DS NIZAR: POLIS DAN MAHKAMAH PUNYA HAL!?!?!

SI MALANG YANG TERUS MALANG


17.07.2009: DS Nizar yang sedang menjamah jamuan tghari bersama penduduk kayan di rumah Tuan Basari Hamid didatangi seseorang untuk berjumpa DS. Sudah lama Pak ni nak berjumpa tapi tidak kesampaian, dan pada hari ini dia dibawa oleh tok sidang Lekir untuk menyampaikan yang dia teraniaya oleh pihak UMNO-UBN-Melayu United.

Diberitahukan kepada DS Nizar, kes ini adalah kes mahkamah tapi tidak mendapat perhatian selanjutnya, begitu juga dengan tindakan Polis. Polis tidak meneruskan siasatan kerana kaitannya dengan Melayu United malah dia teraniaya dimana pihak Polis menahannya dengan tuduhan menyimbah asid, padahal dia yang disimbah.

Setelah butiran laporan polis dan beberapa dokumen sokongan dibentangkan, DS Nizar menasihatkannya agar dia terus berurusan di pejabat ADUN Pasir Panjang untuk mengambil tindakan lanjut kerana ia membabitkan kes mahkamah. Tindakan akan diambil apabila segala butir dan keterangan diperiksa untuk mendapatkan khidmat peguam dari segi undang-undang.

Pak ni yang berasal dari Terengganu secara terangnya dia amat marah dengan UMNO kerana kes ini, malah 'jeritan batin'nya sentiasa mengatakan apalagi yang mahukan pada Melayu United, hapus aje parti ini, punah orang melayu dibuatnya.

SAKSIKANLAH!! POLIS TUTUP KES KERANA UMNO.....

OM : Polis?!?! UMNO?!?! adik beradik ke? sama jeeeee. Kerana UMNO, PDRM tergadai!

No comments:

My POST