PPSMI nak mansuh lagiiiiiiiii 3 tahun....kerana kehendak rakyat CAKAP DEPA. Rakyat cakap jangan terperdaya, ini nak pilihanraya punya hal, gua takde hal, gua follow tok guru. Punye lah lama nak bagi keputusan, ingatkan esok, rupanya kena tunggu lagi 3 tahun.......yalah, kontrak depa tak habis kaut lagi.
Gua cakap melayu pun dah tonggang langgang walaupun gua dulu pernah juarai kempen membaca, SPM gua BM A1, habis dah gua orang melayu....tapi asal gua belum tentu melayu, moyang belah mak gua cina maaa, tapi dah jadi abdullah, makpak sedara gua cina jual emas kat pekan parit, atuk belah mak gua dulu penjaga makam sultan perak di bota, atuk sebelah apak gua keturunan raja deris, moyang belah apak gua juragan di raja perak, skrang tinggal nama di sebuah jalan bandar di raja Kuala Kangsar yang semuanya peniaga cina.......
Gua ni cina ka melayu? dalam ic gua dah takde melayu, skang depa nak buang islam dalam ic gua plak?!?! anak2 gua disuruh belajar dalam bahasa english kata ompoteh oleh orang melayu united....aduh. baik gua suruh anak gua cakap cina, mana tau kut2 nanti boleh ke china cari asal usul moyang gua......tapi skrang ni yang gua marah gua nak baca jawi tulisan awal orang melayu dah tergagap-gagap, marah betul gua kat orang melayu sebelum gua, kenapa tak dipertahan tulisan jawi? apa korang dulu semua tidur ke?!?!
Kesian gua tengok otai mcm pak samad kena sembur, kena pancut kerana nak pertahan bahasa gua, bukan untuk gua tapi untuk anak-anak gua....kesian anak gua, skrang agama anak2 gua belum tentu islam kata depa, nanti dah besar boleh pilih apa agama yang anak gua nak.....gua letih....gua letih laa, gua ni duduk kat negara islam lagi kah?? betullah depa kata, kalau tak suka duduk negara lain.....ambik kau!! rupanya ini negara depa!
Gua tak heran dengan bangsa! tapi gua marah dengan bangsat!
Takpelah, gua tunggu lagi 3-4 tahun, gua tetap mahu tukar kerajaan....
No comments:
Post a Comment