Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Showing posts with label MAT SABU. Show all posts

TERTUNDA: CERAMAH MAT SABU Di LEKIR


10.05.2011, Batu 12 Lekir, Manjung.

Ceramah dimulakan oleh Hj Misbah Munir, namun tidak sempat rakam penuh. Penceramah kedua oleh YB Ng Suee Lim selaku ADUN Sekinchan, Selangor yang lebih dikenali sebagai Wak Ng Suee Lim atau Cina Jawa. Dan Hj Mohamad Sabu mengakhiri ceramah malam tersebut.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8

10.01.2010
Oleh OMan

Pasir Panjang; Ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut pada semalam hari boleh diberikan kredit dari segi sistem audio & skrin, lintas langsung ucapan DS Nizar dari wad 8 Ipoh dan sekurang-kurangnya meningkatkan jumlah hadirin walaupun gangguan elektrik di saat akhir ketika Mat sabu 'bagi buah last' kat kerajaan zambry metalic (pinjam kata Mat sabu).

Penceramah bergambar bersama Penganjur (Sumber Ustaz Zaim)

Dilihat dari kehadiran, InsyaAllah jika diadakan pilihanraya terdekat, DUN Pasir Panjang boleh kekal di bawah Pakatan Rakyat. Akan tetapi jangan pula kita terlena dengan situasi ini, seharusnya perbaiki agar terus ke hadapan dan kehadapan.

Boleh dianggarkan juga, faktor abang Mat Sabu antara penarik dan ingin tahu perkembangan DS Nizar selepas kemalangan menjadikan ceramah malam itu penuh sesak. Bagaimanapun, hadirin tidak dihampakan penganjur dengan melakukan lintas langsung dari wad 8, hospital Ipoh.

Dari kiri : Saudara Azhar Rafai, Misbah, wakil DAP dan Abg Mat Sabu (Sumber Hj Fawi)

Malam itu juga, Mat Sabu melancarkan dana kutipan pembelian bangunan Pasti kawasan Lumut yang selama 23 tahun di sewa serta mempromosikan majalah PERAK DARUL KARTUN dari karya Gedung Kartun yang dijual di tapak ceramah.

Gambar dan ulasan lagi di Blog Hj Fawi - Hablumminannas, Blog En. Hamidun- N51 Pasir Panjang dan Blog Ustaz Zaim - Meniti Nur12.