KEMPEN TANDATANGAN BUBAR DUN PERAK @ MANJUNG

'Post' ini pihak OM olahkan ke bahasa melayu dari blog YB Dato' Ngeh Koo Ham di Launching signatures campaign to dissolve Perak state assembly


YB Nga Kor Ming merasmikan kempen tandatangan di Sitiawan semalam bagi memohon kpd DYMM Sulatan Perak membubarkan DUN Perak. Kempen ini bermula pada 27 Mei 2009 di Ipoh. Sehingga kini 200,00 tandatangan telah dipungut.

YB Nga dan Penyokong2 semasa upacara di hadapan Pejabat Pusat Khidmat YB Dato' Ngeh Koo Ham Sitiawan

Dalam sidang akhbar, YB Nga menekankan DUN Perak mesti dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjangan di Perak. Melalui sistem demokrasi harus dikembalikan kpd rakyat bagi memilih kerajaan yang merekan mahukan bukan melalui kuasa atau bergantung kpd keputusan mahkamah.



YB Nga turut mencabar '3 ADUN Bebas rakan BN' untuk menafikan tuduhan oleh Raja Petra kamruddin dan Dr. Lee Boon Chye bahawasanya 3 ADUN ini menerima jutaan ringgit bagi menyokong BN. Mereka seharusnya tidak berdiam diri, biar rakyat tahu kebenarannya.

Dapatkah 'belon' ini bertahan selagi DUN tidak dibubarkan?!?!

Apapun, ia tanda suara rakyat disuarakan melalui belon ini yang agak sukar ditutup oleh tangan-tangan yang cuba menutup suara rakyat @ manjung. Laungan Tinggi!!

1 comment:

Adzam Shah said...

Mengikut berita tidak rasmi, setiap seorang ADUN Lompat menerima RM123 Juta, bukan RM50 Juta seperti yang dihebohkan. Bukan senang nak senang, sape nak bagi banyak tu Yob kalau tak ade pengorbanan. Jadi ADUN sampa jiguih/tumpo pun tak merase. Kaye, kaye!!

My POST