UDANG, BAKAU, MELIMPAH DI LEKIR

Alkisah dari warga Lekir disampaikan kepada OM.

Terdahulunya, mereka tarah pokok bakau untuk projek kolam udang. Mereka ini adalah pemimpin terdahulu yang ada kaitan dengan MCA dan Ketua Otek yang melebamkan mata DS Anwar. Kolam udang yang 'tidak menjadi' ini dilakukan sepanjang pantai di dalam kampung-kampung sekitar Lekir, kini telah di 'bakau'kan semula setelah hasil bakau mereka sapu walaupun tak sempat makan hasil udang.

Yang mendapat habuan ke atas projek2 ini, dah tentulah Pemuda Melayu United di Lekir dan Kawasan Lumut. Kesannya adalah alam sekitar, tiada penghalang bagi ombak. Angin membuai begitu senang meruntuhkan rumah-rumah penduduk Lekir.

Masa ini, penanam semula bakau di 'kolam2 yang telah ditarah' boleh dikatakan berjaya walaupun ia tidak seperti sistem penanaman bakau di Sabak. Di Sabak, penggunaan halangan dari teritip amat baik sekali kaedahnya.

Diberitahu juga, kini jika air laut pasang akan melimpah ke jalan persisir pantai akibat dari pembinaan 'pulau buatan manusia' di Manjung dan Lumut. Dalam masa yang singkat kesan ini berlaku, warga Lekir agak gundah kerana tidak tahu apa akan terjadi 5-10 tahun akan datang.

Dulunya, pantai ini lebih jauh lagi...

Kini, sampai melimpah ke jalan persisiran yang jaraknya ><20meter. 10 tahun lagi mahu terbenam terus jalan ni!?!?!?!

Saksikanlah.....

No comments:

My POST