Nizar terharu mendengar keluhan suami si mati.


Suami kepada isteri yang meninggal dunia dan anaknya terlantar di hospital tidak dapat menahan limpahan air mata kesedihan di hadapan DS Nizar. Dia terharu dengan kehadiran DS Nizar yang memberi kata-kata semangat dan sumbangan ikhlas.


Isteri kepada En Hamidun bersimpati dan mententeramkan keadaan keluarga si mati


DS Nizar cuba menenangkan keadaan, " Banyak-banyak bersabar!!"


Ahli keluarga si mati meratap kesedihan kejadian kemalangan ini


Suram setelah melihat ahli keluarga yang masih tidak boleh menerima akan kejadian pada pagi tersebut.


Ahli keluarga si mati menceritakan bagaimana berlakunya kemalangan kpd DS Nizar.


Antara sahabat handai dan ahli keluarga yang menziarah keluarga si mati disapa DS Nizar.


Kehadiran DS Nizar disambut oleh rakan2 dan ahli keluarga si mati


Sdr Velul meluahkan 'keperitan' kehilangan ahli keluarganya kepada DS Nizar yang mengakibatkannya hilang arah pada hari kejadian itu, timbul persoalan bagaimana jaminan kehidupan anak-anak si mati? Punca kejadian yang mana lokasinya adalah laluan sempit di mana berlakunya kemalangan.


DS Nizar tetap mendengar luahannya dan memahami disebalik kejadian. Sekurang-kurangnya, sdr Velul dapat meluahkan rasa hiba yang dialaminya dan DS Nizar mengucapkan terima kasih kpdnya atas simpati dan prihatin kpd keluarga si mati.


Di persimpangan laluan masuk inilah berlakunya kemalangan. Secara mata kasar, OM perhati memang terdapat longkang yang menjadikan laluan sempit (tak boleh selisih) seperti yang diadukan Sdr Velul kepada
DS Nizar.

No comments:

My POST