Showing posts with label KDSK. Show all posts
Showing posts with label KDSK. Show all posts

KUBUR RUBIAH RUYUP DEK ZAMBRY, UMNO & VALE !


Ini sedutan dari isu PEMINDAHAN KUBUR ISLAM TELUK RUBIAH.

Gua dah jumpa Tok Sidang itu padahal gua tak tahupun siapa yg minta duit kopi itu, Pegawai Vale yg beritahu! Tok Sidang tak boleh lena 3 hari 3 malam dek kerana rakaman ini! Tok Sidang juga beritahu gua, Dr. Azizah Ketua Wanita UMNO LUMUT merangkap Penyelaras DUN Pasir Panjang pun tak tahu menahu pasal pemindahan ini, jelas tak buat kerja! Pegawai Vale cuba berjumpa gua untuk ambil tindakan ke atas Pegawainya itu tapi gua ralat kerana Vale tidak merakyatkan projek mereka yg berjalan secara senyap dan membelakangkan penduduk tempatan, gua tolak untuk bekerjasama.

Justeru dari video ini apalagi yg boleh gua harapkan dari UMNO LUMUT untuk bersama menyelamatkan Teluk Rubiah! (http://facebook.com/SaveTelukRubiah). Bantah ada makna ya!?! UMNO LUMUT tolong jawab sat! Oh lupe, tok sidang itu kampungnya ada orang buat rumah atas jalan! link: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1394221391542.41654.1712422991

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Masyarakat di www.lensamasyarakat.blogspot.com

DS NIZAR : LAYAN MASALAH

17.07.2009 : Semasa DS Nizar menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan, ceritanya di sini, penduduk setempat sempat mengadu masalah mereka di sekitar perumahannya.

Yang ni, DS Nizar yang sapa pemuda yang sedang membaiki rumah, lalu DS menunjuk 'skill'nya.

Melihat Deret Perumahan Lama yang usang didiami penduduk sejak lama lagi.


Ternakan Ikan yang dibuat di tapak perumahan secara haram. Ia mengeluarkan bau yang kurang enak dan pembuangan air berbau sekitarnya. Malah DS Nizar sendiri mendapati sistem perparitan yang ada amat tidak memuaskan, dan mengarahkan Skuad Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang bersama penduduk bertindak sendiri mengorek-cucinya dengan kos ditanggung oleh ADUN. Berkenaan kolam ternakan ikan, Pusat ADUN akan membawa ke Majlis Perbandaran Manjung.

Ini bukan tempat pembuangan sampah, tapi dimaklumkan penduduk tuan rumah mengutip dan mengumpul sampah untuk dijadikan baja tetapi terlalu banyak kumpulan bahan terbuang di rumahnya. Ia mengundang ketidakselesaan penduduk sekitar.

Apek dan Aso ni terserempak dengan MB Rakyat, park kereta terus meluru ke DS. Mereka tanya perkembangan dan memberi sokongan pada DS, katanya 3 tahun lagi kita bikin lagi....
(Yang lain gua tak berapa faham, sebab mereka cakap cina dgn DS)


DS Nizar berkesempatan melawat rumah pengikut setianya dan penggerak pemuda India di Manjung.

DS NIZAR: WARGA MISKIN SUMBANGAN ADUN

17.07.2009 : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PASIR PANJANG BERSAMA DS NIZAR TURUN KE PADANG memberi sumbangan warga miskin kaum India di sekitar Pundut, Kg. Dato Seri Kamaruddin @ Manjung. Dari rumah ke rumah skuad ini bergerak menjelajah kampung.

Lihatlah MB Rakyat yang tidak kenal erti penatttt.......gua yang penat!























Dalam aktiviti ini, penduduk setempat mengambil kesempatan untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi di sekeliling perumahan mereka. Akan menyusul...