Rapat Rakyat Negeri Perak (RRNP) 'Bersatu Menuju Ke Putrajaya' anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
DS NIZAR: HIJRAH ITU PERUBAHAN
Rapat Rakyat Negeri Perak (RRNP) 'Bersatu Menuju Ke Putrajaya' anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas.
YB SIVAKUMAR: BLACK METALIC
Rapat Rakyat Negeri Perak (RRNP) 'Bersatu Menuju Ke Putrajaya' anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas.
SKUAD 'GILE' MENGAMUK DEPAN PEJABAT DAP PERAK (KAITAN UMNO)
Isu 'Perak Darul Kartun' menjadikan realitinya Kartun itu, saksikanlah!
Lebih kurang 20 orang dari Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Suara Inspirasi Malaysia (SIM) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat DAP Ipoh terhadap Nga Kor Ming petang semalam (8Dis2011). Kejadian ini seiring nada yang dipalukan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2011yang mencemuh pimpinan DAP sebagai Bapak dan Ibu kepada semua 'Haram Jadah'.
Dalam demo ini, kelihatan seorang lelaki berbangsa Cina terpinga-pinga dijadikan bahan cemuhan lepas geram oleh puak-puak rasis ini. Lelaki ini dikatakan sebagai 'Pekerja Di Pejabat DAP?' oleh Portal PerakToday.com dan dikatakan juga sebagai 'Pegawai Khas Nga Kor Ming?' oleh Aktivis Pendang Jr Full di dalam facebooknya.
Video-video ini di'cilok' dari:
1. Video Amukan Pertama - https://www.facebook.com/photo.php?v=2875022233325
2. Video Amukan Kedua - https://www.facebook.com/photo.php?v=2875375282151
Kredit kepada yoperaktv (http://www.youtube.com/user/yoperaktv) ke atas video Bukti UMNO Parti Rasis dengan judul UMNO Rasis (http://youtu.be/iSE3ktOWtLo).
NURUL IZZAH & TIAN CHUA @ PKR DINNER, IPOH
TOK IMAM BOIKOT ZAMBRY, ORG ASLI MENANGIS ZAMBRY RAMPAS PERAK!
Tok Imam boikot Program Zambry! Tahniah Imam Zulkifli (FB Zulkifli Tapson). Cerita di ManjungMari. Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Taman Song Choon iaitu Zulkifli Tapson telah berpakat bersama-sama Ahli jawatankuasa Surau dan SAR memboikot program tersebut, cerita Midah UMNO Sg Rapat di SINI.
Ini pula kisah orang Asli Negeri Perak menangis apabila Zambry aka MB Haram dan BN merampas Perak:-
82,000 MOHON KERAJAAN ZAMBRY SELAMATKAN TEMENGOR!
Harapan Pencinta Alam Malasysia, namun jika perhatikan data terbaru (akan menyusul dlm blog ini) rekod Kerajaan di bawah Zambry telah menarik keluarkan pewartaan HUTAN SIMPAN KEKAL sedikit demi sedikit mengikut AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 (Akta 313), WWF menyatakan kemusnahan Hutan Malaysia kini tahap PALING MEMBIMBANGKAN (kenyataan dlm Berita Harian Jumaat 10 Jun 2011). Yg mana mereka keluarkan status HS tapi tidak digantikan spt termaktub dlm akta itu! Hmmmmm, ada harapan ke Zambry & Co. dengar rintihan ini? Akan menyusul, pembongkaran HS Kekal yg kian hilang di Bumi Perak!
Over 82,000 ask Perak Govt to save Temenggor.
IPOH: A petition with 82,715 signatures to save the Temenggor Forest Reserve has been handed over to the state government.
The campaign initiated by the Malaysian Nature Society (MNS) together with its partner The Body Shop Malaysia had collected the signatures for six months since April last year.
The collective signatures were from The Body Shop customers obtained through physical and online petitions and handed over to state Tourism Committee chairman Datuk Hamidah Osman at the state secretariat building yesterday.
MNS president Assoc Prof Dr Maketab Mohamed, in his speech, said the Save Temenggor campaign, originally launched in 2006, was pursued after the Royal Belum State Park was gazetted in 2007.
He said only a third of the forest reserve was protected and the remaining two-thirds remained vulnerable to a host of threats particularly logging and poaching activities.
He said the 300,000ha Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) was the country's pride and at 130 million years old, it was older than the Amazon and the Congo Basins.
“We will continue to reiterate our stand in advocating for Temenggor to be safeguarded in preserving the integrity of the BTFC as an intact forest landscape,” he said.
At a press conference later, Hamidah said she would bring up the matter at the next state executive councillors meeting to pass the message to Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Hamidah said the state government was also concerned about preserving the forest and hoped to come up with a win-win situation for the betterment of all parties.
She said the state government was aware of illegal logging being carried out and had instructed the relevant authorities to enhance enforcement activities and to closely monitor the situation.
Source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F6%2F17%2Fnation%2F8916482&sec=nation
MENTERI 'BAD' & 'BETTER' PERAK
Sudah lebih sebulan purnama gua tak update blog yang dah penuh sarang ni. Gua muncul hari ni pun dalam curi-curi masa, esok lusa belum tentu dapat jenguk. Itupun, nak cerita sikit dalam urusan gua yang tak menang tangan ni, tiba2 dalam urusan pembelian barang dari sebuah syarikat bertaraf internasional, gua ditanya tentang Politik di Perak oleh seorang Manager Mat Salleh ni.
Kisahnya, semalam gua di'wajib'kan untuk membuat penghantaran barang melalui Pesanan kerajaan sebelum jam 5pm, nak tak nak gua terpaksa ke cawangan syarikat tersebut di Shah Alam untuk mengambil barangan tersebut. Bilamana didapati alamat gua di Perak, mat Salleh tu boleh tanya gua apahal politik Perak sekarang ni, yang mana satu MB yang sah, kenapa boleh jadi macam ni? Gua agak terkejut la, sampai orang luar pun ambil berat hal Perak ni. Gua pun bagitahu la mana yang gua tahu, tapi keputusan mahkamah masih tak 'launch' lagi! dan dia sendiri pun boleh baca apa yang tersirat.
Sembang punya gebang, baru gua tangkap yang syarikat depa ni ada buat proposal untuk pelaburan di Perak terutamanya berkaitan sektor marin dan kejuruteraan di Lumut. Apapun, dia banyak hairan apa yang terjadi di Perak! Dan sebelum habis perbualan dia bagi ayat ni kat gua, "BTW, Zambry is bad but Nizar is better!!'.
Jadi tak heranlah kalau ramai pelabur luar KUAT-KUAT LARI seperti kata YB DAP. Kesimpulannya, Zambry Menteri Bad for Perak dan Nizar Menteri Better for Perak.
540 TINGGAL BN + 60 MASUK PKR
Tunggulah Sabtu ni!? Gua yakin UBN akan cuba 'selamat'kan 600 org ni, kita lihat dan tunggu.
Khamis September 3, 2009
600 anggota BN Perak sertai PKR Sabtu ini
IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.
Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
SUMBER : mstar
BUBAR DUN PERAK NOVEMBER?!?!
Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.
Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.
"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.
Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.
Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.
"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.
"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.
Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku �huru hara�.
Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.
"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.
"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.

Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.
Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.
Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.
"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.
"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.
"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.
"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.
Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.
Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.
"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.
Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang
SANGGAH BRADER SUNNY YG TAK DISIARKAN MM

Buat Tan Sri Brader Sunny gua...........
Baca artikel yang disiarkan Milenia Muslim (MM) di Pergi Jahanam Lah UMNO.. Ust Ahmad Awang Sangkal Terhadap Mufti Perak.. (Klik gambar di blog ManjungMari).
Tapi ada yang tidak disiarkan Milenia Muslim (MM), untuk mendapatkan ulasan yang tidak disiarkan, sila baca di Krisis Politik Perak Ahmad Awang Sangkal Harussani (blog Ustaz Ahamad Awang).
Gua dah jenuh sangkal BRADER sunny gua yang dah terlebih melayunya dari Islam, bab isu ini gua ada komen di CERITA DISEBALIK MUSIBAH (KEMPEN SIRI 3), cuma dulu masih lagi ada hormat, la ni gua dah tak kenal Tan Sri Mufti Dato Seri Harussani, yang gua kenal Tan Sri Brader Sunny yang turut diam dalam 'Jom Heboh' di Perak setelah me'restui' Zambry menjadi MB Haram yang di harussssss....kan.
RAJA NAZRIN: RASUAH DAN SAMSENG!!
(OM: Isu rasuah juga dimulakan oleh UMNO dengan penuh muslihat untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat dan menjawat MB Haram)
"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.
"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.
Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.
Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan". (OM : alkisah bagaimana sidang DUN 7 Mei di Perak yang melaksanakan 'kesamsengan' dengan menarik keluar Speaker Perak dan dikurung di bilik. Dan mencabul undang2 dgn membawa masuk anggota polis dan samseng bertali leher)
"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.
"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda. (OM: Mahkamah Tinggi telah mengistiharkan DS Nizar adalah MB yang SAH, tapi Zambry Haram Jadah tidak akui malah menuntut mahkamah rayuan membatalkan keputusan mahkamah tinggi dengan tindakan kehakiman yang jelas menjadi tunggangan UMNO. Rakyat melihatnya dengan penuh kecaruan terhadap kebebasan penghakiman ini)
"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.
"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya," titah Raja Nazrin Shah.
Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.
"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.
"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".
Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".
SUMBER : MALAYSIAKINI
BUBAR, BUBAR, BUBAR DUN PERAK!! PERTAHAN HAK RAKYAT
DS NIZAR: POLIS DAN MAHKAMAH PUNYA HAL!?!?!
DS NIZAR : SEKITAR DI KAYAN @ MANJUNG
Terima Kasih kepada tuan rumah dan sdr Rizal (Intan/Raz Farm) yang menyediakan makan tghari rombongan DS Nizar. Sup Kambing, udang rendang, kari kepala ikan, sambal belacan......pergh!!
Boleh layan lagi di sini (blog DPPKLumut) dan di sini (blog Manjung-Center).
DS NIZAR @ MANJUNG, JUMAAT 17/JUL
AKTIVITI DS NIZAR ESOK: JUMAAT (17.07.2009)PERANGKAAN :
TAZKIRAH & SOLAT JUMAAT
JAM : 12.30 pm
TEMPAT : Masjid Kayan
PEMBERIAN SUMBANGAN RAKYAT MISKIN
JAM : 3.00 pm
TEMPAT : Kg Dato Seri Kamarudin (rumah ke rumah)
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK
TEAM ADUN PASIR PANJANG VS TEAM WARGA PASIR PANJANG
JAM : 5.30 pm
TEMPAT : SK Pasir Panjang
DS Nizar akan bermain posisi ‘goalkeeper’. Dijemput semua hadir.
TAZKIRAH MAGHRIB
JAM : 7.30 pm
TEMPAT : Surau Nadwah Islamiah Taman Melati
Sumber : Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang
MANIK TAK TERURAI
CERITA DI SEBALIK BRADER SUNNY
CERITA HARUSSANI DI SEBALIK PERISTIWA (DARI BLOG Ustaz Ahmad Awang)
Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:
"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini.
Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ...
"Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.
Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.
Latarbelakang PeribadiMengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.
Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).
Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.
Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).
Di‘blog’ oleh Ustaz Ahmad Awang
PRU: ISTERI MAT NAVY IKUT SUAMI (Kisah 1999)
Tak kisah la....janji mat-mat navy ni dapat info yang lebih jelas. Ada juga yang suruh OM buat kerja 'bawah tanah' sebarkan maklumat kepada mat dan minah navy untuk tidak mengundi lagi untuk HJ Zambry (H-haram J-jadah) bagi DUN Pangkor yang mana DUN bagi undi navy di lumut dan begitu juga undi pos.
Sebelum ni, OM diberitahu oleh otai-otai navy, mereka sebenarnya diberi sampul dan dalamnya termasuklah kertas undi untuk isteri meraka, maksudnya navy pangkah 2 kali di dalam Dewan Sidek TLDM Lumut untuk PRU 12 baru2 ini. Untuk menguatkan lagi, baca kisah Isteri Mat navy kat bawah ni..........
12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11 (Realiti pertama bersuamikan Tentera) (dari blog Isteri Mat Navy)
12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11
• Terasa ingin mencoretkan pengalaman pertama setelah berumahtangga dengan hubby dan menghadapi Musim Pilihanraya Umum ke 11 di Lumut• Sebagai isteri anggota tentera secara automatik kawasan membuang undi adalah mengikut alamat suami ingatkan masih mengikut alamat Kad Pengenalan
• Tak jadi balik kampong, rasa2 tempat mengundi di Kampung Pundut, Lumut• Ketika itu, bahang pilihanraya memang terasa sehingga ke Pengkalan TLDM Lumut bilamana pertama kali pembakang mewujud pakatan yang dikenali sehingga kini Barisan Alternatif
• Isu yang sangat berkaitan dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)• Ada di kalangan warga Navy ketika itu secara sedar atau tidak tiba-tiba terlalu sentimen dengan pergolakan politik negara walaupun hakikat sebenar Warga Tentera perlu bersifat berkecuali.
• Paling ketara apabila berlaku insiden ‘boo – mengeboo’ di Stadium TLDM ketika Timb Perdana Menteri (Pak Lah ketika itu) memberi ucapan (tak ingat apa majlisnye) ketika proses berkempen bermula
• Yang pasti dalam seminggu sebelum tarikh pilihanraya terdapat nota yang ditujukan kepada semua Anggota Keselamatan disiarkan di dalam TV seperti Awasan Merah, Kuning, Biru dan Putih (tengok TV di tempat kerja – masa tu tak de TV di rumah)
• Tepat jam 12 tengah malam 12 November 1999, Pangkalan TLDM Lumut telah dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang dan dimaklumkan semua anggota di bawah ‘awasan kuning’
• Punye la nak tahu apa makna “awasan kuning” aku kejutkan Hubby yang sememangnya memang ‘tido mati’• Bila ditanya terus bingkas Hubby bangun minta sediakan Pakaian Celoreng nya, Kenapa?!!
• Hubby maklumkan semua mesti melapor ke Unit masing-masing dalam tempoh 1 jam.. mak aii macam tu ke??!! (Bayangkan betapa cuak nye hati ni)• Ditanya bila balik?? Katanya tak pasti, abis tu camana nak tahu perkembangan? (masa tu kat umah tak de telefon, tak de TV dan Radio – maklum la, baru nak hidup : dah la dok kat blok C jauh dari kedai, tak de motor, kereta.. hubby dah bawak… giler kan??? Bole je dok kat umah senyap sunyi… nasib baik ketika tu tengah gile membuat jahitan ‘crosstich’)
• Bayangkan perasaan aku selama 48 jam tak de apa-apa maklumat mengenai status hubby
• Tanya jiran? Emm 1 blok ada 6 rumah je, semua balik kampong (sebab2 : cuti sekolah la, bersalin la, suami kat oversea la)
• Yang pasti, hanya dapat call hubby pada pagi hari Isnin (itu pun dari opis) dapat info - semua anggota keselamatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga suasana pilihanraya dalam keadaan selamat dan tenang.
• Balik dari Opis hubby jemput … Tuhan je yang tahu betapa leganya hati ni… Meleleh air mata.. Tapi Hubby aku tetap macam tu.. Macam tak de perasaan (pandai simpan perasaan).. Boleh lagi bercerita pengalaman di kuarantin..
• Itulah pelajaran dan pengalaman pertama aku untuk menghadapi kenyataan berdepan dengan tugas hubby sebagai anggota tentera.
Dicatat oleh wifenavy
BUBAR DUN PERAK BILA PLAK?!?!??!
Jawatankuasa itu memberi masa kepada Umno-BN sehingga 8 Ogos ini menggesa tampuk pemerintahan negeri ditentukan melalui pilihanraya atau hadapi mogok besar-besaran.
"Rakyat Perak tidak akan terbabit dalam apa-apa aktiviti luaran. Kita tidak akan ke tempat kerja, anak-anak kita tidak akan ke sekolah dan kita mahu tunjuk kepada BN bahawa majoriti rakyat Perak mahu keadilan dikembalikan," kata penyelaras R Mohanarani.
Kempen selama sebulan telahpun dilaksanakan oleh jawatankuasa terbabit bagi mendapatkan sokongan rakyat. Menurut Mohanarani, maklum-balas yang diterima adalah amat positif.
"Kita akan mendapatkan bantuan dari badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mobilisasi mogok satu hari ini," katanya.
"Kita menyebarkan risalah di pelbagai tempat awam untuk mendapatkan sokongan orang-ramai. Setakat ini maklum-balas yang diterima amat positif dan mereka masih kecewa dengan rampasan kuasa BN," tambahnya lagi.
NAK BUBAR DUN PERAK KENA MINTA 'RESTU' TAN SRI BRADER SUNNY GUA DULU KE?!?!?!?! AMARAH BRADER SUNNY 2
DS NIZAR TAZKIRAH DI SURAU FASA 1E & CERAMAH DI TOKONG @ MANJUNG
ADA BANYAK CERITA YANG OM NAK SEMBANG DGN BRADER MANJUNG MARI..........MEMANG LAYAN. MUNGKIN KITA PATUT SAHUT dari blog DPPKLumut seperti ini:
NISA' LUMUT
CHEF D'RUMAH
A SECURE MALAYSIA
NAQUIBEX SIDEs OF LIFE!!
RADIO AMATUR SRI MANJUNG
SKPTLDM
TUNDUKI HATIMU (*)
PUTRA ARO NETWORK (*)
TEKONG MANJUNG (*)
SLAVE OF ALLAH (*)
SG. PINANG PAN ISLAMIC (*)
NISA' MANJUNG
INFOSENDIRI (*)
MENITI NUR 12 (*)
MADAH MANJUNG (*)
MANJUNG MARI (*)
MANJUNG CORNER (*)
PEMUDA PAS LUMUT (*)
ANAKPANGKOR
MYRA's KAWAII
OM cicitHJHASANu , OM Che' Gun, OM Man dan OM Kintan (X-men sibuk dgn program UiTM) - Contributors Otai Manjung layan apa saja....doesn't matter whatever!!