OM rasa ini 'blackout' yang ke 4 dalam masa sebulan ini. Tapi yang ni paling lama di Seri Manjung terutama Fasa 1 dari 11 mlm hinggalah 11 pagi esoknya. Dengar khabar TNB Manjung ckp ada 2 transformer terbakar?!?! Entah laaa. Yang pasti, TNB terpaksa 'counter' kawasan yang diutamakan dulu spt Hospital.
Sudah la kawasan ini didapati kedua tertinggi titik panas di Makaysia yang dikesan oleh kaji cuaca pada hari itu, bila 'blackout' ....hmmmmm, ada yang tidur kat lantai, ada yang tidur kat luar rumah, ada yang tidur dalam kereta dan macam2 lagi lah cara yang disampaikan pada OM.
OM pulak, anak2 takleh nak tidur, ni la bahana kalau anak2 dah biasa kena 'aircond', bila jadi mcm ni memang depa takleh nak tidur termasuklah OM sendiri. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, 'last-last' pakat satu famili naik kereta pusing-pusing Manjung. Rupanya, sampai ke area pundut bergelap, sitiawan area ada gak yang tak kena.
Kereta yang terlibat kemalangan di simpang trafic light di Fasa 1A. Ni pun bahana 'blackout' juga.
Brader ni ckp nasib kena tibai belakang, kalu depan katanya kaki dia dah 'out' la. Tapi, OM tak simpati sangat sebab bila dia duk cerita, ada bau 'arak' la mulut dia. Kedua-dua mangsa kenderaan adalah orang Melayu. HHmmmmmmmmmm.
Dalam perjalanan 'mencari kedamaian', terserempak OM kemalangan yang baru berlaku sekitar rumah OM di simpang menuju ke Teluk Intan- Tmn Mas-Manjung. Sempat la jugak bagi bantuan, usungkan mangsa keluar kereta utk dibawa ke hospital. Dan dengarlah cerita bagaimana terjadi kemalangan, OM rasa biar polis je sampai dan 'action'. Tiga-tiga salah kut termasuk TNB, semua ada punca menyebabkan kemalangan. OM teruskan perjalanan yang tak tahu destinasinya.
Jam dah menunjuk pukul 3 pagi, sekitar Fasa 1A masih bergelap walaupun setengah area Seri Manjung dah ada elektrik. Dalam perjalanan terima SMS dari seorang Hamba Allah, sekurang-kurangnya sms ni 'menyejukkan' keadaan 'panas' OM. Sms berbunyi:
Gelap-Gelita Lagi!!
Smlm Pun Sama,
Minggu Lepas Pun Sama,
2 Minggu Sudah Pun Sama,
Sejak Akhir Ini
Manjung Kerap
Gelap-Gelita.
Tanya TNB,
Katanya Memang Perak
Dah Gelap Gelita
Sejak Mamat Dari
Manjung Yang Jadi
MB Haram.
Senang La Si Gelap
Menyelinap Lagi Dalam Gelap
Ke DUN Perak,
Nampak Gigi Aje.
TNB Kata Baik Keluar Rumah,
Minum Teh Tarik,
" Zambry, Teh Tarik Wo Ne!"
Apalagi, mengekeh la OM. Pusing punya pusing sampai petrol pun di bawah 'empty', sedar-sedar jam dah 5.30 pagi. Udara subuh pun dah sejuk kan keadaan, balik rumah slps solat subuh, OM baringkan diri untuk rehat beberapa jam kerana jam 9pagi dah kena follow 'Lawatan DS Nizar Ke Kg. Teluk dan Kg. Telaga Nenas' kubu kuat UMNO @ Manjung.
TNB, tolonglah buat sesuatu agar tidak terjadi lagi 'blackout' @ Manjung. Kita ada dua tapak besar Pusat Janakuasa, sekali-sekala takyah la jual kat orang luar, kita pun perlukan juga, lagipun kita bayar gak bil!!
1 comment:
teman pun kena jgk yob.. mengelupor takbole tido teman malam tu.. adoii
Post a Comment