Showing posts with label DUN PASIR PANJANG. Show all posts
Showing posts with label DUN PASIR PANJANG. Show all posts

KUBUR RUBIAH RUYUP DEK ZAMBRY, UMNO & VALE !


Ini sedutan dari isu PEMINDAHAN KUBUR ISLAM TELUK RUBIAH.

Gua dah jumpa Tok Sidang itu padahal gua tak tahupun siapa yg minta duit kopi itu, Pegawai Vale yg beritahu! Tok Sidang tak boleh lena 3 hari 3 malam dek kerana rakaman ini! Tok Sidang juga beritahu gua, Dr. Azizah Ketua Wanita UMNO LUMUT merangkap Penyelaras DUN Pasir Panjang pun tak tahu menahu pasal pemindahan ini, jelas tak buat kerja! Pegawai Vale cuba berjumpa gua untuk ambil tindakan ke atas Pegawainya itu tapi gua ralat kerana Vale tidak merakyatkan projek mereka yg berjalan secara senyap dan membelakangkan penduduk tempatan, gua tolak untuk bekerjasama.

Justeru dari video ini apalagi yg boleh gua harapkan dari UMNO LUMUT untuk bersama menyelamatkan Teluk Rubiah! (http://facebook.com/SaveTelukRubiah). Bantah ada makna ya!?! UMNO LUMUT tolong jawab sat! Oh lupe, tok sidang itu kampungnya ada orang buat rumah atas jalan! link: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1394221391542.41654.1712422991

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Masyarakat di www.lensamasyarakat.blogspot.com

SEKITAR CERAMAH MAZLAN ALIMAN & DR NAJIHAH Di MANJUNG

08.03.2011, Markas PAS Cawangan Kg. Serdang. Sedutan ceramah Mazlan Aliman AJK Pas Pusat merangkap Pengerusi ANAK bersama Dr Najihahatus Saleha Ahmad AJK Dewan Muslimat Pas Pusat. Isu-isu terkini dan penerangan terhadap tohmahan Umno.



Sedutan Ceramah Mazlan Aliman.
Maaf, ceramah Dr Najihah tak sempat rakam.


Di Sebalik Ladang Getah itu Ada Ceramah utk Rakyat

Pentas Rakyat di tengah-tengah Ladang Getah

Dr. Najihah bersama Pimpinan PAS Lumut

Semangatnya Mazlan Aliman, isinya padu lenggoknya menarik.

Ceramahnya Dirakam bukan RTM

Ratusan hadirin walau di tengah ladang, barangkali 'S'iput 'B'abi pun hadir.

Peniaga juga turut berniaga di Ladang Getah.

Di Mana ada selipar oren, di situ ada Videocam.

Di Mana ada Gambar, di situ ada Fawi.

Di sebalik pokok getah ada pendengar ceramah yang tidak berganjak.

Basikal Tua juga menjadi saksi.

Bukan nyamuk dan unggas sahaja yg memenuhi ruang padang di tengah ladang, ratusan umat tidak berganjak dan berterbangan.

Bertemu muslimat sebelum berpisah.

Ada buku yang perlu ditandatangan oleh penulisnya, hajat peminat.

Penulis juga adalah Pengerusi ANAK

Lagi Gambar di http://www.facebook.com/album.php?id=1712422991&aid=35319

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

VIDEO CERAMAH KESENIAN BOB LOKMAN & RADZI MELISSA Di MANJUNG

04.03.2011, Dataran Madah Fasa 1A, Seri Manjung. Ceramah Ustaz Radzi Melissa. Sdr Bob Lokman & Ustaz Radzi Melissa berkongsi pengalaman dalam melaksanakan PERUBAHAN, pandangan dari seorang bekas selebriti yang berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air sebelum ini. Dalam aturacara Malam Kesenian ini juga membawa masuk Ahli Pemuda & pe...lancaran Kelab Motorsikal, Alternative Racing Club (ARC).


Ceramah Radzi Melissa


Ceramah Bob Lokman

*Siri Program Di DUN DS Nizar anjuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Penuh dengan celoteh & kata-kata simbolik yang membalikkan maknanya.

Kini alunan Surah-surah Kalam Allah bermain di bibir.

Kemasukan Ahli Pemuda & Pelancaran 'Alternative Racing Club' (ARC).

Jenaka Namun Tegas.

PERUBAHAN dikongsikan bersama Para Hadirin.

Dulu Pentas, kini pun Pentas yang juga bersama peminatnya.

Dulu minat kerana seninya, kini bersama dalam wadah perjuangan.

Bersama Warga Pondok Hidayatullah, Tg. Kepah Batu 7, Lekir.

Bersama Penganjur & Tenaga Kerja Program.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

KEM MOTIVASI SRAR AT-TA'ALIM BERSAMA BOB LOKMAN

04.03.2011, Chalet Kg. Baru. Sempena program Sdr Bob Lokman bersama Ustaz Radzi Melissa di Manjung, dijemput memberi ucap semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Seri At-Ta'alim, Seri Manjung di Kem Motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Gelagat cucu-cucu bersama 'atuk bob' yang merangsang mereka utk terus bersemangat dalam menimba ilmu.


Ucapan Motivasi dari Atuk Bob Lokman kepada Anak Cucu Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta'alim, Seri Manjung.

*Siri Program Di DUN DS Nizar anujuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Ketenangan dalam Perjuangan.




Bersama Warga Kerja Kem Motivasi.

Lagi gambar di http://www.facebook.com/album.php?id=1712422991&aid=35042 atau http://facebook.com/otai.manjung

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

SEPETANG BERSAMA BOB LOKMAN & RADZI MELISSA Di MANJUNG

04.03.2011, Kedai Kak Ros, Kg. Permatang, Pasir Panjang. Sdr Bob Lokman & Ustaz Radzi Melissa berkongsi pengalaman dalam melaksanakan PERUBAHAN, pandangan dari seorang bekas selebriti yang berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air sebelum ini.


Ucapan Ringkas Sdr Bob Lokman


Ucapan Ringkas Ustaz Radzi Melissa.

*Siri Program Di DUN DS Nizar anujuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Sahabat Lama bertemu di DUN Dato' Seri Nizar.

P

Lagi gambar di
http://www.facebook.com/album.php?id=1712422991&aid=35042 atau http://facebook.com/otai.manjung

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

BOB LOKMAN & RADZI MELISSA @ MANJUNG 04.03.2011

Perancangan Aturcara J/Kuasa penganjur program di Manjung 4hb Mac ini (Pemuda PAS Lumut) :-

1. IN PERSON: SDR BOB LOKMAN & USTAZ RADZI MELISSA (Program Muslimat ) bertempat di Kedai kak Ros Pasir Panjang jam 5.30 ptg.

2.(A). MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 BERSAMA BOB LOKMAN & SOLAT MAGHRIB di Kg. Baru jangkamasa sebelah petang / maghrib.

2.(B). KULIYAH MAGHRIB OLEH USTAZ RADZI MELISSA di Masjid Kg. Serdang atau Surau Taman Mawar. (Lokasi akan di'update')

3. CERAMAH MALAM KESENIAN ISLAM BERSAMA DS NIZAR, USTAZ RADZI MELISSA & SDR BOB LOKMAN di Dataran Madah Fasa 1A, Seri Manjung jam 9.00 mlm.
-Ucapan Aluan DS Nizar.
-Penyerahan Borang Ahli dari Pemuda Lumut oleh DS Nizar.
-Pelancaran Kelab Motor Alternative Racing Club (ARC).
-Ceramah Ustaz Radzi Melissa.
-Ceramah Sdr Bob Lokman.

Semua Dijemput Hadir & Datanglah beramai-ramai ke Tapak Perniagaan Malam Kesenian yg turut disertai Bob Lokman, dan kpd yg berminat utk dptkan tapak niaga boleh hubungi Sdr Suhaimi: 0125315712 atau Sdr Tarmizi: 0194957133.

*Jadual Perancangan: Segala Perubahan Tertakluk kepada Penganjur. Sebarang perubahan akan dikemaskinikan. Mohon Sebarkan

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

CERAMAH SYA REFORMIS & DS NIZAR Di MANJUNG

04 FEB 2011, Madah Fasa 1A, Seri Manjung.

Ceramah Adun Pasir Panjang / Ahli Parlimen Bkt Gantang, Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin & Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail - Sya Reformis. Pembukaan oleh pengenalan sahabat perjuangan yang digeruni DS Zambry Kadir yakni Laksamana Pertama (B) Tn Hj Imran, Ketua PAS Cawangan Sitiawan Barat. Tetamu Jemputan : En MP Shanmugam selaku Pengerusi PKR Lumut, dan Dr. Shanmugam selaku Timbalan Pengerusi PKR Lumut.


Ceramah Pertama Sya Reformis - Srikandi PKR di Manjung


Dato' Seri Ir Hj Nizar

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TG HJ HADI & DS NIZAR : MAAL HIJRAH PERAK

1 Muharam 1432
Markas Pasir Panjang, Sitiawan, Perak.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PERAK BERSAMA PRESIDEN


LUAHAN TERBUKA BUAT DS NIZAR!


Sahabat Yang Dihormati,

Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamalludin.


ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG

Untuk makluman sahabat, kami di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami tidak menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah mengalu-alukan.

Sebagai seorang engineer (IR) yang bertauliah sahabat lebih memahami pengoperasian kilang Vale SA, Brazil tersebut, kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu, tapi biarlah bertempat yg sesuai dgn lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yg ditukar kepada Zon Industri.


Rakyat dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, sahabat sendiri tahu hal ini ia akan terlaksana di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg. Acheh (tapak sedia ada utk industri) dan jika dulu kerajaan PR terbuka mendengar bantahan rakyat namun isu ini kami seolah tidak dipedulikan oleh kerajaan rampasan kini.

Kami mohon sahabat sebagai harapan warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami. Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang MERAKYATKAN.

Kami amat berterima kasih kepada sahabat dan kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar terhadap cadangan lokasinya. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak mempedulikannya walau ketahuan.


Sahabat,


MB haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah. Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas. Siapa lagi yang harus kami harapkan?

Kami percaya sahabat seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.


Ternyata sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.

Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!


Ikhlas dari Sahabat,

-proTeSTeR-

(Team Save Teluk Rubiah)

26.11.2010, Jumaat.

PROGRAM DS NIZAR & PR @ MANJUNG ESOK


1. CERAMAH PERDANA SEMPENA 1 TAHUN RAMPASAN KUASA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT OLEH BARISAN NASIONAL

Penceramah :

1. Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

2. Yb. Lim Kit Siang
Ahli Parlimen Ipoh Timur

3. Yab Dato' Seri Nizar Jamaluddin
Ahli Parlimen Bukit Gantang
ADUN Pasir Panjang

4. YB Dato' Ngeh Koo Ham
Ahli Parlimen Bruas
ADUN Sitiawan.

5. AF Ust Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak.


Tarikh : 05-02-10 (JUMAAT)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Kutien

*Semua dijemput hadir. hEBAHKAN.
Sumber : Pusat DUN Pasir Panjang

2. Majlis Minum Petang Wanita Pakatan Rakyat Bersama DS Nizar & Dato' Ngeh.
TARIKH : 05/02/2010

TEMPAT : Rest. Lumut Ikan Bakar, Ban Joon Seng
JAM : 3.00pm

Semua dijemput Hadir .
Sumber : Nisa' Lumut

DS NIZAR : BEKAS 'MAT REMPIT' @ LEKIR, MANJUNG

BRADER SOPI HANTAR ANAK KE PUSAT TUISYEN DI MANJUNG
Gua kenal Brader Sopi dari zaman remaja + lumba haram di manjung, dia antara pelumba dan pomen modify yang ada nama ketika itu. Sebenarnya dalam 'Rais TM', dulu2 RTM selalu keluar dalam acara menari atas kerusi roda. Gua kenal brader ni, kaki memang sebelah dah takde. Start motor pakai tangan, takde 'button suis', tak silap gua brader ni dulu pakai kawasaki kips. Skang ni gua perasan dia pakai motor suzuki pun takde suis. Kereta pulak manual yang dah setting 'timming', masih memandu macam orang normal. Tapi gua respect kat brader berdikari mencari rezeki dan membesarkan keluarganya. -Otai Lekir-


MENDAPAT PERHATIAN DS NIZAR DI MASJID BT10 LEKIR, bertanya khabar?


KATA-KATA SEMANGAT DS NIZAR KEPADA BRADER SOPI.

DS NIZAR @ MANJUNG

Maaf, gambo OM tak dpt nak load lagi, esok kut. Korang baca kat blog sahabat-sahabat OM yg turut serta dlm operasi 'menjahanamkan umno' di manjung.

1.
http://hjfawi.blogspot.com/2009/08/dato-seri-ir-hj-nizar-sukaneka-rakyat.html (blog hablumminnas : hj fawi)
2.
http://hjfawi.blogspot.com/2009/08/dato-seri-ir-hj-nizar-pasar-malam-teluk.html (blog hablumminnas : hj fawi)
3.
Sekitar Program Dato dan Datin Seri di Manjung (blog PerakExpress.com : sya/anaz)
4.
Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tazkirah DS IR Nizar Di Surau Fasa 2D Seri Manjung.. (blog ManjungMari : hj mat desa)
5.
Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sepetang Bersama DS IR Nizar Di Pasar Malam Padang Tembak, Teluk Murok Lumut. (blog ManjungMari : hj mat desa)
6.
Sekitar Akviti DS Nizar di Manjung (blog Manjung Center : petey/amin)
7.
http://manjung-center.blogspot.com/2009/08/majlis-makan-malam-dap-lumut-bersama-ds.html (blog Manjung Center : petey/amin)
8.
Bersama dengan Haji Nizar dalam lawatannya di Pasir Panjang (blog Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang : En. Hamidun)
9.
Majlis Makan Malam DAP Cawangan Lumut (blog Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang : En. Hamidun)

Om nak ucapkan tahniah kat adik2 dan brader bloggers lain kerana turut serta dalam program DS Nizar di manjung. Ada juga bloggers lain yg turut dlm beberapa program PAS akan tetapi mereka bertugas atas Parti mereka seperti bloggger INFOSENDIRI, tenaga mereka diperlukan oleh JK. Sekurang2nya YDP akan berbangga kerana kekuatan bloggers ini mem'berita'kan apa yang tidak di'berita'kan di akhbar2 perdana. OM percaya sekiranya idea YDP Lumut untuk mengeluarkan risalah tentang aktiviti PAS di Lumut, insyaallah akan berjaya. Tambahan 'wartawan percuma' ini giat mengikuti program PAS atau PR di manjung.

Team Perak Ekpress yang tak kenal erti penat macam ADUN Pasir Panjang, setiap ceruk pasti mereka muncul. Nasiblah sya ada tolong jenguk2 anak DS, kalau tak orang culik pun sape pun tak sedar, habis dah rakyat semua kerumun DS terpaksa lah layan. Bapa diatas duk berceramah, anak dah tertido dipangkuan Datin Seri. Itulah ADUN yang tak kenal erti penat dan terpaksa berkorban demi rakyat dan tugas. Anaz plak byk bg ilmu kat gua pasal kamera, kamera ok orangnya tak ok, sya tanya pun gua tak bleh jawab, gua tahu hanya snap aje....hahaha, tapi gua teruja hdcam rm13000 yang anaz citekan. sama2 kita cari sponsor....hehehe.

Masa majlis makan malam DAP, ucapan2 DS Nizar ringkas tapi padat dan padu!! Kehadiran dlm 600-800 org, bergegar dewan bila mendengar ucapan semangat DS Nizar. YB Nga Kor Ming pun lagi dasyat walaupun gua tak faham apa yang dia cakap dlm chinese, tapi suaranya dapat mengangkatkan tangan gua untuk sama2 bersetuju!! Hoyei!! Hoyei!!

Petang sat ni tadi, Pak sheikh ustaz faisal terserempak dgn OM, dan minta kerjasama link kan blognya yang akan muncul. Buat Pak Sheikh, bolehlah bertazkirah di blog anta yang pastinya ana dan rakan2 mentelaahnya.

Gambo2 tunggu la esok......

KETUA PEMUDA PAS TAK SETUJU DGN TUAN GURU!

Letih tak habis lagi....posting sekitar ceramah di Pasir Panjang baru2 ini terlepas pandang, nak tengok cerita lanjut di blog brader manjung mari kat sini.

Cuma nak tambah skit, Ustaz Nasarudin Ketua Pemuda PAS ni suara seiras-iras Tuan Guru Hj Hadi...terpukau lak jap. Lebih terperanjat, ustaz boleh tak setuju kenyataan Tuan Guru Nik Aziz - 'umno celaka', ustaz kata sepatutnya 'umno sangat celaka' mengikut sifat2nya......ambik kau! sambil menerangkan nas-nas yang membolehkan ada masanya kena 'garang' !! kalau tak puak ni buat nohen je..... dah jenuh cakap baik-baik, macam tu jugak umno makin teruk. Tapi sekali Tuan Guru kata "JAHANAMLAH UMNO', demam seminggu tak sudah-sudah umno dan media2 juaknye.!


haha...pergi jahanam la umno. bravo, ustaz bravo! dalam wacana kasi Waaa chaaa!! sama dia.
JAHANAM UMNO! MANSUH ISA! BUBAR DUN PERAK! JUSTICE 4 TBH, ANSWER 4 RAKYAT!

Sebelum ke ceramah, sempat la jamah makan malam bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS dan Ketua Pemuda PAS di rumah keluarga sdr Azam.


'BATERI KENA CUKUP NAK LAWAN DENGAN UMNO NI!!' -petikan dari ceramahnya ketika microphone dah mula bateri out.


SEKITAR CERAMAH BUBAR DUN - 1 BLACK PERAK

DS NIZAR : AKSI BOLA PRESIDEN PAFA

17.09.2009 : Gambar sekitar perlawanan persahabatan bolasepak di antara Pusat Khidmat ADUN P.Panjang dan Veteran P.Panjang di padang SK Pasir Panjang......berapa banyak punya panjang daaa. Ulasan lanjut di sini.

AKSI PENYOKONG DAN PEMINAT DI LUAR PADANG




AKSI DS NIZAR DAN PEMAIN DI DALAM PADANG

DS NIZAR : LAYAN MASALAH

17.07.2009 : Semasa DS Nizar menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan, ceritanya di sini, penduduk setempat sempat mengadu masalah mereka di sekitar perumahannya.

Yang ni, DS Nizar yang sapa pemuda yang sedang membaiki rumah, lalu DS menunjuk 'skill'nya.

Melihat Deret Perumahan Lama yang usang didiami penduduk sejak lama lagi.


Ternakan Ikan yang dibuat di tapak perumahan secara haram. Ia mengeluarkan bau yang kurang enak dan pembuangan air berbau sekitarnya. Malah DS Nizar sendiri mendapati sistem perparitan yang ada amat tidak memuaskan, dan mengarahkan Skuad Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang bersama penduduk bertindak sendiri mengorek-cucinya dengan kos ditanggung oleh ADUN. Berkenaan kolam ternakan ikan, Pusat ADUN akan membawa ke Majlis Perbandaran Manjung.

Ini bukan tempat pembuangan sampah, tapi dimaklumkan penduduk tuan rumah mengutip dan mengumpul sampah untuk dijadikan baja tetapi terlalu banyak kumpulan bahan terbuang di rumahnya. Ia mengundang ketidakselesaan penduduk sekitar.

Apek dan Aso ni terserempak dengan MB Rakyat, park kereta terus meluru ke DS. Mereka tanya perkembangan dan memberi sokongan pada DS, katanya 3 tahun lagi kita bikin lagi....
(Yang lain gua tak berapa faham, sebab mereka cakap cina dgn DS)


DS Nizar berkesempatan melawat rumah pengikut setianya dan penggerak pemuda India di Manjung.

DS NIZAR: WARGA MISKIN SUMBANGAN ADUN

17.07.2009 : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PASIR PANJANG BERSAMA DS NIZAR TURUN KE PADANG memberi sumbangan warga miskin kaum India di sekitar Pundut, Kg. Dato Seri Kamaruddin @ Manjung. Dari rumah ke rumah skuad ini bergerak menjelajah kampung.

Lihatlah MB Rakyat yang tidak kenal erti penatttt.......gua yang penat!























Dalam aktiviti ini, penduduk setempat mengambil kesempatan untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi di sekeliling perumahan mereka. Akan menyusul...

DS NIZAR: POLIS DAN MAHKAMAH PUNYA HAL!?!?!

SI MALANG YANG TERUS MALANG


17.07.2009: DS Nizar yang sedang menjamah jamuan tghari bersama penduduk kayan di rumah Tuan Basari Hamid didatangi seseorang untuk berjumpa DS. Sudah lama Pak ni nak berjumpa tapi tidak kesampaian, dan pada hari ini dia dibawa oleh tok sidang Lekir untuk menyampaikan yang dia teraniaya oleh pihak UMNO-UBN-Melayu United.

Diberitahukan kepada DS Nizar, kes ini adalah kes mahkamah tapi tidak mendapat perhatian selanjutnya, begitu juga dengan tindakan Polis. Polis tidak meneruskan siasatan kerana kaitannya dengan Melayu United malah dia teraniaya dimana pihak Polis menahannya dengan tuduhan menyimbah asid, padahal dia yang disimbah.

Setelah butiran laporan polis dan beberapa dokumen sokongan dibentangkan, DS Nizar menasihatkannya agar dia terus berurusan di pejabat ADUN Pasir Panjang untuk mengambil tindakan lanjut kerana ia membabitkan kes mahkamah. Tindakan akan diambil apabila segala butir dan keterangan diperiksa untuk mendapatkan khidmat peguam dari segi undang-undang.

Pak ni yang berasal dari Terengganu secara terangnya dia amat marah dengan UMNO kerana kes ini, malah 'jeritan batin'nya sentiasa mengatakan apalagi yang mahukan pada Melayu United, hapus aje parti ini, punah orang melayu dibuatnya.

SAKSIKANLAH!! POLIS TUTUP KES KERANA UMNO.....

OM : Polis?!?! UMNO?!?! adik beradik ke? sama jeeeee. Kerana UMNO, PDRM tergadai!

DS NIZAR : SEKITAR DI KAYAN @ MANJUNG

17.07.2009 : PROGRAM DS NIZAR DI KG. KAYAN (KUBU UBN)


TAZKIRAH JUMAAT DI MASJID KG KAYAN

JAMUAN RAKYAT DI SINI...
JAMUAN SUP KAMBING DI RUMAH TUAN HJ BASARI.

Terima Kasih kepada tuan rumah dan sdr Rizal (Intan/Raz Farm) yang menyediakan makan tghari rombongan DS Nizar. Sup Kambing, udang rendang, kari kepala ikan, sambal belacan......pergh!!

Boleh layan lagi di sini (blog DPPKLumut) dan di sini (blog Manjung-Center).


PRESIDEN PAFA AKSI SEPAKAN MAUT ZAMBRY!!

PERLAWANAN PERSAHABATAN TEAM DS NIZAR VS OTAI PASIR PANJANG
Pasukan DS Nizar (Pusat Khidmat ADUN PP) mengalahkan Pasukan Veteran PP, 3 - 1. DS Nizar telah bermain posisi Penjaga Gol pada awalnya, tapi telah diambilalih oleh Sdr Azam yang dah 'tenat' (tak larat la tu). DS Nizar ambil posisi pertahanan dan akhirnya DS bermain diposisi serangan. Ambikkkkk semua posisi pun boleh!!!

MB Gua YANG TAK TAHU PENAT!!


PENYERAHAN BOLA TANDATANGAN DS NIZAR

PENGADIL YANG 'ADIL' - 1st Admiral Tn Hj ImranTLDM
'REF' OF THE YEAR.
1st time tgk, pengadil 'complete' jubah dan serban di padang.


TEAM ADUN PASIR PANJANG VS TEAM ORANG LAMA PASIR PANJANG

AKSI TERBAIK : SERANGAN 'MAUT' BUAT ZAMBREY......


SAKSIKANLAH........MB RAKYAT

OM : Program DS Nizar @ Manjung hari ini sungguh padat hingga tiada ruang untuk beristirehat, MB Rakyat lagi la kena layan sana sini, tak sempat ini, itu dah panggil.
Tazkiarah Jumaat di Masjid kayan, mkn di rumah rakyat (Tuan Basari Hamid),lari ke manjung bg sumbangan kat org miskin, satu rumah ke satu rumah (lebih 10 rumah),pecut ke pasir panjang main bola, lepas layan bola, dah kena tazkirah magrib plak kat surau Taman Melati.....penat...penat...gua yang penat, MB gua relaks aje, gua lebih2. Yang pasti Pak Hamidun dan Pusat ADUN lepas ni kena bertindak ke atas masalah yang telah dibincang bersama DS Nizar dan orang kampung.

Program lain dan aksi bola dan sekitar perlawanan akan menyusul...entah, habis penat dulu kut!! Mesti tonton byk aksi menarik. Brader Lan entah boleh bawa balik MB gua, udah tumpo tepi padang!! hehehe.
LAN YANG TUMPO DI MEDAN PERJUANGAN

Apapun korang boleh layan dulu kat blog adinda yang baru di Manjung Center. Muda2 mesti cargasss!