LAYAN PENTAS KITA & URA2 PRK PERAK

Dua tiga hari ni badan tak berapa sihat, 'on' laptop kepala pening, buka je pening........tapi bukan 'simptom' h1n1. Kawan dari Lekir dah ayat ajak g tengok Pentas Kita dia nak tengok idola dia, Pyan habib! OM layannnnnn.......lepas maghrib ni kami bertolak. Kurang2 dapat 'rest'kan kepala otak.

Ingatkan nak olahkan pasal 'kata-kata yang mungkin PRK Perak selepas PRK Manik Urai', yang mana OM dapat bibit-bibitnya ada kebenarannya juga. Sini OM cerita ikut sedap mulut OM dulu, nanti OM balik dari pentas kita, sambung dengan kaitannya skali......layan dulu....

Pertama kalau tengok kat pekan Grik yang mana laluan Dr. zambry masuk ke kampung2 belah Pengkalan Hulu, ternyata ada 'banner' UNDILAH BARISAN NASIONAL' dan gambar Zambry. Sekretariat PR Grik ada buat laporan polis berkenaan ini. OM tengok dah macam ada PRK je kat Grik...hehehehehe. Takpun UMNO Grik perli Zambry, saje je taruh banner minta Zambry bubarkan dun Perak, agaknye leee......

Kedua, bila dapat tahu Zambry arahkan badan2 kerajaan di Perak untuk mengadakan program bersama rakyat yang mahukan dia turut serta dalam program, ada kemungkinan dia sedang berkempen sebelum nak bubarkan dun. Zambry dah redah ke Parlimen Parit Buntar dan Grik sampaikan ada sekolah yang terpaksa cuti nak sambut MB haram jadah ni. Sekolah ditutup samada arahan Zambry supaya anak2 ni boleh diperbodoh-bodohkannya atau guru2 & murid2 kat sekolah tu pakat cuti tak nak sambut Zambry haram 'j'.

Ketiga, esok lusa ada program kat lekir dan padang astaka Sitiawan. Ahad ni di Padang Astaka Sitiawan anjuran Jabatan Perpaduan sempena MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009 - "1 MALAYSIA". Yang pastinya, budak sekolah menjadi mangsa lagi, hari ahad yang sepatutnya bersama keluarga terpaksa berdiri tengah panas dengar ucapan rasmi Zambry haram 'j'. Jabatan Perpaduan jadi mangsa untuk membantu kempen Zambry haram 'j'. Polis dah tentu jadi pak pacak nak halang balingan kasut rakyat kat MB haram, polis boleh jadi tukang sambut kasut tu nanti. Kesian pak polisi jadi tukang kasut semenjak jadi kuli batak Zambry haram 'j'......

OM nak dengar gak ucapan Zambry haram 'j' tu nanti, kut-kut ada bunga2 nak bubarkan dun Perak........
"BUBAR DUN PERAK!"

2 comments:

Unknown said...

JAGI CEPAT BUBAQ DUN LAGI BAGUIH. KONTRAKTOR YANG DOK TUNGGU PROJEK 40 JUTA DARI ZAMRI TAK PENING. KANG KALAU START PROJEK... TUP..TAP.. BUBAQ DUN.. BOLEH KE PR... LAGI PENING KONTRAKTOR....SAPA NAK BAYAQ??

naqiubex said...

hehe.. nanti kalau dia datang sekolah adik saya.. suruh dia tak payah pergi sekolah la hari tu.. hahaha..

My POST