LUAHAN PENYOKONG PAS @ MANJUNG DISEBALIK PERPADUAN PAS - UMNO

Coretan ini menceritakan ketidakpuasan hati kami yang menyokong PAS terhadap usul kerajaan perpaduan. Luahan yang agak panjang ini agar mengerti permohonan kami yang kecil ini yang mungkin tidak dipandang oleh jemaah PAS......

Terlebih dahulu, kami istyharkan bahawasanya kami bukan ahli atau jemaah PAS mana-mana cawangan, kemungkinan OM cicitHJHASSANu ahli PAS yg tidak aktif cawangan sekitar Manjung dan OM Che' Gun kemungkinan namanya masih ada dalam keahlian UMNO (hanya nama sahaja, tidak terlibat aktiviti) cawangan Seri Manjung. OM Man & X-Men pasti tidak berkeahlian mana-mana parti termasuk Parti Komunis Malaya. Namun, terlebih dahulu terima kasih buat sahabat kami di dalam PAS, Sdr. Nor Azam yang memberi info dan kerjasama kepada kami.

Secara jelasnya, kami kurang berpolitik tapi hanya Penyokong Kuat PAS. Kehadiran kami tidak dipelawa, tidak dijemput dan tidak heran jika antara kami ini ada di tengah-tengah ceramah atau majlis-majlis Pakatan Rakyat mahupun Perhimpunan Umno baru-baru ini. Seperti YDP PAS Lumut berkata pada kami dia tidak menghalang, malah bandingkan dan carilah jawapan kebenaran dengan usaha tersendiri. Ada dikalangan 'contributors' OM dan rakan taulan sejak kecil di Manjung, menyuruh kami mendapatkan bantuan mana-mana parti Pakatan Rakyat terutama PKR/DAP dalam usaha menyampaikan suara rakyat Perak @ Manjung yang semakin ditenggelami sejak PM 1Malaysia mengambilalih Perak & 1Malaysia. Biarlah, asalkan kami happy dan puas menyatakan apa yang nak kami katakan.

Sedia maklum, kami beranggap PAS tidak memiliki ekonomi yang kukuh seperti UMNO, jadi sifat sukarelawan tanpa habuan kami mengabdikan kpd PAS terutamanya cawangan Seri Manjung. Pergerakan pertama kami adalah bekerjasama dalam kempen PRU10 (dapat lesen mengundi di DUN Pasir Panjang) walaupun tewas calonnya, begitu juga PRU11 sehinggalah Hero Rakyat kini, DS Nizar mencapai kemenangan di dun kami. Alhamdullillah, tidak sia-sia usaha kami yang ketika dulu terpaksa turun dari Kuala Lumpur (PRU10) dan Penang (PRU11). (Rezeki jangan ditolak, undi adalah rahsia, kami yang tak malu ini turut mendapat habuan 'elaun perjalanan balik mengundi' oleh Umno bahagian Lumut, lagipun tn guru ckp umno bagi sapu!). Kemenangan ini dapat mengubati kesan-kesan belantan FRU, simbahan air hijau yang meng'PAS'kan kami kini dan semburan asap yang memedihkan kami. Tidak termasuk suara-suara di media perdana yang menghina kami ketika itu. Lambat laun, kebenaran akhirnya terserlah.

Sejak wujudnya ahli politik bernama Dato' Zambry, maklumat yang kami terima dari pihak PR dan BN dapat membantu kami akan menyuarakan kebenaran. Secara jelasnya Zambry adalah orang Najib yang menentang Ketua @ ADUN Umno yang terdahulu bahagian Lumut. Begitu juga maklumat sebelum kerajaan Perak dirampas, Nasir Pangkor cuba berkempen untuk menjatuhkan Zambry. Agenda mereka kami kurang jelas kerana kami bukan pengikut atau penyokong kuat mereka. Ketika itu ada unsur yang cuba menarik kami agar bergerak bersama orang yang nak jatuhkan Zambry (seperti biasa habuan akan diterima), tapi kami memandang sepi kerana pilihan kami kini yakni DS Nizar sudah menjadi MB. Hang pi la sorang2 jatuhkan Zambry. Kini, Nasir Pangkor & The Gang boleh la lupakan hajatnya, jagalah feri-feri yang berulangalik dr jeti Lumut ke Pangkor, ia lebih masyuk beb!!

Akan tetapi, kini pulak kami menyuarakan agar Zambry ditentang di tempat dia sendiri, alangkah bagusnya ketika Nasir yang cuba melobi ketika itu berjaya menghumban Zambry ke Pulau Sembilan atau pulau2 yang berdekatan Pangkor. Melihat balik akan ADUN PR kini cuba mengetepikan Kerajaan Haram MB Haram Zambry pun sukar apatahlagi si Nasir Pangkor ni. Namun kami tetap teruskan misi ini walaupun kami ini hanya sekcil semut merah.

Apa yang hendak diluahkan di sini adalah kami menyuarakan kepada rakan dan pembaca bahawasanya UMNO itu memang sudah tidak boleh diubati!! Jangan sesekali mengundi UMNO/BN walaupun ia sebangsa dengan kami. Kepada PAS pula, kami menyuarakan agar tidak memisahkan kami dengan Ulama2 mereka. Kami bukan pejuang bangsa!!

Kami hormat dengan Ulama2 anda, kami tahu usul itu untuk kebaikan rakyat tapi kami tahu sejauhmana kepercayaan dan kejujuran pemimpin2 Umno. Kami dah tak larat dengan permainan mereka yang hanya untuk kepentingan mereka. Begitu juga di Perhimpunan UMNO baru2 ini di dewan MPM, dihentamnya pemimpin pilihan kami. Kami tidak percaya lagi pada UMNO. KAMI DITIPU HIDUP-HIDUP SELAMA HIDUP DIBAWAH KEPIMPINAN UMNO. Sejarah telah mengajar kita, bukan sejarah buatan mereka yang memenuhi kehendak mereka yang berterusan menanamnya di sekolah-sekolah kebangsaan.

Namun, kami 'sedikit' gembira dengan kenyataan Ustaz Ahmad Awang yang mewakili PAS Perak menentang sekeras-kerasnya terhadap rundingan bersama UMNO. Ini juga telah dilakukan ketika usaha Umno semasa keputusan PRU12 tidak menyebelahi mereka untuk bergabung dgn PAS di Perak untuk menubuhkan kerajaan campuran. Terima Kasih kami kepada Ketua PAS Perak Ustaz Ahmad Awang dan Mursyidul AM PAS Tn Guru Nik Aziz yang menganggap kerajaan perpaduan mengarut kerana memahami kehendak pengundi dan rakyat di Perak. Pimpinan tertinggi PAS Pusat harus menghormati keputusan rakyat Perak, di Perak kami tidak akan bekerjasama dgn UMNO/BN. DAP undi DAP, PKR undi PKR, PAS undi PAS dan Makkal Sakti undi Pakatan Rakyat bukan tujuan untuk bergabung dengan UMNO/BN. Malah UMNO Manjung pun tidak mengundi BN.

Jika nak dilakukan kerajaan perpaduan bolehlah dimulakan di negeri pemimpin yang menyusulkannya yakni di Terengganu. Mulakan dengan kerjasama mengatasi keruntuhan Stadium Sultan Mizan. Jangan pula jadikan PAS ini UMNO!! Jangan tikam belakang kami. Aduh.....tipah tertipu, tertipu tertipah, tipah tertipu lagiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Kami tetap dengan misi menghapuskan UMNO @ Manjung, 4 undi untuk ADUN PR!!
BUBARKAN DUN PERAK!!

2 comments:

Manjungmari said...

Salam...

Satu penulisan yang cukup baik... kalau ada apa terasa dihati luahkan... jangan simpan... selamat berjuang...

hamidun said...

OM....jangan khuatir...jangan terasa hati...kita ada pimpinan yang tidak akan mengenepikan perasaan ahlinya mahu pun semua rakyat yang inginkan satu parti yang kukuh yang berjuang untuk keadilan. Apa pun polemik yang sedang berlaku...adalah buah-buah kemanisan. Kita tak akan bersama-sama UMNO untuk kerajaan perpaduan yang menjadi persepsi dan dimanupulasi oleh golongan-golongan yang mahu melihat perpecahan satu-satu parti Islam ditanah air. Kupasan Tuan guru presiden dalam penggulungannya, serta para perwakilan cukup jelas...kita berkawan dengan semua orang tetapi kita masih mempertahankan dasar kita. Saya banyak berkawan dengan ahli UMNO tapi tak akan masuk UMNO, kerana persahabatan di kalangan kita hanya mahu melihat dia bersama kita dalam perjuangan dan amalan Islam yang kita bawa. Kita pun sedia maklum...UMNO mempunyai watak yang sangat jahat dan taghut(melampau dan tolak Islam)). Namun kita tak akan hentikan dakwah kita terhadapnya...OM pun sedia maklum bonda OM sendiri cukup sinonim dengan UMNO...tapi apakah OM akan berhenti untuk menceritakan kebaikan dan tugas kita dalam PAS. Sejarah perjuangan Islam menjadi contoh dan ikutan perjuangan PAS. Yang penting kita menunjukkan sesuatu yang terbaik kepada mereka. Perjuangan ini memang payah dan perit...disebaliknya ada banyak kemanisan yang tersembunyi. Itulah tugas kita yang perlu kita cari... Politik perkauman dan adu domba kian hampir kepada kita...berhati-hati. Teruskan perjuangan dan jangan berhenti bila melihat kemelut.

My POST