LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 6 :SUMBANGAN SEGERA KPD MANGSA RIBUT DI BATU 8, LEKIR

Jumaat. 12.06.2009. Batu 8, Lekir. Selepas Majlis Taklimat, DS Nizar dimaklumkan penduduk ada mangsa Ribut yang melanda 3 minggu lepas masih tidak mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak-pihak berkenaan walaupun sudah menziarahi rumahnya.

Justeru, DS Nizar walaupun ada program yang hendak dilakukan tapi rakyat tetap didahulukan. OM tak dapat ikut ketika lawatan pada petang tapi OM diberitahu DS Nizar dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang telah memberi sumbangan segera bagi membaiki rumah yang hampir kehilangan bumbung lebih dari separuh rumah.

Keesokan harinya, bumbung baru telah dipasang oleh skuad Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang dengan kerjasama PAS cawangan Bt.8 serta penduduk dan jiran setempat. Kebetulan pada hari Ahad OM ada jemputan kenduri di Taman Wazir, Lekir jadi OM ambil kesempatan menjenguk rumah mangsa terbabit bersama OM Atan (X-Men) dan rakan cina, Sdr Yap.

Pertemuan kami dengan keluarga mangsa, beberapa info diperolehi di mana seorang anaknya mengalami 'sawan tarik' dan salah seorangnya juga mengalami sakit jantung. Sebelum ini, 3 anaknya meninggal dunia akibat sakit 'sawan tarik', namun Jabatan Kebajikan Masyarakat memandang sepi akan hal ini apa yang diluahkan kpd OM.

Bumbung baru telah dipasangkan dalam jangkamasa 4 jam sahaja secara bergotong royong diberitahukan kepada OM oleh jiran dan tuan rumah.



En. Azimi berterima kasih kepada DS Nizar dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang kerana mengambil tindakan segera. Dia memberitahu kami, sudah 3 minggu tidur menatap langit dan bernasib baik tidak ada hujan turun sepanjang ketiadaan bumbung. JKM sudah melawat dan berjanji akan ambil tindakan seberapa segera namun hingga hari ini tidak ada apa tindakan, datang pun tidak dah.




Isteri En. Azimi sangat gembira dan rasa syukur, dan kebetulan pada hari gotong royong itu pada malamnya hujan 'rahmat' pun turun.


Bumbung baru yang telah dipasangkan



Laporan dan Kad JKM telah ada, namun tiada bantuan JKM terhadap kesulitan yang dialami oleh anaknya.


Anak ini terlantar akibat sakit 'sawan tarik'.


Jiran En. Azimi ini juga menyertai kami apabila sedar kehadiran OM, sempatlah sembang2 dgn otai ni. Berbagai luahan otai ini kepada kami dan berasa seronok dapat bertemu OM. Otai ni jemput OM datang lagi ke halaman kampungnya untuk sembang2 di bawah pokok - sidang bawah pokok katanya! Gerakan orang-orang lama menentang kerajaan Zambry.

No comments:

My POST