RAJA NAZRIN: RASUAH DAN SAMSENG!!

Adakah ia ditujukan kepada UMNO Perak dan Zambry Haram Jadah?!?!?! Raja Nazrin dalam ucapan dan memperingatkan '7 wasiat Raja-Raja Melayu' ada berkata perihal rasuah:

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram".


"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.


"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.


(OM: Isu rasuah juga dimulakan oleh UMNO dengan penuh muslihat untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat dan menjawat MB Haram)


Petikan dari : Malaysiakini
Artikel Lain : 'Bukan memerintah cara samseng'

"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.

Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.

Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan". (OM : alkisah bagaimana sidang DUN 7 Mei di Perak yang melaksanakan 'kesamsengan' dengan menarik keluar Speaker Perak dan dikurung di bilik. Dan mencabul undang2 dgn membawa masuk anggota polis dan samseng bertali leher)

"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.

"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda. (OM: Mahkamah Tinggi telah mengistiharkan DS Nizar adalah MB yang SAH, tapi Zambry Haram Jadah tidak akui malah menuntut mahkamah rayuan membatalkan keputusan mahkamah tinggi dengan tindakan kehakiman yang jelas menjadi tunggangan UMNO. Rakyat melihatnya dengan penuh kecaruan terhadap kebebasan penghakiman ini)

"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.

"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya,"
titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.

"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.

"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".

Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".

SUMBER : MALAYSIAKINI


BUBAR, BUBAR, BUBAR DUN PERAK!! PERTAHAN HAK RAKYAT

1 comment:

cicitHJHASSANu said...

virus haram ni lagi bahaya dari H1N1..
cegah sebelum parah!!sebelum merebak
seluruh one Perak.

My POST