LAWATAN DS NIZAR @ MANJUNG 5 : MINUM PETANG DI BATU 8, LEKIR

Jumaat. 12.06.2009. Batu 8, Lekir.

Sebelum ke Majlis Taklimat di Markas Bt8, DS Nizar menghadiri jemputan Majlis Perkahwinan penduduk Lekir ini yang akan berlangsung keesokan harinya yang tidak dapat dihadiri DS Nizar. Namun, dikesempatan programnya di Manjung dan sebagai tidak mengecewakan tuan rumah beliau hadir ketika penduduk sedang bergotong royong memasak untuk persiapan hari esok.



Seperti biasa DS Nizar menyapa dan bergurau dengan penduduk yang membantu bergotong royong.


Tuan Rumah bersama DS Nizar menjamah apa yang dihidangkan.


Sekitar diluar Markas Batu 8, Lekir bagi mendengar taklimat Pemimpin Rakyat.


Tayangan video Sidang DUN Perak 7 Mei versi Pakatan Rakyat dan versi UMNO juga ditayang bagi membolehkan hadirin melihatnya sendiri dan menilai secara terbuka. Bagi Che' Gun, kedua-duanya menunjukkan bagaimana UMNO menyalahgunakan institusi polis untuk kepentingan mereka, sebaliknya versi UMNO hanya ulasan Dr. zambry yang seolah-olah UMNO tidak berniat bertindak begitu. Rakyat tidak boleh diperdayakan lagi, justeru pihak PAS caw. Bt. 8 menayangkan kedua-duanya adalah satu tindakan yang bijak bagi kita melihatnya lebih jelas siapa yang berbohong akan peristiwa ini.


DS Nizar membuat catatan perkara yang dibincangkan dgn rakan seperjuangan


Pengerusi Majlis mengalu-alukan kehadiran DS Nizar dan para tetamu.


En. Hamidun bersama otai-otai Lekir


Antara orang kuat yang hadir pada majlis taklimat ringkas ini.


DS Nizar memulakan sesi ulasan penayangan kedua-dua versi video dan taklimat ringkas isu semasa.

GAMBAR HADIRIN YANG PENUH MINAT MENDENGAR TAKLIMAT DR DS NIZAR :
PERTEMUAN SULIT YANG DIKESAN CHE' GUN, DIPERCAYAI MEMBINCANGKAN ISU 'KERAJAAN PENYEMAIAN KEBENCIAN BUKAN PERPADUAN'

OM Man berbicara dengan Otai Lekir, Brader Sahak yang menghalau Dr. Zambry ketika melawat mangsa ribut di Lekir 2 minggu lepas. Isu ini mendapat perhatian Dr. Zambry yang mana dia mengaku akan peristiwa yang berlaku terhadapnya. Mendengar bicara OM Man dgn Brader Sahak ini, sekali lagi Brader Sahak menyatakan memang ada pihak yang'menyemaikan kebencian' dia terhadap Zambry yakni diri Zambry sendiri yang membuatkan dia marah malah membenci. "Saya ckp kat abang, benda ni bukan dirancang, tapi secara tak langsung dia dtg ke rumah tanpa minta izin dan menambahkan lagi kebenciannya, itu yg tersembur kemarahan dan halau dia dr rumah. Dia sendiri kena ingat la, bukan menyalahkan orang lain, kenapa terjadinya macam ni!!".


Gambar ni saja OM che'gun siarkan bagi mereka yang belum mengenali OM Man (sebelah kanan) yang selama ini lantang menyuarakan suara rakyat @ Manjung. Mungkin ramai yang tak tahu, terutama orang Manjung, OM Man cukup sinonim dengan UMNO tapi korang tgklah sendiri blog Otai Manjung yang baru di'create'kannya. Jgn mareee ya Man!!! Gambar di atas ni Man bersama penyokong kuat pakatan rakyat @ Lekir, kami panggil dia Kintan. Kalau g umah dia, boleh tgk keratan2 akhbar yang ditampal dalam bentuk rekabentuk dia sendiri.

No comments:

My POST