NAK TAWAN HATI PENGUNDI MELAYU WAKIL DAP KENA BERSUARA


BY: Norman

1. Ada desas desus mengatakan kerajaan Zambry akan dibubarkan. Namun selagi belum mendengar atau tersiar secara rasmi pengisytiharan tersebut, saya tidak berani untuk gembar gemburkan perkara ini.

2. Saya tidak mahu menjadi seperti YB Zulkifli Noordin. Perkara yang belum pasti tetapi dihebahkan seolah-olah ia pasti terutama sewaktu Anwar Ibrahim di penjara suatu ketika dahulu. Mungkin beliau mendapat maklumat tetapi jangan dihebahkan sangat kerana segala kemungkinan akan berlaku apatah lagi di negara ini.

3. Apapun dengan masa yang terluang persepakatan DAP bersama PAS dan PKR mestilah memulakannya (strategi) dari sekarang walaupun mungkin tiga tahun lagi pilihanraya akan berlaku. PAS dan PKR mesti memujuk DAP untuk lebih banyak membantu mereka pada pilihanraya akan datang.

4. Ini kerana kepercayaan orang Melayu berusia 50 an dan 60an masih menebal atau masih sangsi dengan kerjasama ini dengan alasan bimbang negeri ini akan dikuasai oleh bangsa cina. Saya bukan anti cina kerana saya juga berketurunan cina tetapi dalam suasana politik dewasa ini UMNO masih memainkan sentimen Melayu untuk meraih pengundi Melayu.

5. Isu EXCO adalah antara isu terbesar yang dimainkan oleh juak-juak UMNO sewaktu Datuk Seri Nizar mengumumkan barisan EXCO nya sehingga membuatkan ramai penduduk Melayu Perak percaya DAP telah menguasai politik Perak dalam pentadbirannya. Pada dasarnya pembahagian itu adil memandangkan DAP memanangi banyak kerusi di Perak tetapi secara keseluruhan kawasan pilihanraya, kawasan Melayu masih mengatasi jumlah kawasan pertandingan. Atau dalam erti kata lain, pengundi Melayu masih pengundi teramai di negeri Perak.

6. Nizar mengumumkan 6 anggota EXCO Perak terdiri dari wakil DAP, manakala PKR 3 dan PAS 2. Pembahagian ini dibuat berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti masing-masing. Namun perlu diingatkan kebimbangan itu bukan sahaja dirasai oleh rakyat Melayu Perak tetapi hingga ke pihak Istana.

7. DAP atau Pengerusinya sendiri, YB Ngeh adalah individu paling penting dalam kempen pilihanraya di Perak nanti. Beliau mesti memberi jaminan atau menjelaskan dasar atau agenda DAP dalam kerjasama ini. Ceramah beliau bukan sahaja hanya tahu mengkritik pentadbiran BN tetapi yang lebih penting menjelaskan perjuangan DAP dan jaminan kepada pengundi Melayu bahawa hak-hak orang Melayu tidak akan dicabar.

8. YB Ngeh mesti menjelaskan kerjasama DAP bersama PR kerana ingin membawa reformasi politik di dalam negara yang penuh dengan korupsi sehinggakan ekonomi negara terjejas. Atas dasar itulah DAP sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR kerana agenda perjuangan mereka mempunyai banyak persamaan bagi menjadikan Malaysia lebih bersih dan dipandang tinggi oleh dunia luar.

9. 'Bom atom' yang patut diberikan oleh YB Ngeh, andaikata dia bersama kepimpinan DAP yang lain sanggup menyerahkan 1 kerusi EXCO dari jumlah 6 kepada 5 kepada PAS atau pun PKR jika PR kembali memerintah. Rakyat suka dan Tuanku pun suka.

10. Rasanya tiada salah untuk DAP berbuat demikian dan ia merupakan satu pengorbanan besar yang akan diingati oleh PAS dan PKR. Dengan hanya memberikan 1 lagu kerusi, saya yakin peratusan pengundi Melayu memilih PR akan bertamabah 20% dari sebelumnya.

BERTEMU PM DAN AHLI PARLIMEN PAS

BY: Norman

1. Semalam dari jam 3.00 hingga jam 6.15 malam (Sabah malam), saya menemani bapa dan ibu mertua menghadiri himpunan mereka untuk kejamuan Hari Krimas yang dihadiri Ketua Menteri, Perdana Menteri dan TYT Sabah.

2. Rupa-rupanya, jika tidak silap Perdana Menteri baru tiba pada tengahari semalam daripada Hong Kong. Perdana Menteri bercuti sambil bekerja di sana. Beliau hadir buat seketika dan pulang kembali ke Hong Kong.

3. Di situ selepas bapa mertua bertemu Datuk Seri Najib seketika bertanya khabar, tiba-tiba muncul dua ahli Parlimen PAS, YB Dato' Hj Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Ahli Parlimen Kota Bharu) dan Muhammad Haji Husin (Ahli Parlimen Pasir Puteh). Mereka begitu mesra dengan kedua mertua saya.

4. Kehadiran mereka bersama isteri masing-masing. Saya tidak pasti samada kehadiran mereka ke majlis tersebut atau hanya bercuti ke Kota Kinabalu bersama keluarga kerana ketika itu pemandu sedang menunggu dan laluan trafik agak sesak membuatkan kami terpaksa meminta diri dalam keadaan tergesa-gesa.

5. Saya kagum dengan kedua ahli Parlimen ini kerana mereka begitu mesra menyapa mertua saya walaupun ideologi politik mereka berbeza. Jelas ahli Parlimen PAS lebih bersifat terbuka sejak akhir-akhir ini. Malah mereka sempat menjemput mertua saya berkunjung ke Kelantan.

6. Pada malamnya pula saya bersama lima anggota UTK (pegawai polis dari Kuala Lumpur yang mengiringi Perdana Menteri) makan bersama-sama. Tidak apa yang serius dibualkan, hanya berbual kosong bertanya mengenai karier masing-masing. Kami menikmati nasi padang dan saya mengucapkan terima kasih kerana mereka sudi menerima pelawaan saya walaupun pada malam itu mereka menerima enam jemputan makan malam.

7. Pada siangnya saya melihat reaksi wajah mereka begitu serius. Takut untuk menegur tetapi mereka juga manusia biasa, pada malam harinya kami begitu mesra seolah-seolah sudah kenal lama. Tanpa disedari kami berbual selama hampir tiga jam lamanya.

8. Memandangkan ketua mereka di Kuala Lumpur merupakan kenalan rapat, mereka mungkin lebih selesa untuk berbual dengan saya. Banyak cerita lucu yang disampaikan mereka dalam tugasan harian yang begitu mencabar. Sewajarnya kita patut berbangga mereka anak muda yang sungguh berdisplin dan tidak mengenal erti penat lelah menjaga keselamatan pemimpin negara.

9. Esok saya akan kembali sibuk dengan urusan perniagaan. Mudah-mudahan saya mempunyai masa untuk menulis. Wasallam.

ADAKAH SULTAN MASIH MENURUTI ASAS RAJA ISKANDAR

29.12.2009
Oleh OMan

Banyak perkara yang boleh kita ragukan, dan sudah tentunya timbul 'pro dan kontra' akan geniologi kerabat Di Raja Tanah Melayu dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Persoalan Raja Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great juga masih samar. Tulisan ini bukan untuk memperincikan alkisah Raja Iskandar Zulkarnain, akan tetapi konsep perjuangannya sebelum ini berbeza dengan Raja kita yang kini bergelar Ketua Agama islam.

Kesultanan Melaka adalah permulaannya sistem beraja di Malaysia, namun di melaka kini tiada Sultan lagi. Diketahui darah kesultanan Melayu yang masih ada kini adalah dari asal usul berkaitan dengan Raja iskandar, jika melihat pokok keturunan bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain yang berkahwin dengan Puteri Shahrul Bariah.

Raja Iskandar Zulkarnain berjaya menyebarkan fahaman Islam semasa penjajahannya, dan bermulalah konsep beraja.

Di situlah timbul tidak boleh menderhaka kepada Raja Pemerintah, sesiapa yang derhaka ia sepertilah ia menderhaka kepada ajaran Islam. Islam diangkat tinggi ketika pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain di tanah jajahannya. Namun pada hari ini, Sultan dilantik sebagai Ketua Agama Islam seperti mana yang terhasil dahulu, cuma pengisiannya berbeza. Jika dulu, Raja Zulkarnain berperanan sebagai Ketua Agama Islam ini dihormati, disanjung dan dihargai rakyat bukan sahaja rakyat beragama Islam dijajahannya, tatkala ketika ini ada rakyat yang tidak kenal akan Sultan mereka.

Ini adalah kerana peranan Raja itu sendiri kalanya dikawalselia oleh pemerintah berparti yang dinamakan Raja Berpelembagaan. Raja tidak lagi berperanan besar terhadap perkembangan Islam itu sendiri walau ia berkuasa penuh terhadap Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Walaupun pada hari ini, malaysia masih mengekalkan konsep rukun yang sama yakni
kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, jika dulu memang wajarlah jika kita mendaulatkan Raja yang membawa Islam itu asas hidup, akan tetapi kini marilah sama-sama kita fikirkan. Sultan kini lebih kepada Kesultanan Melayu yang berpegang kepada sifat Kebangsaan dan dinaungkan sebagai Ketua Negara.

Semoga kesultanan yang ada kini kembali menyambung ke arah kegemilangan Raja Iskandar Zulkarnain mengembangkan pemerintahan Islam yang secara tidak langsung mewajibkan parti-parti politik menurut Islam sebagai tunjangnya di negara ini. Pastinya Islam akan difahami oleh semua rakyat yang berbilang kaum dan agama, dan Islam tidak menindas kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Islam for All.


PESANAN UNTUK NIZAR & MELAYUKAH LAGI UMNO

By: Norman

1. Terima kasih kepada Encik Hamidun kerana ikhlas untuk mempertemukan saya dengan Datuk Seri Nizar. Insyallah saya akan pulang ke Perak dalam sebulan dua ini apabila selesai urusan perniagaan saya di sini. Begitu juga orang kuat di Manjung yang saya tidak mahu maklumkan jawatannya kerana tidak mahu jawatan besarnya diganggu gugat walaupun niatnya baik untuk bertemu dan ingin saya memberi pandangan mengenai pembangunan di Manjung.

2. Ya, saya menerima pandangan adakalanya pandangan saya betul dan adakalanya pandangan saya tersasar. Jika betul Alhamdulillah dan jika salah itu datang dari diri saya sendiri. Apapun saya akan menulis dari pandangan peribadi saya tanpa prejudis. Jika pihak kita ada terkurang dan ada salahnya, saya akan tetap menegur. Dikritik, disinis dimaki sudah lama ada di dalam diari saya selama 16 tahun bekerja di akhbar dahulu, jadi apa perlu ditakutkan.

3. Sebenarnya saya tidak bersetuju Nizar ketika dia mula-mula ingin bertanding di Parlimen Bukit Gantang. Saya merungut bersama rakan seperjuangan yang juga seorang Timbalan Pengarang sebuah akhbar ketika ini, mengapa Nizar perlu bertanding di sana. Bagaimanapun ketika sampai di Kuala Kangsar, akhirnya kami bersetuju dia bertanding di situ atas dasar moral.

4. Bila Nizar menang ramai pihak yang malu. Membuktikan Nizar adalah pilihan rakyat. Cuma yang saya bimbangkan adakah Nizar mempunyai banyak masa untuk bersama rakyat tempat yang ditandinginya. Bagi saya, Nizar perlu banyak berkampung di Manjung. Saya tidak pasti samada Nizar menghuni di Manjung atau di tempat asalnya.

5. Saya melihat antara kehebatan pemimpin di Sabah, mereka hampir setiap minggu berada di kampung (kawasan pengundi). Datuk Masidi contohnya, dia akan cuba menghadiri setiap majlis hari raya atau jemputan perkahwinan di rumah orang-orang kampung di kawasannya. Itu antara kebaikannya tetapi di sebalik itu banyak keburukkannya. Dalam tempoh tiga jam, Masidi memenuhi jemputan perkahwinan hingga empat rumah bagi memenangi hati pengundinya.

6. Nizar juga perlu lakukan dan mungkin Nizar sudah lakukan tetapi dia mesti lebih kerap. Dia mesti menjadi contoh terbaik dan tauladan pemimpin PR yang lain terutama di negeri Perak ini. Lebih penting Nizar sebenarnya memerlukan kumpulan 'pemikir' yang hebat sepertimana yang dimiliki oleh pemimpin hebat di seluruh dunia.

7. Perlu diingat UMNO sendiri mempunyai 'team pemikir' yang hebat untuk mencari segala kesilapan yang dilakukan PR. Disebabkan itu mereka sentiasa akan muncul isu-isu baru dan provokasi kepada beberapa pemimpin PR sehingga kita terperangkap dengan mainan mereka. Adakalanya tindakan sesetengah pemimpim PR untuk tidak menjawab soalan provakasi media, ada baiknya.

8. 'Pemikir' Nizar tidak boleh jadi 'pembodek'. Ia akan membunuh karier Nizar lebih awal. Ini kerana 'pembodek' selalunya ingin rapat kerana sesuatu. Jika pun tidak mereka seolah lebih sudu dari kuah. Duduk mengiringi tetapi muka serius macam SB atau pengawal keselamatan khas. Senyum pun payah, nak bersembang jauh sekali. Maksud saya mungkin bukan 'pengiring' Nizar tetapi sesetengah pemimpin.

9. 'Pemikir' Nizar hendak bergerak secara aktif di dalam masyarakat untuk mendapatkan maklumat isu semasa atau rungutan pengundi setempat mengenai mutu prestasi Nizar dengan ikhlas dan jujur. Jangan ditambah pula garam dan gula apabila menyampaikan berita tersebut kerana ia akan menyusahkan ketua mereka juga.

10. Pemikir ini hendaklah merekodkan segala maklumat yang dianggap penting terutama apa yang dirungutkan. Cerita banyak rungutan dari pujian. Pujian itu kalau tidak perlu, tidak dimaklumkan tidak mengapa. Biar pemimpin kita kena kerja kuat lagi kerana dia sudah memilih tanggungjawab sebagai khalifah.

11. Apabila menjelang pilihan raya, pasukan 'pemikir' ini sudah mengumpul pelbagai isu apa yang dirungut oleh masyarakat setempat. Pasukan 'pemikir' ini hendaklah dilihat sebagai seorang yang tidak berpihak agar dia mudah masuk di dalam mana-mana pertubuhan di kawasan tersebut.

12. Saya tahu Nizar seorang yang bijak tetapi saya memohon Nizar apabila ingin menyampaikan ceramah hendaklah membuat kajian atau mengumpul segala isu yang penting bagi menarik minat orang ramai mendengar ceramah beliau. Saya sudah mendengar hampir kesemua penceramah hebat dari PR, saya sangat tertarik dengan ceramah Saifuddin Nasution.

13. Saifuddin Nasution walaupun cara dia berceramah tidak lantang tetapi ceramahnya penuh dengan pengisian. Saifuddin biasanya mengumpulkan segala fakta di dalam kertas untuk diceramahkan kepada pendengar. Kita seronok kerana maklumat banyak daripada Ezam Mohd Nor yang berdegah-degah tetapi pengisian tiada atau kurang. Tun Dr Mahathir juga menurut Tun Siti Hasamah, beliau akan mengarang text ucapan beliau sendiri pada malamnya terutama isu-isu yang penting. Mahathir cakap 'rilek's tetapi penuh dengan sinis dan pengisian.

14. Banyak lagi yang ingin disampaikan tetapi saya anggap sebagai sulit dan biarkan pertemuan bersama Nizar nanti saya akan sampaikan kepadanya secara terus.

15. UMNO...slogan Melayu sudah sebati dengan parti ini. Keris tanpa sarung sudah menjadi ikon kepada mereka sebagai lambang kehebatan Melayu. Cuma ingin bertanya adakah mereka tahu mereka sebenarnya sudah tidak boleh mempergunakan isu Melayu ini di dalam himpunan atau kempen mereka.

16. UMNO sudah tidak Melayu lagi. Di Sabah hampir kesemuanya bukannya orang Melayu. Mereka hanyalah orang Islam tetapi bukan berketurunan Melayu. Mungkin UMNO malu untuk menyebut Islam kerana PAS lebih Islam dari mereka atau Islam bukan agenda perjuangan mereka.

17. UMNO terdesak ketika zaman Tun Mahathir dulu apabila PBS tiba-tiba bertindak keluar dari Barisan Nasional. Tun Mahathir ketika itu seolah-olah tidak lagi mempercayai mana-mana parti yang sedia ada di Sabah ketika itu. Akhirnya beliau menubuhkan UMNO di Sabah dan ini sangat bertentangan dengan ideologi UMNO sendiri yang kononnya memperjuangkan orang Melayu.

18. Malah menurut seorang teman, di Ranau, Bendahari Bahagian UMNO di Ranau adalah seorang cina. Saya tidak pasti tetapi yang memaklumkan kepada saya adalah orang UMNO kawasan itu sendiri. Saya juga tidak pasti orang itu berbangsa cina beragama Islam atau cina bukan Islam. Terpulang kepada PR untuk menyiasat perkara ini atau di Sabah ahli UMNOnya mempunyai keitimewaan seperti keistimewaan Sabah dalam beberapa perkara.

19. Apapun di Sabah ahli UMNO kebanyakannya. terdiri daripada orang Kadazan, Dusun atau Kadasan Dusun sendiri. Jadi saya keliru mengapa mereka tidak mengiktirafkan sahaja parti mereka untuk orang Islam atau UMNO fobia untuk menggunakan nama Islam kerana dibimbangi akan dimarahi oleh pihak British atau parti komponen mereka.

Berjumpa lagi di lain masa.

MEMAHAMI ISI HATI ORANG SABAH

By: Norman

1. Secara jujur ingin saya memaklumkan rakyat Sabah masih mempunyai sedikit sebanyak sentimen Sabah-Semenanjung atau dengan kata lain 1 Malaysia masih ada yang kurang dihayati oleh rakyat Sabah. Kita tidak pasti samada kita tidak ikhlas terhadap Sabah atau orang Sabah tidak ikhlas bersama Semenanjung. Atau kedua-duanya mempunyai agenda tersembunyi. Apapun saya mempunyai banyak maklumat rahsia mengenai apa yang terjadi sejak zaman Tun Mustapha lagi tetapi terlalu sensitif untuk dibicarakan di ruangan ini.

2. Apapun kita pergi ke isu secara umum yang perlu dibangkitkan oleh kebanyakan orang tempatan. Isu paling besar ialah mengenai tanah. Rupa-rupa beribu rakyat negeri Sabah masih tidak mempunyai geran tanah walaupun beribu juga telah memohon tanah tersebut sejak tahun 70 an lagi. Bila isu ini dibangkitkan, wakil kerajaan negeri di kementerian hanya memaklum beribu fail yang perlu disemak.

3. Mereka menempelak, jika lebih 30 tahun dahulu tidak mahu disemak, setiap tahun akan semakin tebal fail di pejabat tanah. Yang membuat mereka berang mengapa tauke-tauke besar minta segera diluluskan. Ini adalah antara isu paling besar yang ditanggung oleh penduduk tempatan.

4. Kedua, soal pembangunan di tempat mereka. Mungkin ini juga membabitkan kerajaan pusat. Ini juga isu yang pernah dibangkitkan oleh Allahyarham Tun Mustapha atau Datuk Joseph Pairin Ketingan suatu ketika dahulu. Isu soal bajet negeri Sabah sering menjejaskan kerajaan negeri ini. Mungkin kerana mereka merasakan peruntukan yang tidak berbaloi dari sumbangan yang disalurkan kepada pusat membuat mereka terkilan dan menyebabkan kesangsian Sabah terhadap Semenanjung masih menebal.

5. Orang Semenanjung selalu berang mengapa apabila ingin memasuki Sabah, kita mesti mempunyai pasport atau melalui Imigresen dan dibenarkan paling lama tinggal hanya tiga bulan sahaja di negeri tersebut. Banyak faktornya yang dibuat hampir 50 tahun dulu oleh pemerintah ketika itu. Antaranya pemimpin Sabah ketika ini bimbang jika orang Semenanjung akan menguasai ekonomi di negeri Sabah yang ketika itu jauh lebih mundur dari Semenanjung.

6. Itu adalah termerai di dalam perjanjian 20 antara Sabah, Sarawak dan Singapura suatu ketika dahulu. Mereka mempunyai keistimewaan. Bagaimanapun kaum pribumi di sini tidak boleh dipersalahkan dari segi pembahagian ekuiti, pengagihan dana pembangunan, dana modal insan/korparat yang tidak seimbang. Kerajaan pusat juga mestilah ikhlas dan telus dalam soal ini. Kita mesti mengenangkan juga jasa dan pengorbanan Dayak Trackers atau Sarawak Rangers menghayati erti pengorbanan, tolenrasi dan bersedia berkongsi kuasa. Begitu juga pemimpin-pemimpin lama Sabah yang berkempen ke seluruh negeri mengajak rakyat negeri tersebut menyertai Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malaya ketika itu.

7. Andaikata PR memerintah, ambillah ikhtibar dan lebih prihatin kepada hak-hak kaum pribumi di sini. Mereka juga mempunyai hak yang sama mengikut sisi undang-undang yang sedia ada. Mulakan paradigma baru. Keunikan negara ini mestilah hendaklah dipertahankan dan jati diri kita hendak dipelihara.

8. Jika kita lebih ikhlas menganggap Sabah sebahagian dari Malaysia, kerajaan mendatang mestilah ikhlas membantu rakyat Sabah. Sepertimana persefahaman antara PAS, DAP dan PKR, kita juga mesti menyatukan rakyat Sabah di dalam kempen mendatang bahawa PR akan bertindak saksama dengan peruntukkan yang lebih adil untuk rakyat Sabah khasnya.

9. Mungkin generasi baru tidak tahu sejarah pembentukan Malaysia sepertimana yang pernah dilaungkan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu untuk menjadi 16 September sebagai hari kemerdekaan Malaysia. Dan akhirnya Datuk Seri najib mengikut atau mengiktiraf tarikh tersebut sebagai cuti umum tetapi sayangnya ia sepatutnya diraikan dengan penuh kemeriahan di seluruh negara dan bukan di Sabah atau Sarawak sahaja.

10. Petikan kata-kata dari Datuk Jefry Ketingan “Peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukkan Malaysia perlu dihargai perlu juga difahamkan bahawa Sabah dan Sarawak bukan masuk atau menyertai Malaysia tetapi membantu membentuk Negara Malaysia . Ia juga mengingatkan kita tentang perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963," katanya.

Sementara itu Pemimpin Masyarakat Sarawak ,Tuan Baru Bian berkata antara faktor menyebabkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana ingin mengubah mentaliti rakyatnya ke arah kemajuan pembangunan.

11. Bermula dari situlah, nama negara kita menjadi Malaysia dan bukan Malaya seperti sebelumnya. Jadi inilah yang perlu diperjuangkan oleh PR di dalam kempen menjelang pilihan raya yang akan datang. Selesaikan masalah mereka dengan penuh keihklasan berdasarkan modal insan atas hak dan pengorbanan yang telah mereka lakukan...Insyallah.

JANGAN PANDANG RENDAH ORANG SABAH

By: Norman

Salam & Selamat Sejahtera
Bertemu kita lagi selepas bercuti bersama keluarga menyambut hari Krimas dan izinkan saya untuk bercerita mengenai Sabah untuk mengetahui mengenai budaya orang di sini.

1. Jika di Sabah, 1 Malaysia telah lama diamalkan. Cuma di Semenanjung kita baru dengar. Di Dalam keluarga isteri saya, ada ibu saudaranya beragama Kristian dan ada yang beragama Budha. Jika orang Islam Sabah berkenalan dengan kekasih mereka berlainan agama tidak mendatangkan masalah yang besar.

2. Jika keluarga itu Kristian kebiasaan mereka tidak kisah jika anak mereka ingin memeluk agama Islam atas dasar perkahwinan dan sebagainya. Kelihatan mereka lebih harmoni dan menghormati agama Islam. Berbanding di semenanjung isu ini sangat sensitif dan boleh menjadi rasis. Dalam erti kata lain, di Sabah masyarakatnya lebih terbuka mengenai pertukaran agama terutama Kristian kepada Islam.

3. Ramai juga teman dari Semenanjung yang datang ke sini. Satu persepsi orang Semenanjung, mereka memandang rendah orang Sabah. Kita meletakkan kita orang yang lebih 'berada' (berharta), moden, bijak dan sebagainya dari orang Sabah. Saya tidak tahu kenapa tetapi persepsi ini telah berlaku sejak dari dulu lagi sedangkan perkembangan atau arus permodenan hampir seiring terutama dengan kehadiran teknologi seperti internet.

4. Saya maklumkan kepada rakan-rakan yang hadir, orang Sabah ini agak 'simple'. Jika bergelar Datuk, Dato' atau Tan Sri mahupun Tun, mereka jauh lebih 'simple' dari mereka bergelar di Semenanjung. Mereka tidak menonjolkan dengan kereta yang mewah atau pakaian yang berjenama tetapi mungkin ramai yang tidak tahu aset mereka berjuta nilainya.

5. Datuk Haris Salleh memang terkenal samada sewaktu menjadi Ketua Menteri dan selepasnya kerana dia mempunyai tanah beribu ekar kerana minatnya yang cukup mendalam di dalam bidang pertanian. Jika mereka yang berumur 30 an dari Semenanjung datang dan bertemu dengannya di mana-mana restoran, pasti menyangka dia hanya seorang bekas guru pencen. Jangan anda tidak tahu dia memandu sendiri keretanya ke rumah mertua saya walaupun usianya sudah mencecah 79 tahun.

6. Semalam saya makan malam di sebuah restoran seafood bersama Tan Sri Ghani Gilong (Mantan Menteri Pengangkutan & Kerja Raya Pusat) dan Tan Sri Herman Lumpin (Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah). Lucu kerana keduanya menggunakan telefon bimbit Nokia bernilai RM 98. Sedangkan pada malam itu mereka berbelanja hampir RM 700.

7. Kedua mereka banyak bercerita peristiwa lama sewaktu mereka menjadi ahli Parlimen suatu ketika dahulu. Tan Sri Ghani memberitahu, sewaktu dia mempengerusikan mesyuarat di kementeriannya, dia memaklumkan untuk membina jalan raya dari Kota Kinabalu ke Ranau. Kata beliau, dia hampir ingin menampar pegawainya kerana bersuara menyatakan tidak perlu dibina jalan raya di sana kerana yang tinggal di situ hanya gajah dan orang hutan sahaja. Begitulah sejak dulu lagi orang Semenanjung memandang rendah orang Sabah.

8. Kawan saya hadir ke Ranau dan ketika itu saya menghadiri kenduri kahwin. Saya menjemput mereka ke rumah pengantin yang merupakan saudara sebelah isteri, tetapi ahli keluarganya seramai 15 orang takut untuk turun kereta. Katanya ada anjing. Ya... di Sabah atau di Ranau, tiada rumah yang tidak dikunjungi anjing. Anjing itu bukan anjing peliharaan tetapi anjing yang sentiasa berkeliaran. Bezanya anjing ini tidak ganas seperti anjing di semenanjung. Anjing ini tidak menganggu langsung orang ramai atau sesiapa sahaja.

9. Akhirnya rakan saya tadi turun dari kereta. Mungkin untuk menjaga hati saya. Tetapi mereka tidak berani makan. Saya faham kerana mereka bimbang tidak halal atau tidak berselera melihat ada anjing berkeliaran di situ. Ya 'bah' saya pun dulu begitu. 'Bah' itulah bahasa ejekan yang sering diajuk oleh orang semenanjung bila tiba di sini.

10. Perlu diingat, di Kota Kinabalu sahaja mempunyai tujuh kompleks membeli belah. Selain dari Kuala Lumpur tiada pusat membeli belah sebesar One Boneo. Terbaru Suria Komples baru siap beroperasi di mana Metrojaya mengambil tempat. Lebih menarik Nasi Lemak Antarabangsa juga membuka restorannya di sini. Dalam tempoh dua bulan lagu, sebuah pusat membeli belah yang lebih panjang dari Mid Valley akan siap dibina untuk menjadi lapan pusat membeli belah di Kota Kinabalu.

11. Jika anda melihat anak Tan Sri Kasitah Ghadam, Tan Sri Ghani Gilong, Tan Sri Herman, Datuk Haris dan nama-nama lain yang saya ketemui, mungkin anda ingat mereka hanyalah anak guru pencen. Mereka terlalu 'simple' hingakan merasakan saya pula yang 'over' dari cara berpakaian. Mereka tidak seperti anak menteri di semenanjung.

12. Perlu diingat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah yang kedua hebatnya selepas KLIA. Malah setiap hari lebih 20 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu menerusia MAS dan Air Asia. Itu tidak termasuk penerbangan dari Kuching, Miri dan Labuan. Malah ada penerbangan antarabangsa yang singgah ke Kota Kinabalu. Jika tidak silap saya dari Seoul.

13. Bagaimanapun Sabah tidak lari dari kepincangannya. Sabah juga masih tergolong antara negeri termiskin di negara ini. Ada banyak alasannya mengapa ia terjadi sedangkan mereka adalah negeri teramai selepas Kuala Lumpur dikunjungi pelancong dan negeri yang terkenal dengan hasil buminya.

13. Selepas ini saya akan bercerita mengenai suasana politik di Sabah, di mana mungkin ia boleh digunakan untuk PR di dalam kempen pilihan raya akan datang. Di sini juga kita akan mempersoalkan atau membicarakan adakah UMNO terperangkap dengan isu Melayu yang sering dimainkan. Adakah selepas ini UMNO akan memperkatakan 'parti kita parti Bumiputra atau parti 1 Malaysia'??????...kita tunggu.

SELAMAT DATANG PENULIS TAMU OM

25.12.2009
Oleh OMan

Blog yang dah penuh sawang ini, telah diselamatkan oleh abang gua sendiri atas jemputan gua yang mengalahkan kesibukan Nizar. Sedia maklum, bermula 24.12.2009 brader Norman telah menulis di ruangan OM dengan menggunakan id OMan kepunyaan blogmaster, untuk tidak mengelirukan pembaca setiap penulisan akan dinamakan oleh nama penulis.

Semoga penulis tamu baru OM, Brader Norman, dapat menyerikan dan membantu dalam perjuangan ke arah politik baru. Terima kasih kepada Brader Norman untuk menerima pelawaan ini dan buat semua pembaca OM kerana masih setia bersama OM dan tak lupa juga kepada pihak-pihak yang telah memberi dorongan buat warga OM.

Semoga OM kembali panas ke pangkal jalan!! Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2010!!

Edited 26.12.2009

PEMIMPIN YANG HEBAT ADALAH PEMIKIR YANG HEBAT'.

25 Dis 2009

By: Norman

1. Pergantungan ekonomi Perak terhadap hasil bijih timah sudah berakhir. Dari sebuah negeri yang kaya raya kerana hasil timahnya, kini mereka lebih bergantung kepada hasil hutan, pelancongan dan pelaburan asing.

2. Ekonomi Kelantan selain hasil dari perhutanan , sektor pelancongan merupakan sumber terpenting di negeri tersebut. Pengalaman setahun tinggal di Kelantan sudah cukup untuk membuktikan apabila tiba musim cuti sekolah, kesemua hotel dari bertaraf lima bintang hinggalah tiada bintang penuh ditempah oleh pelancong tempatan.

3. Hasilnya ramai peniaga Kelantan yang hanya membuka perniagaan kedai berkeluasan 10 kaki lebar 10 kaki panjang mampu membina rumah banglo. Kelantan walaupun disekat pelbagai cara oleh kerajaan pusat mampu bertahan kerana sektor pelancongan dan rakyat Kelantan sendiri yang merantau membawa hasil pendapatan ke negeri mereka untuk dimajukan tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

4. Jika kini Kelantan mampu meminta hasil dari Petronas, Perak tidak boleh mengharap apapun dari sumber tersebut. Perak kini lebih bergantung kepada hasil bumi dan populasi penduduknya yang menjana ekonomi negeri menerusi pembelian antara sendiri. Selain itu sektor pelancongan adalah produk terpenting negeri ini.

5. Jika kita mampu mengambil kembali takhta pemerintahan Perak, apakah yang perlu kita lakukan selain memikat pelabur asing. Pelaburan asing merupakan sumber terbaik pendapatan negeri tetapi andainya kerajaan pusat masih diperintah oleh BN, kerajaan negeri akan menghadapi sedikit kesukaran walaupun mampu jika ada unit khas yang dilantik untuk menarik pelabur asing ke negeri ini.

6. Bagi saya pelancongan adalah antara faktor terpenting di mana-mana negara atau negeri untuk menambahkan sumber ekonomi penduduk negeri. Kerajaan negeri mesti mengenal pasti produk pelanongan negeri yang diyakini kini diminati oleh pelancong tempatan. Mesti diingat, di Kelantan mereka tidak bergantung kepada pelancong luar tetapi 90% mereka yang melancong ke sana terdiri dari rakyat tempatan (pelancong dalam negara).

7. Kita mesti melakukan penyelidikan serius terhadap kecenderungan pelancong tempatan ke negeri ini (Perak). Antara yang kini menjadi sebutan Bukit Merah dan Lost World untuk sektor pelancongan komersial. Selain itu sejak berpuluh tahun lamanya Teluk Batik dan Pulau Pangkor terus menjadi perhatian pelancong ke Perak dari seluruh negara termasuk Sabah dan sarawak.

8. Teluk Batik telah dimodenkan tetapi daya tarikan masih tidak memenuhi selera pelancong. Sewajarnya di kawasan yang masih luas di situ tersebut dibina Lagoon untuk menambahkan lagi aktiviti pelancongan di situ.

9. Pulau Pangkor perlu hebat seperti Langkawi kerana kedua-kedua pulau ini hampir sama kehebatannya. Cuma bezanya, Langkawi menerima peruntukkan yang besar di bawah Tun Mahathir. Andaikata kita berjaya menguasai pusat, kerajaan Nizar mampu untuk meminta peruntukkan besar sebagai pelaburan terbaik Perak dalam sektor pelancongan.

10. Kita mesti menjadi negeri yang mampu berdikari. Kata orang, kalau minta ikan, setiap hari kita akan meminta tetapi jika kita meminta mata kail, kita mampu mencari ikan dengan sendiri. Dubai adalah contoh terbaik, kerana bimbang akan kepupusan minyak, kerajaan negara tersebut telah membina Dubai sebagai pusat pelancongan terhebat di dunia. Mungkin kini mereka ada sedikit masalah kerana kos yang terlalu tinggi tetapi untuk jangka panjang Dubai akan terus dilawati berpuluh juta pelancong setiap tahun.

11. Kedah dilawati kerana Langkawi tetapi malangnya Perlis yang menerima tempias. Saya hairan susah sangatkah untuk kerajaan negeri Kedah BN dahulu untuk meminta peruntukkan untuk membina jeti khas yang cantik dan ada daya tarikan yang lebih berdekatan dengan Pulau Langkawi memandangkan jeti Kuala Kedah agak jauh perjalanannya ke pulau tersebut.

12. Ini ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama. Andaikata tiada Langkawi, Perlis mungkin hanya dilawati oleh menantu mereka sahaja. Pemimpin Perlis langsung tidak tahu bagaimana untuk menarik pelancong ke negeri tersebut dengan daya tarikan tersendiri. Jika Singapura boleh menjadi begitu hebat mengapa tidak Perlis. Bezanya mentaliti pemimpinnya membuatkan Perlis jadi begitu. Perlu diingat, bulan April tahun hadapan, dijangka berjuta pelancong berkunjung ke Singapura apabila Universal Studio dibuka.

13. Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Kelantan dan Sabah mengikut perkiraan saya merupakan negeri yang paling diminati oleh rakyat di negara ini sebagai destinasi pelancongan. Selangor, N. Sembilan dan Johor mendapat tempias kerana kedudukannya. Perak pula menjadi laluan utama penduduk ke utara tetapi ekonominya dikaut oleh PLUS di atas jalan raya sahaja. Jadi fikir-fikirkanlah. 'Pemimpin yang hebat adalah pemikir yang hebat'.


Saya akan bercuti selama empat hari untuk bersama-sama isteri menziarahi saudara mara yang beragama Kristian di Ranau. Semoga kita berjumpa lagi...Insyallah.

JANGAN JADI MACAM MB UMNO

24 Dis 2009

By: Norman

1. Sewaktu berkhidmat sebagai Pengarang Rencana saya terpaksa menjaga dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Pengalaman bersama ahli politik membuat saya cukup masak dengan karenah orang politik.

2. Pengalaman sewaktu menjadi Ketua Biro di Terengganu tidak dapat saya lupakan sehingga kini apabila ditegur oleh koncu Deris atau nama sebenarnya Idris Jusoh. Artikel kritikan saya mengenai Monsoon Cup membuatkan hubungan kami dingin.

3. Sewaktu berkunjung ke rumah kediaman Menteri Besar Terengganu ini, Idris begitu sombong gaya bicaranya. Memang rakan wartawan dari penerbitan yang lain sudah memaklumkan awal-awal lagi ketika saya ditiba di Terengganu, Idris ini tidak gemar kita mengkritiknya.

4. Saya melihat papan iklan Idris di Terengganu seolah-olah beliau merupakan Sultan di negeri tersebut. Merata terpampang wajah Idris di setiap bandar di Terengganu. Dia buat negeri ini seperti perniagaan syarikat miliknya. Saya tidak tahu berapa juta dihabiskan untuk membuat papan iklan wajah Idris bersama anak kecil dan orang-orang kampung sambil wajahnya tersenyum riang. Patutlah Tuanku berang dengannya dan tentulah saya orang paling gembira bila Idris tidak layak di mata Sultan.

5. Ketika itu Mr KJ adalah wakil Pemuda UMNO yang paling kerap ke sana. Jadi bukan menghairankan apabila team Idris tidak gemar dengan kehadiran Hishamuddin menjadi Pengerusi UMNO Terengganu. Idris sebenarnya tidak sangka Pak Lah pergi begitu cepat kerana dia dilihat sebagai pemimpin UMNO paling pengampu semasa kepimpinan Pak lah sehingga wujudnya Perkampungan Hadhari ini. Ini kerja paling mengarut Idris.

6. Muhammad Taib merupakan Menteri Besar mesra media. Dia bijak melayan media dan adakalanya tanpa membuat temu janji dia membenarkan wartawan untuk bertemu dengannya walaupun buat seketika. Sebab itu beliau sering diberi publisiti oleh pihak media.

7. Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara pemimpin yang saya anggap paling tidak berwawasan. Saya pernah menemubual beliau pada tahun 1993. Yang lucunya, beliau mahu saya faks kan dahulu soalan-soalan yang ingin diajukan kepada beliau. Saya bertanyakan mengenai perancangan beliau selepas Perak tidak menghasilkan timah sebagai sumber ekonomi negeri. Katanya, dia ingin menjadikan Ipoh sebagai bandaraya membeli belah. Saya ketawa di dalam hati, mengapa Perak mendapat Menteri Besar seperti ini.

8. Saya syorkan kepada beliau untuk memajukan Manjung kerana kenalan saya jika ke Perak tidak pernah pun berniat untuk ke Ipoh. Jika ingin membeli belah lebih baik mereka menuju ke Kuala Lumpur sahaja. Akhirnya Manjung terlewat 15 tahun kerana untuk maju seperti sekarang kerana Ramli memerintah agak lama di negeri Perak iaitu bermula pada tahun 1983 hinggalah 1999. Jika Wan Mohamed terus memerintah Manjung sudah lama maju.

9. Dibangunkan pula Bandar Seri Iskandar. Sedangkan Perak sudah mempunyai bandar-bandar yang besar yang perlu disokong dengan IPT seperti di kampar, Taiping, Parit Buntar, Tangjung Malim dan Manjung sendiri. UiTm sepatutnya berada di Manjung untuk mempercepatkan ekonomi penduduk di situ. Inilah akibatnya apabila Menteri Besar merasakan dia adalah Menteri Besar di kawasannya sahaja.

10. Akhirnya, kini baru kerajaan Perak sedar bahawa Manjung kini menjadi 'anak emas' negeri Perak kerana ia menjadi tumpuan pelancong ke negeri tersebut. Jadi banyak lagi yang diperlukan di daerah ini khasnya di Pulau Pangkor.

11. Datuk Seri Tajol Rosli sepertimana wataknya juga... 'slow'. Saya tak tahu apa 'vision' beliau untuk negeri Perak. Dia memerintah seperti orang bekerja makan gaji di pejabat kerajaan. Janji hujung bulan dapat gaji. Ayoooo...patutnya beliau sudah lama berundur sewaktu BN memerintah. Sebab itu saya tidak berminat untuk menemubual beliau sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.

12. Saya tidak pasti apa yang difokuskan oleh Tajol Rosli suatu ketika dahulu. Tiada arah tujuan yang jelas untuk rakyat negeri Perak. Akhirnya Perak rugi hampir 30 tahun disebabkan Ramli dan Tajol.

13. Banyak rahsia tersembunyi Perak dan strategi politik yang boleh kita gunakan tetapi bukan dibicara secara terbuka di sini. Strategi bermakna rahsia dan tidak perlu diketahui musuh. Saya masih mengharap untuk bertemu Datuk Seri Nizar walaupun dia bukan lagi Menteri Besar tetapi di mata saya beliau adalah Menteri Besar rakyat negeri Perak yang sebenar.

BANDAR SUDAH DITAWAN

24 Dis 2009

By: Norman


1. Berdasarkan kepada pilihanraya lepas, untuk menwaskan UMNO dan kuncunya tidaklah begitu sukar. 4,082,411 pengundi negara ini telah memilih BN dan 3,796,464 mengundi PR. Dari segi peratusan hanyalah dibezakan 1.2% sahaja.

2. Berdasarkan kepada keseluruhan keputusan pilihanraya, bandar-bandar besar di seluruh negara dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Di Wilayah Persekutuan kesemuanya dipulun oleh Pakatan Rakyat jika kita tolak undi tentera. Teori ini memudahkan kita, penduduk bandar mudah difahamkan atau mudah diperjelaskan mengenai politik tanahair.

3. Lantas tumpuan kita kini kepada kawasan luar bandar. Mampukah kita melakukannya. Mampukan kita tebalkan muka diherdik oleh pakcik makcik kita dikampung sewaktu berkempen. Inilah yang perlu difikirkan.

4. Memang kita selalu dengar kata orang tua dikampung, " tak ada UMNO kebulor le kita". Jalan terbaik untuk mencari formula mengubah persepsi orang kampung ialah menerusi anak-anak mereka". Cara menasihatkan mereka kenalah dengan cara yang paling berhemah. Inilah adalah cara terbaik untuk kita mendapatkan undi ehsan mereka.

5. Di antara tiga parti dari PR, tugasan DAP adalah yang paling mudah untuk pilihanraya akan datang. Ini kerana perubahan minda dari kaum cina di bandar inginkan perubahan kecuali tauke-tauke besar kerana kepentingan perniagaan. Tauke-tauke besar ini lebih selesa dengan BN kerana parti ini senang diajak bicara 'di bawah meja'.

6. Kuala Sepetang majoriti : 564 Pecahan undi Melayu: 58.97% Cina: 32.43% India: 8.51% Lain: 0.09%. Trong majoriti: 916 Pecahan undi Melayu: 69.5% Cina: 20.4% India: 9.9% Lain: 0.2%. Kamunting majoriti : 555 Pecahan undi: Melayu: 66.2% Cina: 19.0% India: 12.8% Lain: 2.0%. Kubu Gajah majoriti: 66 undi. -Bagan Serai Majoriti: 95 undi.- Alor Pongsu majoriti: 95 . -Pengkalan Baru majoriti: 14 undi. -Rungkup majoriti: 454 undi. Kawasan Parlimen ini perlu ditumpukan. Majoriti UMNO hanya sedikit untuk ditewaskan. Tapi ada juga beberapa kawasan PR juga yang dalam bahaya. Jadi tumpuan dari DAP, PKR dan PAS mesti dibuat secara berterusan apatah lagi Pengkalan Baru hanya ditewaskan dengan 14 umdi sahaja.

7. Perak dilihat negeri yang paling sesuai untuk menzahirkan kesefahaman antara parti dan juga untuk memperlihatkan keihklasan DAP bersama Pakatan Rakyat. Ini kerana dari 31 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat, 18 daripadanya adalah menerusi DAP. Ini kerana faktor sejarah Perak yang dikenali negeri bijih timah banyak membawa buruh cina ke negri tersebut.

8. Keihklasan dari DAP mestilah ditunjukkan kepada pemimpinan semula Nizar untuk menyerahkan 1 kerusi EXCO kepada wakil rakyat Melayu jika Pakatan Rakyat berjaya memimpin sekali lagi negeri Perak. Sepertimana keihklasan yang ditunjukkan sebelum ini oleh MCA bersama Barisan Nasional di mana 90% kerusi EXCO diberikan kepada ahli UMNO. Bagi saya kerusi EXCO bukanlah penting untuk parti rebutkan jawatan tersebut tetapi khidmat dan permuafakatan itu adalah lebih penting demi untuk mencapai kemenangan yang lebih gemilang.

9. Ia penting kepada rakyat negeri Perak khususnya orang Melayu di negeri ini selain untuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak bagi membuktikan negeri ini bukan dimiliki atau dikuasai oleh DAP atau pun cina. Jika ini dapat dilakukan oleh DAP, ia merupakan satu pengorbanan besar dan keihklasan yang tidak perlu dipersoalkan lagi terhadap DAP untuk membawa perubahan politik di negara ini. Alangkah baiknya jika YB Ngeh yang mengumumkan sendiri untuk memberi 1 kerusi EXCO pada ketika ini bagi menyakinkan rakyat DAP bukanlah parti rasis seperti digembar gemburkan sebelum ini.

10. PKR dalam masa yang sama mestilah mencari seorang hero di kalangan orang Melayu untuk bersama-sama Datuk Seri Nizar serta Datuk Ngeh.

NIZAR PERLU RASA DIRI MASIH SEPERTI MB

24 Dis 2009

1. Masih diingatan ketika Datuk Seri Nizar berkunjung ke rumah saya suatu ketika dahulu. Dia dibawa oleh rakan adik saya yang juga merupakan jiran kami di Manjung. Orangnya 'simple' dan berkarisma. Dia duduk bersila bersama ibu saya di lantai sambil kami berbual mengenai kempen pilihanraya. Saya juga memberi buah fikiran kepada beliau apa yang perlu dilakukan olehnya ketika itu. Nizar mengangguk kepala tanda setuju walaupun sebenarnya dia juga cukup berilmu dalam kancah dunia politik tempatan.

2. Siapa sangka belum sampai setahun menjadi Menteri Besar, Nizar ditumbangkan. Sebenarnya perancanaan untuk menumbangkan Nizar bermula sejak pengumuman pilihanraya lagi. Kalangan orang UMNO yang bersama ibu sudah mula bercerita, " BN akan perintah Perak juga...". Saya tanya bagaimana kerana tidak masuk diakal ketika itu BN boleh kembali memerintah. Mereka cuma memaklumkan ada caranya.

3. Saya ada memaklumkan kepada pengiring Nizar di Manjung mengenainya tetapi sayangnya mereka ketika itu merasa bongkak dengan kemenangan yang tanpa diduga ini. Penduduk Manjung ketika itu seperti meraikan kemenangan pasukan bola sepak menjuarai Piala Malaysia. Pengiring Nizar pula seperti kaduk naik junjung. Mereka lupa musuh mereka tidak akan berdiam diri sejak ditewaskan buat kali pertama di negeri Perak. Mereka lupa musuh ini bukan musuh yang boleh menerima hakikat kekalahan.

4. Bila saya maklumkan, dengan bongkak mereka memaklumkan, Sultan dah perkenan dan sukakan Nizar...orang UMNO memang begitu, mereka dengki. Akhirnya tidak sampai setahun maklumat yang saya cuba sampaikan menjadi kenyataan. Perancanaan itu berjalan dengan tersusun rapi seperti menarik benas di dalam tepung.

5. Bila berlaku terus saya maklumkan kepada rakan-rakan seperjuangan di Kuala Lumpur mengenai peristiwa tersebut. Saya ketika itu baru tiba di Kuala Lumpur kerana urusan perniagaan. Saya mengingatkan mereka kembali mengenai percaturan yang dibuat oleh UMNO sejak mereka tewas dulu. Tapi sayang pengiring Nizar ambil sikap tidak endah.

6. Sejak Nizar menang saya telah menyuruh beberapa kali agar dapat dipertemukan dengan Nizar walaupun untuk 15 minit secara eksklusif. Saya ingin menyampaikan banyak maklumat kerana anak-anak buah saya sudah melata bekerja di syarikat penerbitan. Maklumat terus disampaikan walaupun saya kini hanyalah mantan pengarang. Namun janji sudah berbelas kali, tiada satu yang ditunaikan. Saya kecewa kerana hajat saya bukan untuk meminta kontrak berjuta ringgit tetapi untuk menyampaikan maklumat dan cadangan bagi pimpinan kerajaan Nizar.

7. Seorang Timbalan Pegawai Daerah memberitahu saya, dia kesal dengan sikap pengiring Nizar kerana langsung tidak mengikut protokol pejabat daerah. Protokolnya kecil tetapi di pandang berat oleh pegawai kerajaan. Saya bersetuju dengannya apabila dimaklumkan kepada saya.

8. Katanya, seorang pengiring Nizar (mungkin itu jawatannya) datang ke majlis daerah untuk memaklumkan bagi menggunakan sebuah dewan di daerah ini. Dengan hanya berselipar dia memaklumkan, "Haji Nizar datang nak gunakan dewan pada tarikh...sekian2".

9. Mungkin ramai yang marah dengan penulisan saya tetapi dengan blog sahaja saya dapat menyampaikan kata-kata nasihat kepada kepimpinan parti. Kita mesti bersikap terbuka demi untuk menyelamatkan karier politik Nizar tetapi malangnya orang disekeliling Nizar membuat saya berasa sedikit kecewa. Kita tidak mahu menjadi seperti pemimpin UMNO yang tidak boleh ditegur dan akhirnya mereka keliru dan tertanya kenapa rakyat membenci mereka.

10. Saya kecewa kerana gagal untuk bertemu Nizar kerana dalam tempoh tersebut saya dapat membuat temu janji dengan Tan Sri Muhammad Taib dan Datuk Masidi (Menteri Sabah). Mengapa orang ini boleh saya bertemu dengan mudah tetapi Nizar sebagai pemimpin yang saya segani dan kagumi gagal saya temui.

11. Sedangkan apabila Nizar jatuh, saya berada di kediaman Menteri Besar untuk memberi sokongan. Saya mengorbankan masa dan wang untuk penginapan hotel beberapa rakan dari Kelantan yang turut sama ke Perak. Malah sewaktu pilihanraya Parlimen, saya turun ke Taiping dan ketika itu saya hanya melihat Nizar dari jauh sahaja kecewa dengan sikap pengiring Nizar ini.

12. Sayang jika perkara ini dapat dimaklumkan dari awal, sudah tentu kita lebih bersedia. Kita boleh menjaga wakil rakyat agar tidak terperangkap dengan tektik UMNO. Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu adalah merupakan dari parti PKR. Kita mesti ingat kebanyakan ahli PKR adalah bekas ahli UMNO. Nama saja bekas ahli UMNO, wang adalah penyakit mereka sejak turun temurun. Malah bila melihat muka keduanya, saya lebih percaya bekerja dengan YB Nge dari mereka.

13. Sayang semuanya sudah terlambat. Kini apa yang perlu dilakukan oleh Nizar agar terus berlagak menjadi seperti MB. Kita mahu pemimpin kita terus berkhidmat tanpa mengira jawatan. Nizar sepatutnya membuka sebuah pejabat di Manjung untuk menyelesaikan segala pemasalahan penduduk setempat. Pejabat itu bukan pejabat PAS atau PR, tetapi ia merupakan pejabat wakil rakyat.

14. Kita mesti membuka lebaran baru politik tanah air di mana kita mesti mengamalkan sikap keterbukaan. Di pejabat ini tidak perlu ada logo mana-mana parti dan cukuplah hanya gambar wakil rakyat setempat. Namakan pejabat tersebut 'Pejabat Rakyat' agar kesemua rakyat berlainan fahaman politik mereka tidak merasa kekok ke pejabat tersebut. Edarkan pamplet mengenai kewujudan pejabat tersebut.

15. Selepas ini kita berceritakan serba sedikit mengenai kecacatan yang perlu dibaiki jika PR kembali memerintah Perak.

SALAM TEMAN MANJUNG

23.12.2009
Oleh Norman.Media

1. Jika adik saya, OM menulis lebih ke arah aktiviti PR di sana, saya akan menulis dari sudut pandangan hasil pengalaman di dalam dunia politik suatu ketika dahulu. Artikel yang ditulis di blog ini tidak lah terlalu berat dari sudut penulisan berdasarkan kepada pengalaman, artikel yg berat, pembaca mudah merasa bosan. Maklumlah Melayu malas berfikir. Namun saya akan mengkritik tanpa mengira parti politik yang didokong mereka.

2. Otai Manjung, memang gelaran ini sesuai digunakan oleh adik saya memandangkan ketika kami mula berpindah ke Manjung pada penghujung 1979, ketika itu hanya ada lima buah rumah yang berpenghuni. Rumah banglo pun belum siap dan ketika itu Manjung dikenali sebagai bilik tiga atau bilik dua. Sekarang dikenali sebagai Manjung Lama atau Manjung Baru.

3. Banyak sejarahnya tetapi di ruangan ini bukanlah ruangan untuk menceritakan semua ini. Kita mahu maju ke depan jadi tidak perlu dikenangkan sejarah pahit manis yang lalu.

4. Mungkin sesekali saya akan menceritakan mengenai Daerah Manjung yg wajar dilakukan oleh wakil rakyat kerana semuanya berkait rapat dengan politik. Yang wajar kita dahulukan ketika ini ialah mengenai suasana politik di Perak.

5. Sewaktu bekerja di akhbar dahulu, saya dikenali sebagai Ketua Pemuda Pembangkang. Walaupun saya sendiri tidak menonjol di luar samada di dalam parti PKR mahupun PAS tetapi kenalan rapat di pejabat mahupun di Manjung lebih arif arah perjuangan saya.

6. Pernah suatu ketika dahulu, saya dipanggil oleh rakan sekerja untuk ke bilik perpustakaan pejabat kerana sedang berlaku debat. Kata rakan saya, "Tolong Man, kita tak boleh makan Pak Sheikh ni...".

7. Individu dimaksudkan rakan tersebut ialah seorang Ustaz yang bergelar Pengarang Agama yang juga merupakan mantan Ustaz di dalam jemaah Al Arqam. Sewaktu memasuki bilik tersebut saya mendengar dengan teliti dalil Ustaz tersebut. Rupa-rupanya dia pengkagum Tun Dr. Mahathir.

8. Lalu saya tersenyum, hujahnya mudah kerana dia yakin Tun Mahathir 'Maha' mengetahui. Lalu saya mencelah, "Ustaz saya nak tanya jika kita ingin menghukum sesorang itu berzina apa syarat2nya,"...lantas dia menjawab mengikut hukum Islam. Mudah dipatahkan dan kesan dari debat tersebut saya dan Ustaz ini hampir setahun tidak bertegur sapa.

9. Dikelilingi dalam sebuah keluarga UMNO bukan satu tugas yang mudah. Ibu saya memang cukup dikenali di daerah Manjung. Namun saya bersyukur kerana dia berfikiran terbuka. Tiada seorang pun anaknya yang meneruskan perjuangan parti yang didokongnya sejak Bandar Seri Manjung mula dibuka.

10. Lebih menarik ibu saya boleh duduk semeja dan berbaik seperti satu keluarga dengan jirannya yang kini rata-rata menyokong Pakatan Rakyat. Ibu saudara saya juga kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Wanita UMNO. Bapa saudara pula mantan EXCO negeri Perak di bawah pemerintahan Tajol Rosli.

11. Tidak mengapa lagi, bapa mertua pula adalah mantan Menteri Pusat yang kini bergelar Tan Sri. Jadi bukan suatu yang mudah untuk hidup dengan prinsip perjuangan ini. Namun ia tidak mematahkan semangat saya. Lebih 10 tahun sudah puas dikejar sana sini oleh SB2 negara. Peristiwa dikepung di Kg.Baru sewaktu pihak polis menggila ketika itu masih diingatan. Syukur ketika itu saya membawa kad KDN (Kad Akhbar Kementerian Dalam Negeri).

12. Bersyukur, ramai juga teman-teman lama di Manjung turut sama dalam perjuangan ini. Namun ramai juga yang masih percaya UMNO itu penting. Alasannya Melayu...haaaa. Lucu bila kurang berilmu. Yang lain kerana mereka bergelar kontraktor...jadi faham2 je lah.

Isu seterusnya saya akan bercerita mengenai Dato' Seri Nizar. Suatu yang membanggakan saya, Dato' Seri Nizar pernah hadir ke rumah saya di Venice sewaktu dia sedang sibuk berkempen. Saya melihat beliau memang seorang yang mempunyai krebiliti sebagai seorang pemimpin. Sangkaan itu bukan sahaja tepat tetapi lebih dari itu apa yang ditonjolkan oleh Dato' Seri Nizar apabila beliau mula menjawat jawatan tertinggi di negeri Perak ini.

PENULIS TAMU & PENGENALAN

23 Dis 2009
Oleh Norman.Media

Saya telah dijemput oleh adik saya OM untuk menulis di ruangan Otai Manjung memandangkan kesibukkan beliau dgn tugasan hariannya. Saya pun bersetuju tetapi saya tidak akan memberi jaminan untuk menulis di ruangan ini setiap hari memandangkan sibuk dengan tugas harian di Sabah ketika ini.

Saya mulakan pengenalan diri saya:

Nama: Norman
Pengalaman

Wartawan: Mingguan Politik, Bacaria dan Ekslusif
Editor: Pengarang Majalah, Pengarang Rencana ( Sebuah Akhbar Harian) & Ketua Biro di Terengganu.
Karier: Ahli Perniagaan
Falsafah: Apa perlu hendak ditakutkan dalam perjuangan. 'Mahasiswa takut pada dosen (pensyarah), dosen takut pada rektor (dekan), rektor takut pada menteri, menteri takut pada presiden dan presiden takut pada mahasiswa':)...Taufik (pensyair Indonesia) jadi apa yg perlu kita takut dalam perjuangan. “.. Kerana itu, janganlah kalian takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kalian benar-benar orang yang beriman” [Ali-Imran: 175]

MENTERI 'BAD' & 'BETTER' PERAK

16.02.2009

Sudah lebih sebulan purnama gua tak update blog yang dah penuh sarang ni. Gua muncul hari ni pun dalam curi-curi masa, esok lusa belum tentu dapat jenguk. Itupun, nak cerita sikit dalam urusan gua yang tak menang tangan ni, tiba2 dalam urusan pembelian barang dari sebuah syarikat bertaraf internasional, gua ditanya tentang Politik di Perak oleh seorang Manager Mat Salleh ni.

Kisahnya, semalam gua di'wajib'kan untuk membuat penghantaran barang melalui Pesanan kerajaan sebelum jam 5pm, nak tak nak gua terpaksa ke cawangan syarikat tersebut di Shah Alam untuk mengambil barangan tersebut. Bilamana didapati alamat gua di Perak, mat Salleh tu boleh tanya gua apahal politik Perak sekarang ni, yang mana satu MB yang sah, kenapa boleh jadi macam ni? Gua agak terkejut la, sampai orang luar pun ambil berat hal Perak ni. Gua pun bagitahu la mana yang gua tahu, tapi keputusan mahkamah masih tak 'launch' lagi! dan dia sendiri pun boleh baca apa yang tersirat.

Sembang punya gebang, baru gua tangkap yang syarikat depa ni ada buat proposal untuk pelaburan di Perak terutamanya berkaitan sektor marin dan kejuruteraan di Lumut. Apapun, dia banyak hairan apa yang terjadi di Perak! Dan sebelum habis perbualan dia bagi ayat ni kat gua, "BTW, Zambry is bad but Nizar is better!!'.

Jadi tak heranlah kalau ramai pelabur luar KUAT-KUAT LARI seperti kata YB DAP. Kesimpulannya, Zambry Menteri Bad for Perak dan Nizar Menteri Better for Perak.