Showing posts with label PEMUDA PAS LUMUT. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA PAS LUMUT. Show all posts

KULIYAH USTAZ AZHAR IDRUS & SANTAI DRS. KHALIL IDHAM LIM

16.03.2011, Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung.

Gambar Sekitar Kuliyah & Santai Pemuda.

KULIYAH MAGHRIB
Nota Fawi: Bertempat di Surau Madah, menempa satu sejarah baru dimana buat kali pertama Ust Azhar Idrus berkuliah dan pertama kali di PERAK khususnya. Ustaz juga menyentuh tentang kewajipan menghadiri majlis ilmu dan perihal kesibukan dunia. Video Kuliyah di :-



Nota: Rakaman ini adalah SALINAN PERIBADI tidak dibenarkan untuk di'copyright' untuk tujuan jualan secara haram tanpa kebenaran Ustaz Azhar Idrus. Untuk maklumat lanjut & dapatkan VCD Kuliyah yang Original tanpa 'watermark' dan audio video yg lebih baik, boleh layari ustazharidrus.blogspot.com/ atau boleh hubungi talian 019-9256156 Sdr Mohd Nazri Ismail, wakil sah Ustaz di http://digitalmukmin.com/.

SANTAI BERSAMA ANAK-ANAK MUDA SERTAI PAS
Kemasukan anak-anak muda menjadi ahli PAS yang menyerahkan borang keahlian di pentas Ceramah Bob Lokman & Radzi Melissa baru-baru ini, mendapat ucapan suntikan Drs Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong (Blog Cina Islam:idhamlim.blogspot.com/ ) di majlis santai.
Sebelum itu, kumpulan ini juga hadiri Kuliyah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus. Video Ucapan di :-

1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

BOB LOKMAN & RADZI MELISSA @ MANJUNG 04.03.2011

Perancangan Aturcara J/Kuasa penganjur program di Manjung 4hb Mac ini (Pemuda PAS Lumut) :-

1. IN PERSON: SDR BOB LOKMAN & USTAZ RADZI MELISSA (Program Muslimat ) bertempat di Kedai kak Ros Pasir Panjang jam 5.30 ptg.

2.(A). MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 BERSAMA BOB LOKMAN & SOLAT MAGHRIB di Kg. Baru jangkamasa sebelah petang / maghrib.

2.(B). KULIYAH MAGHRIB OLEH USTAZ RADZI MELISSA di Masjid Kg. Serdang atau Surau Taman Mawar. (Lokasi akan di'update')

3. CERAMAH MALAM KESENIAN ISLAM BERSAMA DS NIZAR, USTAZ RADZI MELISSA & SDR BOB LOKMAN di Dataran Madah Fasa 1A, Seri Manjung jam 9.00 mlm.
-Ucapan Aluan DS Nizar.
-Penyerahan Borang Ahli dari Pemuda Lumut oleh DS Nizar.
-Pelancaran Kelab Motor Alternative Racing Club (ARC).
-Ceramah Ustaz Radzi Melissa.
-Ceramah Sdr Bob Lokman.

Semua Dijemput Hadir & Datanglah beramai-ramai ke Tapak Perniagaan Malam Kesenian yg turut disertai Bob Lokman, dan kpd yg berminat utk dptkan tapak niaga boleh hubungi Sdr Suhaimi: 0125315712 atau Sdr Tarmizi: 0194957133.

*Jadual Perancangan: Segala Perubahan Tertakluk kepada Penganjur. Sebarang perubahan akan dikemaskinikan. Mohon Sebarkan

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8

10.01.2010
Oleh OMan

Pasir Panjang; Ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut pada semalam hari boleh diberikan kredit dari segi sistem audio & skrin, lintas langsung ucapan DS Nizar dari wad 8 Ipoh dan sekurang-kurangnya meningkatkan jumlah hadirin walaupun gangguan elektrik di saat akhir ketika Mat sabu 'bagi buah last' kat kerajaan zambry metalic (pinjam kata Mat sabu).

Penceramah bergambar bersama Penganjur (Sumber Ustaz Zaim)

Dilihat dari kehadiran, InsyaAllah jika diadakan pilihanraya terdekat, DUN Pasir Panjang boleh kekal di bawah Pakatan Rakyat. Akan tetapi jangan pula kita terlena dengan situasi ini, seharusnya perbaiki agar terus ke hadapan dan kehadapan.

Boleh dianggarkan juga, faktor abang Mat Sabu antara penarik dan ingin tahu perkembangan DS Nizar selepas kemalangan menjadikan ceramah malam itu penuh sesak. Bagaimanapun, hadirin tidak dihampakan penganjur dengan melakukan lintas langsung dari wad 8, hospital Ipoh.

Dari kiri : Saudara Azhar Rafai, Misbah, wakil DAP dan Abg Mat Sabu (Sumber Hj Fawi)

Malam itu juga, Mat Sabu melancarkan dana kutipan pembelian bangunan Pasti kawasan Lumut yang selama 23 tahun di sewa serta mempromosikan majalah PERAK DARUL KARTUN dari karya Gedung Kartun yang dijual di tapak ceramah.

Gambar dan ulasan lagi di Blog Hj Fawi - Hablumminannas, Blog En. Hamidun- N51 Pasir Panjang dan Blog Ustaz Zaim - Meniti Nur12.