I.S.A: CARA ANWAR IBRAHIM

Pihak sana bersuara perhimpunan ini mainan politik sesetengah pemimpin pembangkang! Suara ini sudah dijangka seperti biasa, tak perlu ulas pun rakyat 1Malaysia dah tau apa pemimipin2 Bini Najib 1Malaysia bercakap.

Pemimpin melayu kuno, CheDet, kata demonstrasi ini bukan budaya kita, ini budaya anwar ibrahim! La..ingatkan pembawa melayu moden ini sudah memodenkan fikirannya bahawa situasi inilah yang menjatuhkannya walau bertahan di dahan yang patah menunggu hari-hari kejatuhannya. Rupanya pemimpin melayu moden ini telah menjadi kuno kembali apabila menidakkan cara rakyat merintis sesuatu hak mereka di pertahankan dan menjadikan malaysia yang lebih berbudi, aman dan harmoni dalam masyarakatnya yang berbilang kaum, Bukan kaum UNMO sahaja yang boleh hidup di Malaysia!

I.S.A antara senjata utama UMNO mengukuhkan pemerintahan zalimnya di Malaysia. Kalau Tan Sri Brader Arunsunny tidak merestukan akta ini pastinya UMNO bertindak, jika tidak brader sunny tak mau tolong melayu lagi. Apa susah, I.S.A di tukar nama sepertimana 'Sure Heboh' yang diharamkan brader sunny, prihatinnya umat melayu tukar nama jadi 'Jom HeboH' yang belum 'pasti heboh' - tak 'sure heboh'.

Maka, I.S.A seperti sebelum ini disyorkan namanya dipinda ke Ikut Suka Arunsunny. Brader sunny diam....... harus sana harus sini.

Malam ni turun ke markas pas tgk ceramah tgk apakata ketua pemuda, jangan dibawa isu perpaduan udah le, baru je kena kejo dgn topi merah tunggangan melayu united, jgn paksa untuk berbaik2 dengan orang telah hentam sahabat2 di Kuala Lumpur. Harap takde topi merah kat pasir panjang, kalau datang pun utk dgr ceramah ok, jgn sembur kami dgn asap, berdengung nanti!

Brader Sunny tak tahu ada ceramah '1 HITAM PERAK - bubar dun perak' satgi, kalau tidak mesti haram sana haram sini. kalau haram gak, kita tukar nama jadi '1 HITAM ZAMBRY', dah memang MB haram...haram jadah!

No comments:

My POST