BANTAHAN PEMANDU KERETA SEWA @ MANJUNG

Pagi tadi terima sms dari Naib timb. Pengerusi PKR Lumut untuk berjumpa. Oleh kerana harini sibuk dr pagi sampai ke petang, lewat ptg baru dapat bertemu dengan En. MP Shanmugam.




Rupanya beliau hendak memberikan salinan surat 'PERMASALAHAN KERETA SEWA DI KLIA, LCCT DAN LAPANGAN TERBANG PENANG' kepada YAB DS Najib PM untuk di'publish'kan, OM takde masalah. Beliau menekannya perkara ini baru berlaku kepada beliau yang ditahan pihak JPJ atas kesalahan 'mencuri penumpang'. Sila klik gambar di bawah untuk baca.

Perkara ini tidak pernah berlaku dari zaman pemerintahan Mahathir dan Paklah, tapi kini entah kenapa menjadi satu kesalahan. Baginya, beliau terpaksa mengambil pelanggan 'setia'nya yang selalu ke luar negeri, dan pelanggannya itu menelefonnya untuk mengambilnya setelah tiba di airport. Perkara sebegini seolah menyekat 'periuk nasi' pemandu kereta sewa yang dibenarkan perjalanan semenanjung Malaysia.

Oleh demikian, seramai 62 orang pemandu kereta sewa turut membantah tindakan ini dan diusulkan surat kpd PM 1Malaysia melalui PKR Lumut. Dimaklumkan surat ini disediakan oleh sdr Yusri AMK Lumut merangkap S/U Sekretariat PR Lumut dan ditandatangani oleh En. Shanmugam.




KERATAN SINAR HARIAN


TANDATANGAN PEMANDU KERETA SEWA DI MANJUNG MEMBANTAH TINDAKAN INI

No comments:

My POST