NELAYAN LEKIR ADU MASALAH!!!!

Jam 4.30 petang tadi, terima panggilan tel, tgk no sah dari public phone. Hamba Allah yang telefon gua ni nak jumpa gua katanya, oklah selepas Asar kami buat janji jumpa di sebuah restoran sekitar Seri Manjung. Dia datang dengan isterinya. Tujuan nak jumpa gua pasal masalah kewangan yang tidak mampu lagi bagi mereka atasinya untuk memberi anak-anak mereka makan minum.

Maka, berjumpalah kami ditempat yang dijanjikan. Mulanya gua tanya macamana dapat no tel gua, dia cakap pejabat DAP Sitiawan yang bagi. Gua minta dia jelaskan apa masalah yang hendak diadukan.

Ceritanya begini, dia dan isterinya adalah nelayan, dengan hasil tangkapan lautnya dia menyara kehidupan sekeluarganya. Anaknya seramai 6 orang, 2 sudah bersekolah dan seorang lagi tidak sekolah kerana menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Sudah sebulan mereka tidak turun ke laut kerana masalah enjin botnya yang masih di woksyop untuk dibaiki. Gua sedih ada anaknya yang tidak bersekolah.

Sebelum ini, aduan mereka telah mendapat perhatian ADUN gua, DS Nizar yang menyumbang kewangan untuk membaiki enjin tersebut. Sebahagian wang itu dibayarkan kepada pomen dan sebahagiannya membeli makanan sekeluarga bagi menampung sementara enjin pencarian rezekinya dibaiki. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. hamidun pegawai khas MB gua yang memberi perhatian kepadanya.

Namun, pada hari ini, dia ke woksyop untuk melihat enjin yang dibaiki dan mendapati pomen itu sudah membuka dan ketahui punca segala kerosakan. Pomen itu tidak dapat membaiki enjin tersebut sehingga anggaran kos pembaikan dibayar oleh nelayan ini untuk pembelian alatganti. Bil yang ditunjukkan berjumlah RM608.00, dan nelayan ini tidak mampu untuk membayarnya. Tujuan dia berjumpa gua agar dapat membantunya sekiranya dapat mencari sumbangan. Gua mohon pada pejabat ADUN sekali lagi, walaupun nelayan ini berasa serba salah kerana pihak ADUN telah memberi sumbangan sebelum ini walaupun jumlahnya tidak mencukupi untuk membaiki enjinnya.

Gua cuba memahami lebih lanjut masalahnya, dan nelayan ini menceritakan pada gua dengan persoalan yang gua timbulkan walaupun gua bukan nelayan. Enjin 15 yamaha ini adalah sumbangan dari BaitulMal (Pusat Zakat), dan ia merupakan enjin terpakai. Bila gua timbulkan berbagai persoalan, maka terjawablah bahawasanya mereka ini sepatutnya menerima Enjin baru. Tapi bila dianugerahkan kepadanya adalah enjin yang sepatutnya tidak boleh digunakan lagi. Bagi gua, kalau masalah pembaikan enjin ini diatasi, namun percayalah penyelesaiannya bukan untuk jangka masa panjang bagi nelayan ini untuk menyara kehidupan keluarganya yang kini hanya makan nasi taruh kicap dan berkuahkan 'air suam'.

Gua dah tak tahan bila suami isteri di depan gua ini cuba menyembunyikan keperitan mereka, namun bapa kepada 6 orang anak ini terpaksa mengesat airmatanya di depan gua. Gua tanya lagi, siapa pegawai baitulmal yang bertanggungjawab, dia cuba sembunyikan juga kerana tidak mahu gua jumpa dia kerana masalah mereka, takut nanti pukat yang dijanjikan oleh baitulmal tidak diberikan kepada mereka. Gua berjanji dengan mereka tidak akan membangkitkan nama2 nelayan yang mengadu pada gua. Jangan takut, yang nak kena tahan gua.

Nama pegawai itu, Ustaz - Pusat zakat manjung?!?!?!, betul ke ustaz dia ni, tak kira la dia pro mana, apa yang gua nak cakap di sini, kalau duit zakat dia boleh kaut untung dan dieksplotasikan kepada kroni2nya, maka dia layak dihumban ke neraka jahanam. Gua pertikaikan jika peruntukan enjin baru...diulang enjin baru kepada nelayan miskin, mana pergi duit gua yang berzakat ni pergi. Kenapa enjin baru boleh jadi enjin secondhand?!?! Adakah Ustaz Nazim pun buat bisnes atas zakat ini? Gua mohon agar Jabatan Agama Islam Perak menyiasat perkara ini di Manjung, gua boleh bagi kerjasama. Bukan nak cari salah tapi untuk menyelesaikan masalah. Kalau perlu tangkap gua, tangkap lah demi orang miskin.

Setahu gua sejak kejadian ribut yang melanda manjung ini, gua banyak terima aduan oleh penduduk semasa mengikuti ADUN gua, DS Nizar yang turun melihat masalah orang kampung. Gua cari punca kenapa kejadian ribut ini memberi kesan yang hebat tidak seperti dahulu sebelum bakau sepanjang pantai ditorah oleh pemimpin BN dan kroni untuk projek kolam udang yang tidak menjadi. Kesannya terlalu banyak, angin ribut tidak lagi dihalangi pohon2 bakau, akibatnya bumbung rumah orang kampung yang kebanyakannnya miskin terbang dan terbungkang. Nelayan2 pantai tidak lagi mendapat hasil persisiran pantai kerana kesan alam sekitar dan kesan kolam udang dulunya yang tercemar, ikan lari jauh ke tengah.

Gua ucapkan tahniah kepada Pejabat ADUN Pasir Panjang yang memberi bantuan kepada semua tanpa mengira fahaman politik.

Bagi pengadu ini, enjin terpakainya hanya berkuasa kuda 15 sesuai untuk di persisir pantai, namun kini terpaksa meredah ombak tinggi untuk ke tengah laut. Mahu atau tidak, itulah pencarian rezekinya, bersyukur apa yang ada. Akan tetapi, apakah ia adalah penyelesaian jangka panjang!?!?! Tidak lagi baginya, kini enjinnya benar2 tersangkut bukan di botnya tapi di woksyop. Gua harap JAIP dapat melakukan sesuatu!Pegawainya wajib telus dalam menguruskan wang zakat. Kalau enjin baru pastikan baru, jangan kaut untung dari wang zakat!

Sekali lagi, masalah ini dapat perhatian ADUN gua, esok pegawai khasnya akan bersama gua untuk meneliti lebih lanjut akan masalah ini. Terima Kasih kerana membantu gua untuk orang miskin. Gua tak mahu dia tersangkut lagi di tengah lautan dan hilang tanpa dikesan, siapa yang akan bertanggungjawab ke atas 6 orang anak mereka jika ibubapanya hanyut ditengah laut?????

edited version.
.:lahabaumster:.

No comments:

My POST