DS NIZAR TETAP PILIHAN RAKYAT

MENANG... Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat undian tertinggi bagi menduduki kerusi AJK PAS pusat pada Muktamar kali ini.

Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin memahat reputasinya sebagai ahli politik yang popular dengan mendapat undian tertinggi didalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, memenangi sebanyak 854 undi.Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu pada awalnya dilihat sebagai calon pilihan utama untuk bertanding jawatan Naib Presiden tetapi menolak pencalonan tersebut, walaupun mendapat sokongan padu daripada banyak bahagian parti.Dato Seri Nizar diikuti oleh Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat 653 undi.Manakala Dr Mujahid Yusof Rawa yang tewas didalam pemilihan Naib Presiden telah terpilih didalam AJK Pusat dengan undian yang paling sedikit.Hanya seorang muslimat yang terpilih kedalam AJK Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali dengan 589 undi.

Bekas MB Perak di tempat teratas AJK PAS PusatSHAH ALAM: Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang pertama kali bertanding kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat memperoleh undi terbanyak.Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menerima 854 undi untuk menduduki tempat teratas.Tempat kedua diduduki oleh Idris Ahmad, juga dari Perak dengan menerima 799 undi. Beliau mempertahankan kerusinya kali ini.Setiausaha Agung PAS, Kamarudin Jaffar menerima 769 undi untuk tempat ketiga.Turut dipilih ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd. Razak.Lain-lain dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja ialah Datuk Hasan Mohd. Ali, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli, Abdul Ghani Samsudin, Abu. Bakar Chik, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Abd. Ghani Abdul Rahman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Hashim Jasin, Mazlan Aliman, Taib Azamudden Md. Taib dan Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Berikut senarai yang terpilih menganggotai Jk Pas Pusat 2009-2011:
Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448
-malaysiakini-

OM: Tahniah, Dato' Seri! Kini PAS Pusat juga menaruh harapan pada Dato' Seri bukan sahaja penduduk Parlimen Bkt. Gantang dan DUN Pasir Panjang, anda tetap pilihan rakyat begitu juga Raja Nazrin Shah yang meyakini Dato' Seri mempunyai potensi yang cukup tinggi. Kami bersama Mu, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar.

3 comments:

Anonymous said...

Inilah monyet yang tamak kuasa yang dikudakan oleh DAP untuk mencabar kuasa sultan.Layak bergelar monyet bangang yang tak kenal pisang atau najis.

Monyet Umno said...

tak kenal maka tak cinta....hidup DS Nizar!! You're our new generation great leader.

Anonymous said...

Terasa kehilangan dalam banyak hal di Pejabat SUK bila mana tiada pemimpin yang bejiwa besar ini... DS Nizar

My POST