Menagih Kerajaan Free!

Menagih Free

Pagi Jumaat baru ni bini aku tiba-tiba macam nak pitam, sesak nafas...gastrik dia mai serang spt sebelum ni....terkujat tahap gaban la aku. Aku ambil pampers, anak aku  dan papah bini aku, zas terus ke hospital. Nak bawa ke klinik swasta memang aku tak layak, tak layak bukan sebab apa....sebab duit! Sampai di wad kecemasan terus depa angkut bini aku masuk ke bilik kecemasan..... aku settlekan pendaftaran, bini aku warga Republik Indonesia, nasib bayaran ikut kewarganegaraan aku...singgit je la! Alhamdullillah, semua ok...terima kasih petugas & doktor HSM bhgn kecemasan pagi tu dan semua pembayar cukai dalam negara ni sebab tanggung ubat bini aku.


Menunggu lebihkurang 45 minit kat luar dgn anak laki aku... mata tgk ke pintu bilik kecemasan kut-kut bini aku kuar. Dalam mata duk lilau tu aku terperasan bilik sebelah bilik label kuning (kategori tak kritikal kut..) orang duk masuk keluar bertali arus tanpa nama dipanggil atau memerlukan nombor giliran...kira 1st come 1st serve. Mula tak perasan...dr kerusi menunggu aku tersedar sorang-sorang memang macam org sakit yg masuk ke situ, lebih kurang 1minit je tak lebih dari 3 minit keluar masuk bertali arus. Mcm2 stail ada, yg pakai helmet masuk pun ramai, yang nak redah masuk je pun ada, tapi bila tgk ada pelanggan didalam..gamaknya malas nak jalan ke tempat duduk...dia relax tunggu tepi pintu sambil sandar kepala mengadap dinding...tapi ada juga yg steady! Yg duk ushar aku dr nak masuk sampai keluar bilik mcm tak kena dgn aku pun ada......kepala otak aku mengatakan inilah agaknya tempat utk depa yg terrr'jebak dgn 'ketagihan' utk dptkan tatacara pengubatan alternative & hindar HIV dikalang mereka.

Terperasan jugak 2 org duk sikat rambut menten macho sebelum masuk, doktor cun ke dlm bilik tu!? petugas dlm tu aku salute sebab berdepan dgn pelbagai pe'el....sikat dlm poket tu!...ada yg kemas bukan main tapi spoil kat body keding, yang control kelam pun ada tapi menten. Satu pengalaman baru bagi aku melihat sekumpulan spesis yg dtg perseorangan bersilihganti....displin beb! tapi tgk riak wajah depa, bukan depa nak jadi mcm tu.... mgkin ini satu langkah cara depa nak buang skit2, kita ambil positif! Aku tak pasti samada depa ada kad keistimewaan atau perlu lalui prosuder sblm mengambil 'proses init. Dan aku tak tahu apa benda 'ubat' tu dan cara meng'ubat'nya. (methadone)

Kerajaan sediakan percuma...dapat free.. utk 'free'kan kepala melayan kerajaan free. Benda free memang orang suka... kalau kerajaan nak buat pendidikan free pun aku sokong, ayor free, wifi free.....sape tak mau beb! rezeki jgn ditolak. Aku harap proses pemulihan tatacara penagihan itu berjaya!...kalau rajin buat carian data ...yang pasti benda 'free' tu duit pembayar cukai yang tanggung!

Kerajaan kasi Free - U Help Me, I Help U!

Tiba-tiba otak aku melayang melihat sketsa 'jamuan janji ditepati' khamis lalu di Manjung projek penjanamaan NAJ1B - katanya N'egara A'man J'aya 1'Malaysia B'ersatu. Perkiraan aku Najib itu hadir sbg PM 1Malaysia tapi kepalanya terpampang Dacing sakti parti politik...ooh dia hadir sbg Presiden BN utk menunjukkan kesaktiannya, br1m, kr1m, & mcm2 r1m laaaa...potong st1m tul! Ni jamuan makan free utk para cukong & penggemar makan free...... sampai jadi ketagih! r1m-r1m yg ditonjolkan umpama bahan penagih, dia tahu ramai 'petagih' gaji bwh rm2000 dsbgnya tak mampu sara hidup hari ini, ya 'ubat' sudah tersiap isi borang ikut prosuder akan dapat menahan ketagihan itu dari membuak membenci sang penguasa.

Makan free maaaa...... meja rakyat berbeza dgn pemimpin. Sumber: antijumud blog.

Kalau tak diberi 'makan free' nanti ada meronta & memberontak seperti 3 hari sebelum kehadiran NAJ1B, 3 banner muka Zambry disimbah cat! Naya, sape la pedajal....bab ni aku ada ulas, baca di SINI. Ini tamparan buat Zambry secara tak langsung walau apapun niat si pedajal samada ada udang sebalik batu atau benar tujuannya utk 'memberontak'! Tak heranlah, budaya ni semakin menular....baik jelajah janji ditepati atau yg masih rekod tertinggi balingan cat dipegang oleh jelajah merdeka rakyat. kek taik pun org bikin di penang, tarian punggung dirumah ambiga nikan gambar najib org punggungkan dipijak.. banner nik aziz & hadi pun dikencingkan nikan simbah cat banner Zambry.

3 Banner Disimbah Cat Merah Dgn Nota 3 hari sebelum NAJ1B ke Manjung.

Rakaman Kejadian CCTV : Lokasi Banner 2 depan MPM. Sumber: Blog Black Panther.

Rakaman Kejadian CCTV : Lokasi Banner 3 depan MPM. Sumber: Blog Black Panther.

Rakaman Kejadian CCTV : Lokasi Banner 1 depan Gerbang Venice of Perak. Sumber: Blog Black Panther. 

Nota tulisan cina siap tampal kat banner yang disimbah. dan jelas ketiga-tiga lokasi ini terdapat CCTV, semakin trill mcm cite CSI. Banner lain yg bersepah sekitar Manjung kenapa tak berlaku dan tempat lain itu takde CCTV. Si pelaku seolah-olah mahu kejadian ini dirakamkan dan ditinggalkan nota. Fuh aku malas fikir banyak, biar polis teruskan siasatan, kerja depa......tapi aku tak percaya kalau ini saje2 keje mamat yg menagih duk ambil 'ubat' di hospital yg aku tgk tadi melainkan ada org offer depa tu buat dapat 'tagihan tambahan free'. Apapun, banner ni dah tukar baru sebelum najib datang, ManjungMari ada gambar & cerita di SINI.

Gambar ni aku cilok dr blog matatulis, menjadi tanda tanya?! protes atau bodek di hari NAJ1B.. atau adakah depa yg simbah cat tuuuuu..... hmmmmm, takkan sengaja nak tonjolkan diri! ahh.. ini semua andaian.

Jamuan Janji dtepati mestilah ada makan, nama pun jamuan... makan yg paling sedap makan free! Kalau tiap-tiap hari Najib buat kat sini aku pun silap gaya bawa anak bini aku hari-hari ke jamuan ni walaupun Najib tak turun pun takpaaa.....tapi bagi biarlah ikhlas, jangan minta balas. Lagi cantik kalau pakatan plak offer jamuan malam rakyat...lunch free, mkn mlm free....fuh bahagia Malaysia ini! Rakyat nak bagi undi plak kena ukur yg mana satu sedap hidangan tu. Berlumba-lumba depa nak bagi makan free, kena sedap plak tu! apa aku merepek ni...

 Meja VVIP, layanan VVIP....patutlah Najib tak makan bersama rakyat di Stadium Manjung, menterkedarah dengan pegawai & anggota TLDM yang dikerahkan hadir di pengkalan TLDM Lumut.... Gambar sumber blog antijumud. Nanti aku cite yg aku dpt dr pegawai Navy yg sebelum ni bertekak dgn aku bila aku kutuk Zambry tapi la ni dia lak yg lebih dari aku...wakakaaaa

Meja-meja makan berbeza mengikut 'darjat' kepimpinan, sepatutnya rakyatlah meja vvip kalau nak ikut siapa bos? lebih bagus meja ka, pinggan ka, sudu ka, cawan ka patutnya semua sama...takyah beza2kan. Ni parti sebelah pun ada juga budaya seperti ini, come on laa....buanglah budaya ni! Gambar sumber blog antijumud.

Jamuan NAJ1B di Manjung baru ni tempahan mknan utk 25,000 org..... apa nak kata, macam pak habib bagitau org bagi duit mkn free pun tak mahu datang.... nasi lebihan berlambak, dimaklumkan ada yg terbuang saja & lauk-lauk lebihan dibungkus kepada yg nak bawa balik, benda free cekau jelah. Ni ManjungMari pun dapat maklumat, baca di SINI. Ada jugak yg maklum kontrak makan atas kertas nilai RM10 sekepala..... bayar pd kontraktor RM9 sekepala x 25000 (pecah 25 kontraktor sajian x 1000 = RM9000 satu kontraktor) ...satu ringgit mungkin masuk tabung amal...sangka baik! atau pemberi maklumat aku tu je yg tak puashati sebab tak dpt kontrak.....wakakaaa. Tshirt Merah (bukan disimbah yek!) berlogo NAJ1B entah berapa plak? Di mana PM dtg distu ada lubang bikin duit secara sah atas kertas...sipi kut bawah. Jamuan ni guna duit kerajaan duit pembayar cukailah atau duit BN? korang sendiri tahu tapi Najib turun dgn heli kerajaan...kemudian baru naik bas rakyat 1Malaysia ke stadium utk dipertontonkan kepada rakyat bahawa tiada PM yg naik bas selain Najib.

 
Gambar sumber Zmad WC, sorry bro aku cilok.... aku tertarik permaidani kat padang tu.

 Aku ingatkan PM 1Malaysia yg turun jumpa Rakyat, rupanya Presiden BN datang berkempen.

Mereka yg ketagih akan terus menagih dari kerajaan, kerajaan hari ini akan terus berkata kpd penagih ini utk membalas budi atas jasa 'free' yg dicurahkan. Free yg rakyat tanggung! Siapa yg patut menagih siapa disini? kalau mahu tagih undi rakyat...jadikan rakyat itu tuan kpd negara ini, pemimpin pula jadi 'penagih'! menagih utk berkhidmat kepada tuannya.Lainkali kalau ajak ke jamuan, PM patut jadi penyambut tetamu, kalau ada meja vvip bagi rakyat duduk sbg vvip, kalau tak... takyah ada meja-meja khas, kasi semua sama!

Nak kata kempen BN ada jugak, tapi jenama NAJ1B diutamakan dalam Jamuan Janji Dicapati! amacam muhyidin? Capati free budaya U Help Me, I Help U!

2 comments:

C++ said...

Bhai OM...

Makan FREE bhai.. saper takmo... tak kisah la sedap ker idak.. janji free... kalu sedap tue dah kira bonus lar... hahaha

Anonymous said...

Bagi makan free ada makna weiiii... makan jgn tak makan tapi undi RAHSIA!

My POST