Showing posts with label PASTI. Show all posts
Showing posts with label PASTI. Show all posts

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW 2

Sekitar MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM anjuran MADAH untuk Tabung PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM.....


Jumpa lagi!




Note : Utk tempahan t-shirt UREKA dll, buku dari Ureka dan CD dari rakyat utk rakyat oleh Meor boleh hubungi di Facebook Otai Manjung Fans. CD rakaman konsert Azhan (dlm proses edit) akan diserahkan kepada MADAH dan PASTI utk tabung mereka.

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW 1

THE BEGINNER OF
PAK SHEIKH FAIZAL & THE KUNCU
Dari sekecil anak berumur 6 tahun, indahnya seni dan budaya Islam. WELL DONE Ustaz Faizal, Anak2 Pondok Hidayah dan Sdr Azhan jemputan khas dgn dendangan yg cantik dan indah dari lagu2 ketuhanan Jamal Abdillah mahupun Ramli Sarip! Nantikan VCD nyanyian Azhan yang akan diterbitkan dan diserahkan kpd pihak PASTI dan PONDOK HIDAYAH utk dijual bagi sumbangan tabung mereka.

Si Kecil Yg Semangat Besar!

Terima Kasih Pak Sheikh memberi sokongan!

Terima Kasih Azhan, Penganjur MADAH/PASTI, Pak Sheikh Faizal dan Anak2 Pondok Hidayah!

Dari Rakyat Biasa..........

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW

Dendangan anak-anak dan remaja dari Pondok Hidayah atas bimbingan Ustaz Faizal


Harmoni Seni & Budaya Islam & Rakyat Marhaen

Terima Kasih semua yang memberi kerjasama terutama pihak penganjur dan penyumbang! Alhamdullillah, t-shirt UREKA sold out utk tabung PASTI , CD terjual 10 kpg setiap pembelian 20% utk tabung PASTI, derma utk tabung GAZA dan tabung UREKA. Ada sahabat yang tanpa sebrg pembelian derma ke tabung dan ada sahabat yang 'keep the change' juga utk tabung PASTI. Moga Allah membalas jasabaik keikhlasan para sahabat! Kami hanya Rakyat biasa..........

Gambar dan Video akan menyusul. Ilalliqa'

AYUH ke MLM SENI & BUDAYA ISLAM


Gambar atas sumber : Blog Madah

MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM
Jemputan Khas : Azhan Juara Akedemi Nasyid TV9 2009
Anjuran : Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung
Tempat : Perkarangan Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung.
31.07.2010 Jam : 9.15 Malam.
Maklumat lanjut klik di sini.

Menghargai bantuan brader Basher Mobara dan kerjasama dari Sam UREKA, MSK UREKA dan Meor Cakap Rakyat Group, bagi merealisasikan misi bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam dengan cara menjual sambil menderma hasil karya & budaya kesenian rakyat dan juga penghargaan kpd jawatankuasa program ini yang memberi ruang utk bersama menjayakan majlis yang sederhana ini.

Produk yang bakal dijual dgn harga promosi sambil menderma disalurkan ke Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam, moga dapat sebarkan program ini kpd rakan taulan. Sokongan semua amat dihargai.

Album DARI RAKYAT UTK RAKYAT dapatkan ORIGINAL dari MEOR. Berhibur dgn luahan rakyat marhaen sambil Menderma. Harga Pasaran RM20.00, Harga Promosi Mlm itu RM15.00 (RM3 disumbangkan kpd Pusat Asuhan Tunas Islam, jumlah kos pembuatan RM10 dan penghantaran RM2)

BUKU dari bilik darjah sekolah UREKA , Harga mengikut Buku.

Dapatkan T-SHIRT UREKA dgn menderma, stok terhad, Harga Pasaran RM25 - RM20, Harga Promosi Malam itu max. RM20- min. RM15 atau tiada had maksima mengikut keikhlasan anda utk menderma yang mana hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke dalam Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam atas sumbangan dari semua yg terlibat dlm misi ini. Stok terhad, utk tempahan mengikut harga pasaran.

"Semua orang adalah guru dan alam raya adalah sekolah"

Stok terhad.

Sekolah Rakyat!

PASTI MALAM D'LUMUT & MENUJU KE MALAM SENI RAKYAT D'KAJANG

MALAM JAMUAN HARI GURU DAN PENYAMPAIAN HADIAH PASTI LUMUT. (02.07.2009)
lagi di blog DPPKLumut....

FUTSAL : TEAM CEROI VS TEAM PECAH....macam-macam gelagat! (01.07.2009)


Tatkala DS Nizar bertazkirah di Surau 1E Manjung, kumpulan OM memberi lambaian seni untuk 'Sahabat OM dari Lekir' menuju ke MALAM SENI RAKYAT d'kajang.

GAMBAR SEKITAR TEMASYA BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK - (OM1)

PENGHARGAAN BUAT KEJAYAAN ANAK2 PASTI LUMUT YANG MENJUARAI BOLA SEPAK(3 tahun berturut-turut) & BOLA JARING(4 tahun berturut-turut) DI TEMASYA PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK baru-baru ini.

Semalam (20.09.2009) mereka telah mewakili PASTi PERAK ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat yang KETIGA bagi kejohanan bolasepak. Sebelum ini mereka di peringkat kebangsaan hanya melepasi perlawanan suku akhir dan pada tahun ini mereka berjaya ke peringkat separuh akhir dan perlawanan tempat ke-3.

Berkat kesungguhan anak2, guru2, pelatih dan J/kuasa PASTI Lumut, mereka berjaya menaikkan tahap prestasi. Tahniah semua dan adik Iskandar ('man Of the match' peringkat negeri) yang berjaya menjadi penjaring terbanyak perlawanan peringkat kebangsaan.

KEDAI FOTO BERMULA, PENGHARGAAN BUAT ANAK2 PASTI LUMUT!!


PENGHARGAAN BUAT PASTI LUMUT ATAS KEMENANGAN

TEMASYA BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT NEGERI PERAK -14.06.2009


SYUKUR ATAS KEMENANGAN KEDUA-DUA PASUKAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI LUMUT

PASUKAN BERSAMA GURU YANG MENJAYAKAN KEMENANGAN MEREKA. TAHNIAH!!

PIALA DIJULANG MERAIKAN KEMENANGAN. INILAH SKUAD YANG BAKAL MEWAKILI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN.


MAN OF THE MATCH


FAKTA :
1. Skuad Pasukan Bola Sepak Lumut meraih kemenangan peringkat negeri berturut-turut selama 3 tahun.
2. Skuad Pasukan Bola Jaring Lumut meraih kemenangan peringkat negeri berturut-turut selama 4 tahun.

Tahniah atas kecermerlangan Guru2, Jurulatih Pasukan PASTI LUMUT dan anak-anak PASTI. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti!

ESOK OM AKAN PAPARKAN GAMBAR SEKITAR TEMASYA sebagai menghargai kemenangan PASTI LUMUT.