MENGENANG PERISTIWA DI SM NAN HWA @ MANJUNG

Mr. Wong menjelaskan apa yang berlaku di Jamuan Makan di SM Nan Hwa, bagaimana polis digunakan oleh pihak-pihak tertentu.


UCAPAN MR WONG WAKIL DAP SITIAWAN DI PERHIMPUNAN AMAN DUN PASIR PANJANG.

OM Che' Gun mohon maaf atas kelewatan menyiarkan ucapan2 pemimpin yang hadir semasa Majlis Puasa Sunat dan Perhimpunan Aman Bubar DUN Perak di markas PAS cawangan Pasir Panjang. OM X-Men kini menghadiri kursus UiTM di Shah Alam, dan OM Man melepaskan tugasan kepada OM Che' Gun meneruskan visi Otai-Manjung menyebarkan suara rakyat terutamanya di DUN Pasir Panjang dan Daerah Manjung.

Secara ringkasnya, kami akan siarkan 'point2' dari ucapan pemimpin2 rakyat yang hadir. Sesetengahnya kami selitkan rakaman 'video cap ayam', kebanyakannya masih menunggu OM X-Men untuk bhgn 'edit' yg tidak boleh di'load'kan, harap maaf.

Ucapan Mr. Wong :

1. Beliau menerangkan tentang peristiwa di SM Nan Hwa di mana parti DAP mengadakan jamuan makan dan diselitkan tayangan video di Persidangan DUN Perak pada 7 Mei yang meng'gelap-gelita'kan Perak. Kawan Mr. Wong dari Melaka telah mengirim 2 kalungan orang mati (budaya cina) ke majlis berkenaan sebagai tanda 'Matinya Demokrasi di Perak'.

2. Pihak Polis telah menyerbu dan merampas peralatan video dan penyelenggara peralatan tersebut (ETAK)telah ditahan di lokap selama sehari.

3. YB Dato' Ngeh Koo Ham dan peguamnya Tetuan Nga Hock Cheh datang ke balai polis Sitiawan untuk menjamin tetapi tidak dibenarkan. Pada hari perbicaraan di Mahkamah Seri Manjung, pihak peguamnya dan beberapa penyokong hadir ke mahkamah tapi perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana ketidakhadiran pihak polis. Hingga kini, kes tersebut tiada apa perkembangan?!?!

Kesimpulannya Mr. Wong menghuraikan tentang penyalahgunaan institusi polis untuk kepentingan parti Umno yang menjatuhkan kredibiliti polis itu sendiri. Ini akan menyebabkan masyarakat kurang percaya ke atas institusi polis.

Kaitan:

http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/now-war-is-begin-manjung.html

KES PERBICARAAN TAYANGAN VIDEO 7 MEI DI SMK NAN HWA


No comments:

My POST