DS NIZAR : LAYAN MASALAH

17.07.2009 : Semasa DS Nizar menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan, ceritanya di sini, penduduk setempat sempat mengadu masalah mereka di sekitar perumahannya.

Yang ni, DS Nizar yang sapa pemuda yang sedang membaiki rumah, lalu DS menunjuk 'skill'nya.

Melihat Deret Perumahan Lama yang usang didiami penduduk sejak lama lagi.


Ternakan Ikan yang dibuat di tapak perumahan secara haram. Ia mengeluarkan bau yang kurang enak dan pembuangan air berbau sekitarnya. Malah DS Nizar sendiri mendapati sistem perparitan yang ada amat tidak memuaskan, dan mengarahkan Skuad Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang bersama penduduk bertindak sendiri mengorek-cucinya dengan kos ditanggung oleh ADUN. Berkenaan kolam ternakan ikan, Pusat ADUN akan membawa ke Majlis Perbandaran Manjung.

Ini bukan tempat pembuangan sampah, tapi dimaklumkan penduduk tuan rumah mengutip dan mengumpul sampah untuk dijadikan baja tetapi terlalu banyak kumpulan bahan terbuang di rumahnya. Ia mengundang ketidakselesaan penduduk sekitar.

Apek dan Aso ni terserempak dengan MB Rakyat, park kereta terus meluru ke DS. Mereka tanya perkembangan dan memberi sokongan pada DS, katanya 3 tahun lagi kita bikin lagi....
(Yang lain gua tak berapa faham, sebab mereka cakap cina dgn DS)


DS Nizar berkesempatan melawat rumah pengikut setianya dan penggerak pemuda India di Manjung.

No comments:

My POST