Showing posts with label OTAI MANJUNG. Show all posts
Showing posts with label OTAI MANJUNG. Show all posts

TAYANGAN KOMUNITI FREEDOM FILM DI MANJUNG

29.07.2011, Seri Manjung.

Program Santai Tayangan Komuniti di Manjung (atau ringkasnya TKM 2011) yang memaparkan filem hak asasi manusia dari Pusat Komunikasi Masyarakat (atau ringkasnya KOMAS) berdasarkan hubungkait dengan Hak Asasi Manusia (Human Rights) adalah pertama kalinya dilaksanakan di Manjung.

Tujuannya menyampaikan mesej dan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai isu hak asasi manusia. Selain itu, kita juga berharap agar peserta (penonton) akan berminat dengan penggunaan media popular (seperti video dan komik) untuk menyebarkan mesej mengenai hak asasi manusia.

Maklumbalas yang diterima satu sukses perkiraan sasaran program yang memberi ruang (sesi dialog) kepada peserta berkomunikasi secara terbuka untuk mendidik masyarakat agar berani bersuara, berhujah dan berpandangan sebagai wadah percambahan ilmu berhubung hal-hal yang berkaitan dan menghormati pendapat-pendapat yang berbeza.

Maklumat lanjut Pusat KOMAS di http://komas.org/ dan Freedom Film Festival (FFF) di http://freedomfilmfest.komas.org/.

Fasilitator: Wakil KOMAS -- Sdr Yow Chong Lee
Resource Person: Wakil Peguam -- Sdr Leong (Peguam Yang Terlibat Dalam Krisis Perak)

Local Coordinator (Aktivis Manjung):-
1. Otai Manjung- Blogger Otai Manjung
2. Loh Eng Soon- Aktivis Parti Politk
3. PoG - Blogger Tunduki Hatimu
4. Khairil Azhar - Aktivis Parti Politik
5. Al Hud & Akhi - Blogger Lensa Masyarakat
6. Krishna - Aktivis Parti Politik (AMK Lumut)
7. Kintan & Farid - Contributor Otai Manjung
8. Ika & Maz - Aktivis An-Nisa Seri Manjung
9. CekLi & Isa - Blogger Lekiyourrock9
10. Ustaz Bard - Aktivis Parti Politik


SCENE 1/4 - Video by OM TubeVision.


SCENE 2/4 - Video by OM TubeVision


SCENE 3/4 - Video by OM TubeVision


SCENE 4/4 - Video by OM TubeVision


The Universal Declaration of Human Rights (Malay Subtitle)
The International Bill of Human Rights consists of the Universal Declaration of Human Rights, the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and the International Covenant on Civil and Political Rights and its two Optional Protocols. In 1966 the General Assembly adopted the two detailed Covenants, which complete the International Bill of Human Rights; and in 1976, after the Covenants had been ratified by a sufficient number of individual nations, the Bill took on the force of international law.

Video information
Produced by Amy Poncher
Directed by Seth Brau
Produced Jul 06, 2011
Production Company UDHR
Distributor KOMAS

Source: http://www.engagemedia.org/Members/Komas/freedomfilmfest-...
Credit to UDHR & KOMAS (http://www.komas.org/)

SAVE TELUK RUBIAH!
OTAI MANJUNG PAGE
OTAI MANJUNG FANS

SELAMAT HARI RAYA 开斋节快乐



Kpd Warga Muslim Otai Manjung Followers, Otai Manjung Fans , Rakan Facebook dan Tetamu OM,"Selamat Menyambut Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin. Moga Allah memberkati kehidupan kalian".

Dan kpd Sahabat Seperjuangan Non-Muslim,"Selamat Bercuti bersama meraikan Hari Raya. Kami hargai sahabat yang mahu mengenal dan mendekati kami walau berbeza agama, bangsa dan negara. Moga persahabatan ini membina ke arah kebaikan bersama".

Terima Kasih kepada semua atas dorongan, pandangan, teguran dan maklumat samada secara terbuka atau melalui email. Moga dapat diteruskan dan dipertingkatkan suara-suara rakyat.

Salam Eidul Fitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri 开斋节快乐.
Vote For Change!!
1 Syawal 1431H.
Insan di balik tadbir perjuangan : Basher Mobara

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW 1

THE BEGINNER OF
PAK SHEIKH FAIZAL & THE KUNCU
Dari sekecil anak berumur 6 tahun, indahnya seni dan budaya Islam. WELL DONE Ustaz Faizal, Anak2 Pondok Hidayah dan Sdr Azhan jemputan khas dgn dendangan yg cantik dan indah dari lagu2 ketuhanan Jamal Abdillah mahupun Ramli Sarip! Nantikan VCD nyanyian Azhan yang akan diterbitkan dan diserahkan kpd pihak PASTI dan PONDOK HIDAYAH utk dijual bagi sumbangan tabung mereka.

Si Kecil Yg Semangat Besar!

Terima Kasih Pak Sheikh memberi sokongan!

Terima Kasih Azhan, Penganjur MADAH/PASTI, Pak Sheikh Faizal dan Anak2 Pondok Hidayah!

Dari Rakyat Biasa..........

SAVE GAZA!! HANCUR ISRAEL!! @ MANJUNG

04.06.2010
Oleh : OMan
Lokasi : Seri Manjung, Office baru Warga OM yang masih belum dirasmikan.



Selamatkan Palestin di Manjung dari warga OM.
HANCUR ISRAEL!! JAHANAM ISRAEL!!

*Mohon MPM tidak 'mencantas' banner ini demi sokongan kepada PALESTIN, bersama menentang kezaliman zionis israel!


PERJALANAN KAMI, 'BORN TO END I.S.A!'

SIAPA YANG BIKIN SUSAH?!?!?!

Ini kerja siapa yang menyusahkan orang ramai!?!?!?!

1 MALAYSIA TO END I.S.A


Baru lepas kena belasah dgn sb sampai baju koyak, nasib ada brader yang sanggup buka baju bagi kat Dr. hatta. Namun masih bersemangat untuk teruskan perjalanan untuk memansuhkan i.s.a.


Apek ni semangat dasyat....Justice 4 TBH.


KAUM HAWA TURUT MEMBANTAH


Mamat Poland datang melancong ke KL, bila tengok polis ramai dia tanya salah seorang dari kami, 'Apahal semua ni?. Setelah di explain dia join skali, dia cakap kat Poland pun ada undang2 seperti I.S.A dah 20 tahun..gua cakap kat Malaysia dah 50 tahun...., OKAY! I JOINED U.


TERSEREMPAK DENGAN MAT SABU


Orang tua ni, kita sudah bagitau jangan main dgn asap, tak sempat lari. Kami datang beri pertolongan cemas.


Tengah duk lari, terjumpa Adun ni, SOLO AJE....LU ORANG KENAL KUT.

Nak load satu2, mata dah pedih kena asap, layan slide aje lah...

PPSMI MANSUH LAGI 3 TAHUN...?!?!?!?!

PPSMI nak mansuh lagiiiiiiiii 3 tahun....kerana kehendak rakyat CAKAP DEPA. Rakyat cakap jangan terperdaya, ini nak pilihanraya punya hal, gua takde hal, gua follow tok guru. Punye lah lama nak bagi keputusan, ingatkan esok, rupanya kena tunggu lagi 3 tahun.......yalah, kontrak depa tak habis kaut lagi.

Gua cakap melayu pun dah tonggang langgang walaupun gua dulu pernah juarai kempen membaca, SPM gua BM A1, habis dah gua orang melayu....tapi asal gua belum tentu melayu, moyang belah mak gua cina maaa, tapi dah jadi abdullah, makpak sedara gua cina jual emas kat pekan parit, atuk belah mak gua dulu penjaga makam sultan perak di bota, atuk sebelah apak gua keturunan raja deris, moyang belah apak gua juragan di raja perak, skrang tinggal nama di sebuah jalan bandar di raja Kuala Kangsar yang semuanya peniaga cina.......

Gua ni cina ka melayu? dalam ic gua dah takde melayu, skang depa nak buang islam dalam ic gua plak?!?! anak2 gua disuruh belajar dalam bahasa english kata ompoteh oleh orang melayu united....aduh. baik gua suruh anak gua cakap cina, mana tau kut2 nanti boleh ke china cari asal usul moyang gua......tapi skrang ni yang gua marah gua nak baca jawi tulisan awal orang melayu dah tergagap-gagap, marah betul gua kat orang melayu sebelum gua, kenapa tak dipertahan tulisan jawi? apa korang dulu semua tidur ke?!?!

Kesian gua tengok otai mcm pak samad kena sembur, kena pancut kerana nak pertahan bahasa gua, bukan untuk gua tapi untuk anak-anak gua....kesian anak gua, skrang agama anak2 gua belum tentu islam kata depa, nanti dah besar boleh pilih apa agama yang anak gua nak.....gua letih....gua letih laa, gua ni duduk kat negara islam lagi kah?? betullah depa kata, kalau tak suka duduk negara lain.....ambik kau!! rupanya ini negara depa!

Gua tak heran dengan bangsa! tapi gua marah dengan bangsat!
Takpelah, gua tunggu lagi 3-4 tahun, gua tetap mahu tukar kerajaan....

LAYAN MALAM SENI RAKYAT D'KAJANG 2

GUA TAK FAHAM 'APEK' NI BAGI LIRIK SURUH PAS KAT KWN2 NYANYI RAMAI2......Layannnnnnnn
LIRIK & NOTE YG GUA TAK FAHAM.......


AMARAH BRADER SUNNY 2

SEBELUM LU MEREPEK LAGI, TENGOK DULU APA LU CAKAP DULU-DULU.................

LU BAGUS BUKAN TAK BAGUS, LU AJAK ORANG GEMILANGKAN ISLAM, GUA SOKONG LU DULU-DULU.


LU MARAH KAT PERTUBUHAN MELAYU UNITED, TAKUT BANGSA MELAYU HANCUR KERANA DERHAKA HUKUM ALLAH........

DULU LU HENTAM PERTUBUHAN MELAYU TOLAK MELAYU......SKRANG PUN LU MELAYU GAK!

DULU-DULU BRADER SUNNY CAKAP JANGAN TERPENGARUH DENGAN PERTUBUHAN MELAYU, LA BRADER AJAK GUA BUAT PERPADUAN PLAK DGN PUAK-PUAK INI.
KAWAN DARI LEKIR - KINTAN.

PASTI MALAM D'LUMUT & MENUJU KE MALAM SENI RAKYAT D'KAJANG

MALAM JAMUAN HARI GURU DAN PENYAMPAIAN HADIAH PASTI LUMUT. (02.07.2009)
lagi di blog DPPKLumut....

FUTSAL : TEAM CEROI VS TEAM PECAH....macam-macam gelagat! (01.07.2009)


Tatkala DS Nizar bertazkirah di Surau 1E Manjung, kumpulan OM memberi lambaian seni untuk 'Sahabat OM dari Lekir' menuju ke MALAM SENI RAKYAT d'kajang.

RELAKS JAP, LAYAN BLUES...

Bulan lepas, OM Che'Gun ada ber'karya' hak ciptaan orang punya untuk menyatakan rintihan musibah yang menimpa Manjung, OM saja buat ulangtayang dari sini dan sana.

Memerhati sekeliling alam...mengadap kesan bencana, kenapakah ini berlaku?

Original : Abiet G.Ade , Dihuruharakan : Fizul Che Gun, Rakaman : Man

Buat Otai Manjung's Members yang berada di perantauan mencari rezeki.

Kami layan lagi di siniiiiii.......


Yang ni tak silap OM, group dari Teluk bakong, Bota - The Real Ngancok Wak -, satu sekolah dengan OM dan orang kampung Om jugak...layan..

LUAHAN PENYOKONG PAS @ MANJUNG DISEBALIK PERPADUAN PAS - UMNO

Coretan ini menceritakan ketidakpuasan hati kami yang menyokong PAS terhadap usul kerajaan perpaduan. Luahan yang agak panjang ini agar mengerti permohonan kami yang kecil ini yang mungkin tidak dipandang oleh jemaah PAS......

Terlebih dahulu, kami istyharkan bahawasanya kami bukan ahli atau jemaah PAS mana-mana cawangan, kemungkinan OM cicitHJHASSANu ahli PAS yg tidak aktif cawangan sekitar Manjung dan OM Che' Gun kemungkinan namanya masih ada dalam keahlian UMNO (hanya nama sahaja, tidak terlibat aktiviti) cawangan Seri Manjung. OM Man & X-Men pasti tidak berkeahlian mana-mana parti termasuk Parti Komunis Malaya. Namun, terlebih dahulu terima kasih buat sahabat kami di dalam PAS, Sdr. Nor Azam yang memberi info dan kerjasama kepada kami.

Secara jelasnya, kami kurang berpolitik tapi hanya Penyokong Kuat PAS. Kehadiran kami tidak dipelawa, tidak dijemput dan tidak heran jika antara kami ini ada di tengah-tengah ceramah atau majlis-majlis Pakatan Rakyat mahupun Perhimpunan Umno baru-baru ini. Seperti YDP PAS Lumut berkata pada kami dia tidak menghalang, malah bandingkan dan carilah jawapan kebenaran dengan usaha tersendiri. Ada dikalangan 'contributors' OM dan rakan taulan sejak kecil di Manjung, menyuruh kami mendapatkan bantuan mana-mana parti Pakatan Rakyat terutama PKR/DAP dalam usaha menyampaikan suara rakyat Perak @ Manjung yang semakin ditenggelami sejak PM 1Malaysia mengambilalih Perak & 1Malaysia. Biarlah, asalkan kami happy dan puas menyatakan apa yang nak kami katakan.

Sedia maklum, kami beranggap PAS tidak memiliki ekonomi yang kukuh seperti UMNO, jadi sifat sukarelawan tanpa habuan kami mengabdikan kpd PAS terutamanya cawangan Seri Manjung. Pergerakan pertama kami adalah bekerjasama dalam kempen PRU10 (dapat lesen mengundi di DUN Pasir Panjang) walaupun tewas calonnya, begitu juga PRU11 sehinggalah Hero Rakyat kini, DS Nizar mencapai kemenangan di dun kami. Alhamdullillah, tidak sia-sia usaha kami yang ketika dulu terpaksa turun dari Kuala Lumpur (PRU10) dan Penang (PRU11). (Rezeki jangan ditolak, undi adalah rahsia, kami yang tak malu ini turut mendapat habuan 'elaun perjalanan balik mengundi' oleh Umno bahagian Lumut, lagipun tn guru ckp umno bagi sapu!). Kemenangan ini dapat mengubati kesan-kesan belantan FRU, simbahan air hijau yang meng'PAS'kan kami kini dan semburan asap yang memedihkan kami. Tidak termasuk suara-suara di media perdana yang menghina kami ketika itu. Lambat laun, kebenaran akhirnya terserlah.

Sejak wujudnya ahli politik bernama Dato' Zambry, maklumat yang kami terima dari pihak PR dan BN dapat membantu kami akan menyuarakan kebenaran. Secara jelasnya Zambry adalah orang Najib yang menentang Ketua @ ADUN Umno yang terdahulu bahagian Lumut. Begitu juga maklumat sebelum kerajaan Perak dirampas, Nasir Pangkor cuba berkempen untuk menjatuhkan Zambry. Agenda mereka kami kurang jelas kerana kami bukan pengikut atau penyokong kuat mereka. Ketika itu ada unsur yang cuba menarik kami agar bergerak bersama orang yang nak jatuhkan Zambry (seperti biasa habuan akan diterima), tapi kami memandang sepi kerana pilihan kami kini yakni DS Nizar sudah menjadi MB. Hang pi la sorang2 jatuhkan Zambry. Kini, Nasir Pangkor & The Gang boleh la lupakan hajatnya, jagalah feri-feri yang berulangalik dr jeti Lumut ke Pangkor, ia lebih masyuk beb!!

Akan tetapi, kini pulak kami menyuarakan agar Zambry ditentang di tempat dia sendiri, alangkah bagusnya ketika Nasir yang cuba melobi ketika itu berjaya menghumban Zambry ke Pulau Sembilan atau pulau2 yang berdekatan Pangkor. Melihat balik akan ADUN PR kini cuba mengetepikan Kerajaan Haram MB Haram Zambry pun sukar apatahlagi si Nasir Pangkor ni. Namun kami tetap teruskan misi ini walaupun kami ini hanya sekcil semut merah.

Apa yang hendak diluahkan di sini adalah kami menyuarakan kepada rakan dan pembaca bahawasanya UMNO itu memang sudah tidak boleh diubati!! Jangan sesekali mengundi UMNO/BN walaupun ia sebangsa dengan kami. Kepada PAS pula, kami menyuarakan agar tidak memisahkan kami dengan Ulama2 mereka. Kami bukan pejuang bangsa!!

Kami hormat dengan Ulama2 anda, kami tahu usul itu untuk kebaikan rakyat tapi kami tahu sejauhmana kepercayaan dan kejujuran pemimpin2 Umno. Kami dah tak larat dengan permainan mereka yang hanya untuk kepentingan mereka. Begitu juga di Perhimpunan UMNO baru2 ini di dewan MPM, dihentamnya pemimpin pilihan kami. Kami tidak percaya lagi pada UMNO. KAMI DITIPU HIDUP-HIDUP SELAMA HIDUP DIBAWAH KEPIMPINAN UMNO. Sejarah telah mengajar kita, bukan sejarah buatan mereka yang memenuhi kehendak mereka yang berterusan menanamnya di sekolah-sekolah kebangsaan.

Namun, kami 'sedikit' gembira dengan kenyataan Ustaz Ahmad Awang yang mewakili PAS Perak menentang sekeras-kerasnya terhadap rundingan bersama UMNO. Ini juga telah dilakukan ketika usaha Umno semasa keputusan PRU12 tidak menyebelahi mereka untuk bergabung dgn PAS di Perak untuk menubuhkan kerajaan campuran. Terima Kasih kami kepada Ketua PAS Perak Ustaz Ahmad Awang dan Mursyidul AM PAS Tn Guru Nik Aziz yang menganggap kerajaan perpaduan mengarut kerana memahami kehendak pengundi dan rakyat di Perak. Pimpinan tertinggi PAS Pusat harus menghormati keputusan rakyat Perak, di Perak kami tidak akan bekerjasama dgn UMNO/BN. DAP undi DAP, PKR undi PKR, PAS undi PAS dan Makkal Sakti undi Pakatan Rakyat bukan tujuan untuk bergabung dengan UMNO/BN. Malah UMNO Manjung pun tidak mengundi BN.

Jika nak dilakukan kerajaan perpaduan bolehlah dimulakan di negeri pemimpin yang menyusulkannya yakni di Terengganu. Mulakan dengan kerjasama mengatasi keruntuhan Stadium Sultan Mizan. Jangan pula jadikan PAS ini UMNO!! Jangan tikam belakang kami. Aduh.....tipah tertipu, tertipu tertipah, tipah tertipu lagiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Kami tetap dengan misi menghapuskan UMNO @ Manjung, 4 undi untuk ADUN PR!!
BUBARKAN DUN PERAK!!

GERAKAN ANTI ZAMBRY (GAZ) @ FACEBOOK


GERAKAN ANTI ZAMBRY di FACEBOOK : -
Group Type : This is an open group. Anyone can join and invite others to join.
Officers : Nazreen Rashid (Malaysia)
Rakan Kongsi 1 : Maxx Zen (Malaysia)
Rakan Kongsi 2 :
Ngeh Koo Ham (Malaysia) Wakil Rakyat Neheri Perak (Parlimen Beruas & DUN Sitiawan)
Nga Kor Ming (Malaysia) Wakil Rakyat Negeri Perak(Parlimen Taiping & DUN Pantai Remis)
Gobalakrishnan Nagapan Wakil Rakyat Negeri Perak(Padang Serai)
Admins : Mohd Azfar Mandeela (Queensway Secondary School) (creator)
Group Type : This is an open group. Anyone can join and invite others to join.
Admins : Najwan Halimi (Malaysia) (creator)

#Zambry cakap ini satu lagi 'penyemaian kebencian'. Salah siapa? Sendiri Mau Ingat Laaaaaa....
Smlm pihak OM cuba hubungi Bro Ishak / Sahak Bt. 8 Lekir yg 'HALAU ZAMBRY', untuk dapatkan reaksi tuan punya badan sendiri terhadap komen2 yg OM terima dan ulasan Zambry di blognya, tapi dikhabarkan sekeluarga mereka dah balik ke KL. Insyaallah, pihak kami akan hubunginya kemudian.
Admin OM sendiri ada memberi komen di blog Zambry, tapi ternyata tanggapan kami, pihak zambry tidak menyiarkannya. Suara Rakyat disekat!! Yang pasti OM jangka begitu juga di Facebook Zambry.

SANTAI YDP PAS LUMUT @ OTAI-MANJUNG

Selepas Program Perhimpunan Bubarkan DUN Perak di Markas PAS Cawangan Pasir Panjang, tanpa dirancang Tn Haji Imran, YDP PAS Lumut Hj Noh, Hj Amin dan beberapa aktivis PAS kawasan Lumut turut santai kena 'teh tarik' bersama OM.


PENGHARGAAN OM BUAT YDP PAS LUMUT, HJ NOH. TERUSKAN PERJUANGAN @ MANJUNG!!


YDP MEMBICARA TENTANG BLOGGERS & KATA-KATA SEMANGAT KPD OM. TERIMA KASIH ATAS NASIHAT DAN SOKONGAN YDP.
SANTAI & SEMBANG 'TEH TARIK'


SELEPAS PROGRAM TAMAT, Ketua PAS Cawangan Sungai Wangi, Haji Hasbullah SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA DS NIZAR KHAS DI OM BLOG. PENGHARGAAN BUAT HAJI HASBULLAH.
#Sedutan ceramah akan disiarkan malam ini.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI VAN PUSAT KHIDMAT DUN P.PANJANG

Markas PAS Cawangan Pasir Panjang. 1/6/2009. Program Perhimpunan Bubarkan DUN Perak.

DS NIZAR MENYERAHKAN KUNCI VAN SUMBANGAN BELIAU KPD YDP PAS LUMUT, HJ NOH UNTUK KEGUNAAN PUSAT KHIDMAT DUN PASIR PANJANG


KINI DUN PASIR PANJANG MEMILIKI VAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA-KERJA AMAL KEPADA MASYARAKAT

SEKITAR MAJLIS SOLAT HAJAT @ P.PANJANG MANJUNG

Markas PAS Cawangan Pasir Panjang. 1/6/2009. Program Perhimpunan Bubarkan DUN Perak.
DS NIZAR MENGIMAMKAN SOLAT HAJAT


RAKYAT MEMOHON PADA ALLAH AGAR DIMUSNAHKAN MUSUH-MUSUH ISLAM

MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH


SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA @ P.PANJANG MANJUNG

Markas PAS Cawangan Pasir Panjang. 1/6/2009. Program Perhimpunan Bubarkan DUN Perak.
LAKSAMANA PERTAMA HAJI IMRAN MENYAMBUT KEDATANGAN DS NIZAR

EN WONG WAKIL DARI DAP TURUT HADIR

KEHADIRAN AWAL TETAMU BAGI MAJLIS BERBUKA PUASA

ANTARA AKTIVIS PAKATAN RAKYAT YG HADIR - MAAF OM TIDAK DPT PASTI JAWATAN MEREKA DI DLM PARTI

ANTARA PETUGAS YG MENJAYAKAN PROGRAM INI - ORANG LAMA (QISMU WIRA)

DISEBALIK TAKBIR PENYEDIAAN JUADAH BERBUKA PUASA. TERIMA KASIH PAK MERTUA AZAM KERANA MEMINJAMKAN OM KAMERA.
MUSLIMAT TURUT SERTAI PROGRAM PUASA SUNAT

SETELAH BERPUASA , KINI TIBA WAKTU BERBUKA
PETUGAS TURUT MENJAMAH JUADAH
RUANG TIDAK MENCUKUPI, PIHAK PENGANJUR TIDAK MENYANGKA KEHADIRAN YG DILUAR JANGKAAN. MAJLIS DIWAR-WARKAN HANYA SEHARI SEBELUM TETAPI KEHADIRAN AMAT MEMBERANGSANGKAN.

DERETAN SEBELUM BERBUKA

PEMUDA FELCRA LEKIR TURUT MENJAMAH BERBUKA PUASA

YDP PAS LUMUT HJ NOH , ADUN PASIR PANJANG DS NIZAR DAN KETUA KEADILAN LUMUT

TERPAKSA BUKA 'TABLE' BARU UTK MENAMPUNG KEHADIRAN, NAMUN MASIH TIDAK DAPAT MEMENUHI KESEMUA YG HADIR. PIHAK PENGANJUR MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN YG DIHADAPI. KOMEN SEORANG PENYOKONG DR MANJUNG LAMA," WALAUPUN BEGINI, NAMUN ITU BUKAN SOALNYA YG PENTING TUJUANNYA, TIADA APA YG SULIT PUN". TERIMA KASIH KPD PENGANJUR DAN PETUGAS YG MENJAYAKAN PROGRAM.