MANIK YG 'TERBURAI'

TAHNIAH! kepada YB Abe Uji dan PAS atas ber'tahan'nya DUN Manik Urai yang hampir-hampir terburai. Petanda ini sesuatu yang menarik buat kedua-dua parti yang bertanding termasuk Pakatan Rakyat dan Bini Najib.

Awal pagi, mak aiii ramainya di MU, rupanya penamaan calon PRK MU. Penyokong dan sukarelawan 'import' lebih ramai dari dari pengundi MU, berselerak tak kira berkumpul di 'bulatan', 'dalam roket', 'berpakat-pakatan' dan 'yang duduk seimbang badan kiri kanan kat dacing sambil kira duit'. Punya la ramai sampai Mat Saman Kati pun disangka SB...siput betullah! Tahniah dan terima kasih kepada warga 'supporter' PR yang 'kayuh' ke MU menuntut hak rakyat! Lajuuu je berita MU ke Perak, adakalanya gua cilok gambo2 dan buat mcm rete sendiri, tapi ada signal dulu, maaf la klu signal tak sampai.

Semangat! tengok di awalannya PR sudah pegang Manik Urai, Melayu United hampir terburai. Penyampai suara rakyat juga banyak yang berkampung kat MU, tokey hotel2 gumbira.

Yang pastinya penduduk dan pengundi Manik Urai dapat durian runtuh, adakah habuan ini menjadikan keputusan ini? Tapi Tuan Guru idola gua cakap kat org kelatan, dapat kain pakai, dapat lembu sembelih,....bila undi pangkah PAS! Orang Kelantan cukup 'respect' kat Tuan Guru. Gua tak tahu la keputusan PRK MU kalau Tuan Guru takde.!?!?!?!

Timblan PM 'Jambatan' nampaknya agak berhasil guna 'jentera petrol terbang' yang rakyat kena tanggung semuanya tapi tak dibagi royalti kat kerajaan Tuan Guru. PM 1 Malaysia dan Pak Menteri2 Bini Najib pun tarak hati guna hasil minyak di Kelantan. mmmmmm....KPN datang naik apa ya!?!?! sian KP Kelantan kena pantau dgn bos, macam KPK tak boleh buat keje je. Manik Urai tiba-tiba je ada 'airport'...isi petrol kat pelantar perairan Kelantan. Pengundi tak heran, nasib 65 pengundi ni faham!

Melayu United boleh 'sorak' kat TV-TV-TV siang malam dapat undi 'naik'. Parti Islam boleh menjalankan tugas sebagai ADUN MU. Gua tak mahu membebel panjang, pasti ulasan di 'AWANi' dan blog2 akan lebih-lebih lagi dari gua...

Cuma tertanya2 adakah :
'DUIT DARI LANGIT OLEH KERAJAAN LANGIT' mempengaruhi pengundi?!?!
atau dipengaruhi 'ISU KERAJAAN PERPADUAN?!?!?!....

Mungkin dengan keputusan ini, KERAJAAN LANGIT Bini Najib boleh mula buat 'Jambatan Separuh' sebagai tidak menghampakan hampir separuh pengundi di MU. Separuh lagi sambung PRU 13...

Parti Islam yang gua sokong kena 'do something', gua tak mahu ADUN gua DS Nizar menang sipi-sipi kerana kandang babi?!?!?!. 'PERPADUANKAN PAKATAN RAKYAT' - BUBAR DUN PERAK.

No comments:

My POST