Showing posts with label MANJUNG. Show all posts
Showing posts with label MANJUNG. Show all posts

KEM MOTIVASI SRAR AT-TA'ALIM BERSAMA BOB LOKMAN

04.03.2011, Chalet Kg. Baru. Sempena program Sdr Bob Lokman bersama Ustaz Radzi Melissa di Manjung, dijemput memberi ucap semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Seri At-Ta'alim, Seri Manjung di Kem Motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Gelagat cucu-cucu bersama 'atuk bob' yang merangsang mereka utk terus bersemangat dalam menimba ilmu.


Ucapan Motivasi dari Atuk Bob Lokman kepada Anak Cucu Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta'alim, Seri Manjung.

*Siri Program Di DUN DS Nizar anujuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Ketenangan dalam Perjuangan.




Bersama Warga Kerja Kem Motivasi.

Lagi gambar di http://www.facebook.com/album.php?id=1712422991&aid=35042 atau http://facebook.com/otai.manjung

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

SEPETANG BERSAMA BOB LOKMAN & RADZI MELISSA Di MANJUNG

04.03.2011, Kedai Kak Ros, Kg. Permatang, Pasir Panjang. Sdr Bob Lokman & Ustaz Radzi Melissa berkongsi pengalaman dalam melaksanakan PERUBAHAN, pandangan dari seorang bekas selebriti yang berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air sebelum ini.


Ucapan Ringkas Sdr Bob Lokman


Ucapan Ringkas Ustaz Radzi Melissa.

*Siri Program Di DUN DS Nizar anujuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Sahabat Lama bertemu di DUN Dato' Seri Nizar.

P

Lagi gambar di
http://www.facebook.com/album.php?id=1712422991&aid=35042 atau http://facebook.com/otai.manjung

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

SAVE TELUK RUBIAH vs DISKRIMINASI MPM

Banner SAVE TELUK RUBIAH - http://facebook.dj/selamatkannyawarubiah

Banner Sahabat kita, proTeSTeR (Team Save Teluk Rubiah) hanya mampu bertahan 1 hari sahaja, MPM tak tahan melihatnya kerana menggugat kepentingannya. Jelas diskriminasi berlaku jika dilihat banner yang ada sekitar Manjung, ada yang makan bertahun-tahun malah berdiri teguh bersama tiang seri yang ditaja. Roll down untuk dapatkan gambaran jelas. Hmmmmmm.......?!?!?!?!

DISKRIMINASI

Pelbagai banner bersilihganti sejak dari 'TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA', 'MENANG SORAK TANAH TERGADAI', 'SI KITOL'lah dan macam-macam slogan berhasutan perkauman yang tiada logo kelulusan MPM masih berdiri teguh tanpa tergugat dek kerana bendera keris bogelnya, sedangkan kuaters MPM termasuk dalam taman itu. Sayangnya, pekerja MPM di situ buta kare........hmmmm. Yang bestnya, siap ada tiang sendiri, mungkin Zambry yg ancak kan, tu yg bertahan ke hari ini.

Tiang yang sentiasa menyerikan simpang ke pusat-pusat pelancongan, tiada sebarang halangan untuk BeNak meletakkan tiang-tiang yg cukup sinonim dengan Tiang Seri Zambry untuk di'ancak'kan bersama mandremnya. No hal lah! Janji BeNak bayar cukai tiang di bawah meja sudah cukup membutakan MPM.

WELL DONE MPM!! Great Job!

*Namewee pesan: MPM balik tidoooo....!!!!!
Note : MPM itu adalah Majlis Perbandaran Manjung.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 1

Coretan dari luahan rakyat, bukan berita, pun bukan rencana tapi mahu 'berita'hu macam'ana?

KIANAT INI IBARAT PENGHINAAN KEPADA PENYUMBANG TERDAHULU, PEJUANG KEMERDEKAAN INDIA DAN SULTAN PERAK. SELAMATKAN WARISAN RAKYAT INI.



Isu ini berkenaan Tanah Pusaka Warisan rakyat yang dikenali sbg SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT (tahun 1957 dikenali sbg SIMPANG AMPAT ENGLISH SCHOOL) kini cuba di'sembunyi'kan oleh kerajaan dan penyalahgunaan kuasa pentadbiran warisan ini. Bagi penduduk lama Manjung (Dindings) mahupun bekas pelajar yg berbangsa Melayu, sekolah ini lebih dikenali sbg SEKOLAH GANDHI yang mana kewujudannya dari sumbangan pekerja-pekerja estet dan ahli-ahli perniagaan berbagai bangsa. Warisan DINDINGS GANDHI MEMORIAL BUILDINGS ini telah di'buka'kan oleh Sultan Perak yang ke 32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil sempena hari kelahiran Mahatma Mohandas Karamchnad Gandhi pada hari Khamis, 2 Oktober 1952 jam 12.45PM. (senarai nama-nama penyumbang di siri seterusnya)


Bagi rakyat terutamanya kaum India di Malaysia, ia adalah nilai sejarah yang tinggi, yang antara faktornya kehadiran sebahagian abu mayat mendiang Gandhi di Malaysia dan satu-satunya diterima di tempat bersejarah ini selain negara India itu sendiri. Ia memperlihatkan berlakunya perarakan rakyat berjalan dari Sitiawan ke Lumut(Titi Panjang) pada tahun itu. (gambar dan artikel berbahasa tamil akan dipaparkan)

Bagi pewaris dan persatuan Dindings Indian Association (DIA) mohon pusaka yang dianggap sbg Tugu Mahatma Gandhi harus diserahkan tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana pihak bagi menjamin pusaka ini.

Menurut Pengerusi DIA, En. MP.Shanmugam, dan Setiausaha Kehormat DIA, En. M.Sethubathi, ada penyalahan guna kuasa pentadbiran kini di mana cara perlantikan 'trustee' dalam dokumen hakmilik tanah juga disyaki tiada dalam mesyuarat agung tahunan tetapi dalam perjanjian dihadapan Pesuruhjaya Sumpah. Pentadbiran juga membenarkan aktiviti penjualan arak, aktiviti berjudi dan memberi sewaan bilik dalam bangunan DIA kepada warga asing.

Dari tinjaun ke dewan berkenaan, keadaannya seperti tiada sebarang kerja penyelenggaraan mahupun baikpulih, dan kebetulan hujan memperlihatkan tirisan air hujan mengalir dan bertakung. Patung Mahatma Gandhi juga berlaku vandalisme dan tiada kawalan terhadap bahan sejarah itu sehingga berlaku contengan.(gambar dan video akan dipaparkan dalam siri yang lain) Begitupun, ia adalah bahan sejarah yg menarik kerana setiap bilik darjah yg didirikan ada batu penandaan nama penyumbang, rakyat tidak mahu lagi penandaan ini musnah seperti di 'bawah pokok'.

Rakyat mahu mendapatkan 'feedback' dari mana-mana pihak terhadap isu ini. Difahamkan pihak kerajaan negeri yang diketuai DS Zambry telah dimaklumkan, namun agak mendukacitakan beranggapan isu ini diertikan sbg isu perkauman. Siapa yg kata perkauman? Kerajaan sedar atau tidak, orang-orang terdahulu yg mendirikan dewan dan bilik-bilik darjah yg sedia ada kini dari hasil titik peluh mereka selama 18 bulan 'kerja kuat' yang datang dari pelbagai bangsa harmoni kaum india, cina, melayu dan singh termasuklah atuk Abdul Talib dan makcik Zainah dan 36 orang melayu yg menoreh saban hari bergajikan 46 ringgit sebulan ketika itu, malah dilantik pula menjadi ahli jawatan kuasa pusat kepada Inche Noordin, Inche M.N Yusuf dan Tuan Haji Abdullah. Begitulah seadanya nama bandar yang terletaknya tugu ini yakni Sitiawan dipercayai dari semangat 'Setia Kawan'.

Namun, difahamkan bilamana ia dirujuk kepada pihak persekutuan pula menuduh ia dibawah kuasa kerajaan negeri, saling menyalahkan atau menyembunyikan fakta? Justeru dalam menjaga harta warisan rakyat ini, kami rakyat biasa rasa bertanggungjawab utk terus membongkar kejadian ini. Maklumat dari generasi yg dulunya menyerahkan tanah ini utk tujuan mewujudkan sekolah bagi anak2 tempatan berbilang bangsa. Namun kini mereka dikianati oleh kerajaan 1Malaysia utk mengambil bahan warisan sejarah (heritage) rakyat ini utk tujuan tertentu.

Ini satu penghinaan buat 380 orang penyumbang berbangsa cina, melayu, india dan singh samada persatuan, ahli perniagaan, penoreh getah mahupun pekerja-pekerja estate pada tahun 1952 bg membina GANDHI MEMORIAL BULIDING dgn satu tujuan. Walaupun waris ditawarkan dgn wang ringgit utk pengambilan tanah bersejarah ini, namum waris menolaknya kerana ia amat berharga dan pusaka ini wajib dipelihara dan dimanfaatkan, bukan kerana wang.

Komen dari MP Ipoh Barat, YB M. Gulasegaran akan dipaparkan kemudian.

Kata-kata Presiden terdahulu (1952), Dr. VRN Menon pada hari pembukaan oleh Sultan Perak yg ke 32, di perenggan ke 11 :

"IT IS OUR EARNEST PRAYER THAT YOUR HIGHNESS AND YOUR HIGHNESS' GOVERMENT WOULD WATCH WITH THE KEENEST INTEREST THE PROGRESS OF THIS YOUNG AND GROWING INSTITUTION AND EXTEND TO US YOUR HIGHNESS' BLESSINGS AND ADVICE"

Luaran Dewan dan Batu Penandaan Pembukaan.

Sambung coretan rakyat biasa.......


KINI USTAZ IBRAHIM DITAHAN LAGI

09.07.2010
Dari Blog CINA ISLAM.

Ustaz Ibrahim ditahan di KLIA

Saya baru menerima sms dari YDP Lenggong yang memaklumkan Ust. Ibrahim atau nama asalnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria telah sampai di KLIA dan dia masih ditahan disana.

Sehingga ini saya masih tidak dapat mengesahkan siap[akah yang menahan dan status tahanan yang dimaksudkan dalam SMS yang asalnya dikirim oleh Ust. Ibrahim yang memaklumkan dia sudah sampai di KLIA dan dia ditahan.


Kelamrian saya melaporkan dia telah dibebaskan di Mesir dan sempat saya menerima makluman sms bahawa kapalterbang yang dinaikinya sempat transit di Kuwait.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan dan ketabahan kepada Ust. Ibrahim dalam menghadapi ujian getir ini.

BANTAHAN INDUSTRI KELULI @ MANJUNG

BANTAHAN AWAM BERKAITAN CADANGAN PROJEK INDUSTRI KELULI DI ZON PELANCONGAN TELUK RUBIAH/ TELUK BATIK


SUMBER : N51 PASIR PANJANG


Orang-orang awam yang mempunyai kepentingan untuk membantah rancangan pembinaan industri keluli di zon pelancongan Teluk Rubiah/ Teluk Batik, bolehlah membuat bantahan awam dengan menggunakan borang bantahan yang boleh didapati di Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung. Tarikh tutup bantahan ini ialah pada12 November 2009 (khamis).



Kenapa kita membantah????


. Industri keluli boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.


. Menjejaskan pendapatan dan pergerakan nelayan-nelayan pantai untuk mencari ikan sebagai sumber pendapatan.


. Menutup dan mengurangkan aktiviti-aktiviti pelancongan khususnya tempat riadhah di tepi pantai yang cantik dan indah.


. Tidak sesuai dengan suasana persekitaran sebagai kawasan industri.


*OM : Jangan terjadi seperti Projek Kolam Udang di sekitar Tanjung Kepah persisiran pantai Lekir, bakau dicantas, kolam digali, akhirnya ia mencemarkan keaadaan, kroni BN dapat untungnya, penduduk 'terduduk'.


Ribut yang sebelum ini dipecahkan bakau, ikan-ikan bermain tepian pantai, kini tiada lagi. Nelayan miskin terpaksa ke 'tengah' laut mencari sesuap nasi untuk keluarganya, ribut pula datang memusnahkan teratak buruk si miskin.


Sesal, dan kini penanaman semula bakau dilakukan. Jadikan ia pengajaran.

Manjung telah dan sedang dicemarkan, bakau di venice of perak semakin dikikis, pulau buatan manusia si marina island melimpahkan air laut ke rumah nelayan, asap dan debu arang di janakuasa manjung mencemarkan udara, kesihatan pekerja terjejas.


Majlis Perbandaran Manjung kini menswastakan kutipan sampah untuk penduduk manjung, pekerja dan pelanggan tidak lagi dijamin kebersihannya!


Akan menyusul :

1. Bantahan Pekerja Am MPM terhadap penswastaan pegurusan sisa pepejal & pembersihan kepada Syarikat Environment IDAMAN SDN BHD.

2.Gambar sekitar bakau ditarah untuk pembangunan kawasan Venice of Perak, Desa Manjung Raya.

3. Marina Island pulau buatan yg terindah di Malaysia memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar dan nelayan.


DS NIZAR : LAYAN MASALAH

17.07.2009 : Semasa DS Nizar menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan, ceritanya di sini, penduduk setempat sempat mengadu masalah mereka di sekitar perumahannya.

Yang ni, DS Nizar yang sapa pemuda yang sedang membaiki rumah, lalu DS menunjuk 'skill'nya.

Melihat Deret Perumahan Lama yang usang didiami penduduk sejak lama lagi.


Ternakan Ikan yang dibuat di tapak perumahan secara haram. Ia mengeluarkan bau yang kurang enak dan pembuangan air berbau sekitarnya. Malah DS Nizar sendiri mendapati sistem perparitan yang ada amat tidak memuaskan, dan mengarahkan Skuad Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang bersama penduduk bertindak sendiri mengorek-cucinya dengan kos ditanggung oleh ADUN. Berkenaan kolam ternakan ikan, Pusat ADUN akan membawa ke Majlis Perbandaran Manjung.

Ini bukan tempat pembuangan sampah, tapi dimaklumkan penduduk tuan rumah mengutip dan mengumpul sampah untuk dijadikan baja tetapi terlalu banyak kumpulan bahan terbuang di rumahnya. Ia mengundang ketidakselesaan penduduk sekitar.

Apek dan Aso ni terserempak dengan MB Rakyat, park kereta terus meluru ke DS. Mereka tanya perkembangan dan memberi sokongan pada DS, katanya 3 tahun lagi kita bikin lagi....
(Yang lain gua tak berapa faham, sebab mereka cakap cina dgn DS)


DS Nizar berkesempatan melawat rumah pengikut setianya dan penggerak pemuda India di Manjung.

DS NIZAR : SEKITAR DI KAYAN @ MANJUNG

17.07.2009 : PROGRAM DS NIZAR DI KG. KAYAN (KUBU UBN)


TAZKIRAH JUMAAT DI MASJID KG KAYAN

JAMUAN RAKYAT DI SINI...
JAMUAN SUP KAMBING DI RUMAH TUAN HJ BASARI.

Terima Kasih kepada tuan rumah dan sdr Rizal (Intan/Raz Farm) yang menyediakan makan tghari rombongan DS Nizar. Sup Kambing, udang rendang, kari kepala ikan, sambal belacan......pergh!!

Boleh layan lagi di sini (blog DPPKLumut) dan di sini (blog Manjung-Center).


CERPEN MANJUNG@FB : JENUH DAH!!

Orang Lama Manjung FB(June 17 at 12:50pm): saya harap saudara perbanyakan lagi berita daerah manjung tepat dan tulus

OM FB ( June 20 at 11:57pm): salam. byk feedback yg warga om terima. insyaaallah, nanti ada timbul cerita orang lama dalam umno lumut kini membuka pekung kebrobokan yang berlaku di manjung pd om, terutamanya sekitar lumut tempat kelahiran sultan idris sebelum ini. om tgh tunggu signal dari orang lama tu. btw, tq for supporting us, keep reading.

OLM FB(June 26 at 11:33pm): keep it up,saya sedia menunggu terima kasih anda tinggal dimana kat manjung

OM FB (June 27 at 4:06pm): fasa 1a, -kami bercakap utk generasi akan dtg-, mcm kami ni jawi pun lenyap, belajar dr kesilapan org dulu2.

OLM FB (June 28 at 12:25pm): Saya dah berumur 64 tahun,jenoh menjadi ahli umno,kalau aktibiti semua saya kelolakan,sampai pilihanraya lagi kuat kerja untuk manangkan BN.Setelah beberapa lama berkecimpon dgn umno,kalau kaki bodek (kami istilahkan lipas) rapat dgn ketua bhg. dapat lah panggu beberapa lot perumahan di Tronoh kebanyakan di punyai ahli jawatan kuasa bhg. tenggok saja lah tanah dekat kelinik pergigian Sitiawan dpt dik naib ketua bhg,Dah leboh dijual. Kalau kita tenggok tanah kerajaan dekat manjung parade(looking dulu nama nya) sebelum kedai-kedai dibina di situ terletak kuaters JKR , tanah telah dimajukan dgn mendiri sederet kedai yang org melayu tak mampu nak beli(ini masa umno/bn ). laIN kali jumpa lagi.


OM : Buat yang menyumbang dan terbabit dalam cerita pendek ini bersama om, nama samaran digunakan bagi mengelak dari yang hidup mahupun mati menuntut 'royalti' dan ribuan Terima Kasih untuk dikongsi bersama.

-cerpen hakisan pesisir pantai lekir, akibat?! akan datang...........-
-cerpen projek kolam udang di lekir, manjung akan menyusul....-

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN PASIR PANJANG & DUN SITIAWAN

Bagi penduduk kawasan DUN Pasir Panjang & DUN Sitiawan yang mungkin ramai tak tahu Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, OM paparkan kat sini. Kebanyakan orang ramai yang OM temui sekitar DUN ini masih tidak tahu alamat Pejabat untuk mereka hubungi terus pihak ADUN. Antara sebabnya, ADUN dan wakilnya selalu masuk ke kawasan sekitar dan mendapatkan 'feedback' dari orang ramai tapi sekiranya mereka terlepas 'pandang bolehlah hubungi pejabat.
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PASIR PANJANG
(YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN S.P.M.P)

PUSAT KHIDMAT ADUN PASIR PANJANG
NO. 95, FASA 1C4,
32040 SERI MANJUNG,
PERK DARUL RIDZUAN.
TEL : 013-4220773
EN. HAMIDUN (PEG. ADUN PASIR PANJANG)




PUSAT PERKHIDMATAN ADUN KAWASAN SITIAWAN
(YB DATO' NGEH KOO HAM)


ADUN KAWASAN SITIAWAN
NO. 26, TINGKAT ATAS,
TAMAN ILMU,
JALAN RAJA OMAR,
32000 SITIAWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL : 05-6919923
- MS. LING SIEW MEI
- MR. YONG CHOO KIONG (S/U YB NGEH)


GAMBAR BANNER DI PEJABAT DUN NI OM 'SNAP' MASA OM REDAH KE PEJABAT DAP SITIAWAN, sempat sembang-sembang dengan Naib Ketua Pemuda DAP Lumut, Mr. Ding.

PENGHARGAAN BUAT PASTI LUMUT ATAS KEMENANGAN

TEMASYA BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK -14.06.2009


SYUKUR ATAS KEMENANGAN KEDUA-DUA PASUKAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI LUMUT

PASUKAN BERSAMA GURU YANG MENJAYAKAN KEMENANGAN MEREKA. TAHNIAH!!

PIALA DIJULANG MERAIKAN KEMENANGAN. INILAH SKUAD YANG BAKAL MEWAKILI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN.


MAN OF THE MATCH


FAKTA :
1. Skuad Pasukan Bola Sepak Lumut meraih kemenangan peringkat negeri berturut-turut selama 3 tahun.
2. Skuad Pasukan Bola Jaring Lumut meraih kemenangan peringkat negeri berturut-turut selama 4 tahun.

Tahniah atas kecermerlangan Guru2, Jurulatih Pasukan PASTI LUMUT dan anak-anak PASTI. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti!

ESOK OM AKAN PAPARKAN GAMBAR SEKITAR TEMASYA sebagai menghargai kemenangan PASTI LUMUT.

LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 4 : ZIARAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI KG TELAGA NENAS

Jumaat. 12.06.2009. Kg Teluk/Telaga Nenas. Jam 3.30ptg.
DS Nizar dimaklumkan oleh penduduk tentang kemalangan yang berlaku di kampung tersebut pada jam 9 pagi. Mangsa mati di tempat kejadian dan anaknya terlantar di hospital. Mangsa dipercayai diheret oleh treller. DS Nizar mengarahkan untuk melawat keluarga mangsa sebelum ke Lekir.


Suami si mati menyambut kehadiran DS Nizar dengan penuh suasana kesedihan


DS Nizar terharu mendengar keluhan suami si mati.


Suami kepada isteri yang meninggal dunia dan anaknya terlantar di hospital tidak dapat menahan limpahan air mata kesedihan di hadapan DS Nizar. Dia terharu dengan kehadiran DS Nizar yang memberi kata-kata semangat dan sumbangan ikhlas.


Isteri kepada En Hamidun bersimpati dan mententeramkan keadaan keluarga si mati


DS Nizar cuba menenangkan keadaan, " Banyak-banyak bersabar!!"


Ahli keluarga si mati meratap kesedihan kejadian kemalangan ini


Suram setelah melihat ahli keluarga yang masih tidak boleh menerima akan kejadian pada pagi tersebut.


Ahli keluarga si mati menceritakan bagaimana berlakunya kemalangan kpd DS Nizar.


Antara sahabat handai dan ahli keluarga yang menziarah keluarga si mati disapa DS Nizar.


Kehadiran DS Nizar disambut oleh rakan2 dan ahli keluarga si mati


Sdr Velul meluahkan 'keperitan' kehilangan ahli keluarganya kepada DS Nizar yang mengakibatkannya hilang arah pada hari kejadian itu, timbul persoalan bagaimana jaminan kehidupan anak-anak si mati? Punca kejadian yang mana lokasinya adalah laluan sempit di mana berlakunya kemalangan.


DS Nizar tetap mendengar luahannya dan memahami disebalik kejadian. Sekurang-kurangnya, sdr Velul dapat meluahkan rasa hiba yang dialaminya dan DS Nizar mengucapkan terima kasih kpdnya atas simpati dan prihatin kpd keluarga si mati.


Di persimpangan laluan masuk inilah berlakunya kemalangan. Secara mata kasar, OM perhati memang terdapat longkang yang menjadikan laluan sempit (tak boleh selisih) seperti yang diadukan Sdr Velul kepada
DS Nizar.

LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 3 : SEKITAR JEMPUTAN KENDURI KAHWIN

Jumaat. 12.06.2009. Kg Telaga Nenas. Selepas solat Jumaat.

Imam Alias membawa rombongan DS Nizar ke rumah penyokong kuat DS Nizar, Sdr Suhaimi, sebelum ke jemputan kenduri di Kg Telaga Nenas. Satu-satunya penduduk yang memberi sokongan secara terbuka.

Sdr Suhaimi bertemu dengan Idola beliau.



DS Nizar mendengar penjelasan keadaan setempat dari Sdr Suhaimi


JAM 3.00 PM , DS NIZAR SAMPAI DI RUMAH KENDURI KAHWIN ATAS JEMPUTAN AYAHANDA CIKGU AMIR DAN SDR NASARUDIN TAKAFUL.

DS Nizar bersalaman dengan para tetamu di majlis kenduri perkahwinan :
BERMULALAH SESI BERGAMBAR BERSAMA PEMINAT DS NIZAR :

DS NIZAR BERAMAH MESRA DENGAN AHLI KELUARGA PENGANTIN DAN MENTARA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI
MAKAN TIME.........

SEBELUM KEPULANGAN DS NIZAR, AHLI KELUARGA DAN TETAMU SEMPAT BERGAMBAR SEBAGAI KENANGAN



Mohon kesempatan bergambar sebagai kenangan oleh peminat DS Nizar, mereka tak menyangka dapat bertemu DS Nizar di ceruk-ceruk kampung sebegini.

DISEDIAKAN OLEH : OM CHE' GUN