I.S.A : DIUPAH DAN POLIS BERLEBIHAN...


SEKITAR HIMPUNAN ANTI I.S.A, slide yang kedua requested by rakyat. Slide sebelum ni, korang jenguk2 le posting sebelum2 ni. Mana upahnye?!?! Kalau dah mentaliti UMNO ni semuanya duit..rasuah...duit...rasuah..duit, ingat kami turun kerana upah ke! Pigi dah, ingat ini perhimpunan umno yang perlu disogok baru mai ka?! Nak lawan umno kami tak perlu diupah.
Yang diupah tu adalah PDRM - FRU. Rakyat tanggung upah depa, rakyat dapat apa dari depa?!?!?!

Apa yang kami dapat ni ha......

Polis 'berlebihan' tembak gas, air - PETIKAN DR MALAYSIAKINI
Ogos 4, 09

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
MEMANG BERLEBIH PUN....

No comments:

My POST