ACARA KHAS DESAK BUBAR DUN PERAK

MALAYSIAKINI
Abdul Rahim Sabri Jun 6, 09 5:48pm

Perbahasan ucapan dasar presiden di muktamar PAS hari ini dihentikan selama sepuluh minit bagi membolehkan satu acara khas mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.Acara tersebut telah dilancarkan oleh timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa sambil diedarkan pengikat kepala berwarna hitam yang bertulis "bubarkan DUN".

Beberapa kali laungan takbir dan bubarkan DUN Perak bergema dari kalangan kira-kira 3,000 perwakilan di Stadium Malawati.Kemelut di Perak tercetus Februari lalu apabila tiga ADUN dari Pakatan Rakyat keluar parti menjadi calon bebas tetapi menyokong BN.Berikutan itu, BN bertindak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau dilantik untuk menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - menteri besar Pakatan.Isu tersebut kemudiannya diseret ke mahkamah untuk menentukan siapakah menteri besar Perak yang sah.Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar yang sah.Bagaimanapun, Zambry mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.


Khamis, 2009 Jun 04
Sekumpulan 17 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Perak menarik perhatian di muktamar dewan tersebut hari ini apabila mereka hadir berpakaian serba hitam bagi menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.Ada antara mereka yang turut memakai ikat kepala berwarna hitam yang bertulis 'Bubarkan DUN Perak'.

Kehadiran mereka turut menarik parhatian pengerusi tetap muktamar Dewan Pemuda PAS, Misbahul Munir Masduqi.Beliau secara berseloroh berkata: "Mengapa sekuriti di majlis kali ini begitu longgar...macam mana boleh benarkan mereka yang pakai hitam masuk ke majlis ini..."Selepas itu, barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang duduk di pentas turut memakai ikatan berwarna hitam di lengan masing-masing.Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh mengajak rakyat Perak dan orang muda memakai baju hitam setiap hari Sabtu sehingga DUN Perak dibubarkan.Menurutnya, satu perhimpunan kemuncak untuk mendesak pembubaran DUN Perak akan diadakan Ogos depan.Perak dilanda kemelut politik apabila BN mengambil alih kuasa di negeri itu daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.Ekoran itu, Perak mempunyai dua menteri besar - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan) dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir (BN)a.

Nizar kemudiannya membawa kes tersebut ke mahkamah untuk mendapat pengisytiharan menteri besar Perak yang sah.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.Bagaimanapun, Zambry telah merayu ke Mahkamah Ryuan yang kemudiannya mengisytiharkan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.
-malaysiakini-
OM : Terima Kasih dari kami kpd DPPP dan semua di muktamar PAS kerana prihatin dengan kemelut di Perak yang sehingga kini masih tidak ada tanda pembubaran DUN seperti kehendak rakyat. Suara kami disekat dan dirampas.

No comments:

My POST