09 Jun 2009, Selasa. Selepas solat Isyak, beberapa 'sekutu OM' dijemput oleh sahabat kami di dalam PAS, Sdr Azam untuk menghadiri usrah oleh YDP PAS Lumut di Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung bagi mendapatkan penjelasan berkenaan 'Kerajaan Perpaduan'. Walaupun kami bukan jemaah PAS tapi sekadar diantara penyampai suara rakyat @ Manjung dan penyokong PAS, kehadiran kami dialu-alukan oleh YDP PAS dan jemaah lain. Terima Kasih di atas kerjasama ini dan diharap ia akan berterusan. Mohon maaf jika ada jemaah yang kurang senang dengan kehadiran kami, tapi usrah ini sedikit sebanyak memberi pemahaman tentang kerajaan perpaduan kpd kami sebagai orang luar PAS dan terjawab persoalan OM kpd YDP.
YDP PAS Lumut, Ustaz Hj Noh berjaya menerangkan perihal kekeliruan sesetengah pihak terhadap usul kerajaan perpaduan termasuk jemaah PAS. Penerangannya walaupun ringkas membuat para hadirin berfikir akan disebalik usul yang memeriahkan suasana terutama para blogger dan penyokong Pakatan Rakyat.
Umumnya, semua ketahui apabila usul ini dibangkitkan di muktamar baru2 ini oleh Tuan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, ada suara-suara yang kurang enak diluahkan malah ada komen 'pukulan maut' buat PAS dengan tidak akan mengundi untuk PAS jika terjadinya kerajaan perpaduan. Dan ada juga yang membantai para blogger dan ahli PAS yang menentang usul ini. Perbahasan Terbuka.
Tidak salah buat para blogger yang hanya memberi pandangan dan meluahkan apa yang terasa kata YDP PAS Lumut mengikut pandangan masing-masing. Namun, dinasihatkan para blogger dan media2 terutama media perdana (yang memesongkan isu sebenar) agar lebih memahami tentang asas perjuangan PAS. Malah jika dilihat dari segi usul itu sendiri tidak berkata kita akan bersatu dengan UMNO/BN, ia terbuka. Dari pandangan peribadi YDP sendiri, ia tidak mampu terlaksana dalam tempoh sekarang ini tambahan pula jika dirujuk kepada krisis yang melanda Perak.
Jemaah PAS Cawangan Seri Manjung dengan penuh harmoni dan kusyuk mendengar usrah
PAS terbuka bukan bermakna nak kerjasama dengan UMNO yang mana ramai menyalah anggap jika nak perpaduan mesti bersama UMNO. YDP mengibaratkan kpd jemaah bahawa pemimpin berada ditingkat teratas kita ini seperti ditingkat bawah, kiasannya Pemimpin dapat melihat dengan lebih luas dari ahli yang dibawah. Tapi bukan kata semua perfect, ada ahli yang nampak apa yang pemimpin tak nampak. Justeru itu PAS terbuka dan menerima setiap pandangan, bukan seperti UMNO, dalam golongannya pun kalau tentang maka akan gelaplah bintangnya malah ada yang terhumban.
Dlm usrah ini, beberapa jemaah ada memberi pandangan peribadi terhadap isu ini, ada yang berpendapat Presiden begitu bijak mengusulkan pada waktu ini atas alasan mengembalikan rakyat memikirkan sejenak akan usul ini, malah ia ibarat 'bom tangan' buat UMNO yang menyambutnya dengan tidak bersangka ia akan memusnahkan dirinya sendiri. Bagi jemaah ini ia adalah waktunya UMNO itu dimusnahkan.
Terdapat juga yang berpandangan mengibaratkan usul ini dengan kisah peristiwa 'Perjanjian Hubaidiah' yang mana ia kelamaan Islam akhirnya terserlah di Mekah.
Tak kurang juga, ada dikalangan jemaah yang melihat ia tidak seharusnya melihat usul ini akan memberi kebaikan dari segi politik masa ini kepada PAS, tambahan pula jika dilihat sejarah-sejarah sebelum ini PAS pernah dipermainkan bila mengadakan gabungan bersama UMNO, sejarah telah mengajar orang PAS bagaimana permainan kotor mereka, bila sokongan mereka makin kurang ketika itulah mahukan kerjasama dan bila senang 'no more' PAS. Seharusnya PAS lebih memikirkan permuafakatan diantara Pakatan Rakyat pada masa ini.
Jemaah juga diberi peluang untuk mengemukakan persoalan dan memberi pandangan secara peribadi.
YDP telah menerangkan bahawa apa jua luahan terhadap usul ini, mereka berpandukan kepada PAS-UMNO. Kenapa harus dilihat dari skop PAS-UMNO? Itulah harus difahami semua dan teliti apa 'isi sebenarnya'. Sedangkan semua tahu PAS memerangi UMNO, dan kerana ada UMNO lah usul ini tidak mampu dilaksanakan dalam masa ini. Dan kematangan para pemimpin dan ahli PAS juga belum cukup matang untuk melaksanakan usul ini.
Pendirian pihak OM, kami tetap menyokong sepenuhnya pergerakan PAS terutamanya di Seri Manjung, Dun Pasir Panjang dan Daerah Manjung atas dasar perjuangan PAS yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang dinaungi Ulama'. Sifat 'NO MORE UMNO' itulah yang pihak OM melontarkan luahan ketidak puasan hati terhadap usul kerajaan perpaduan di sini.
Dikesempatan ini atas jemputan ke usrah ini, OM berterima kasih kepada pihak-pihak yang memberi kerjasama seperti Ketua Cawangan, Abg Man, sahabat OM dlm PAS, Sdr Azam dan Pak Itam, YDP PAS Lumut, Ustaz Hj Noh, Penyelia Dun Pasir Panjang, En. Hamidun (yang banyak memberi galakan kepada gerakan OM)serta ADUN Pasir Panjang, DS Nizar serta seluruh jemaah PAS Cawangan Seri Manjung dan perseorangan yang tidak disebut disini. Dan tak lupa juga kepada Brader Otai kami, Manjung Mari yang menjadi salah satu rujukan kami kerana ada persefahaman yang boleh dikongsikan.
Kami akan terus bersuara dan menyampaikan suara-suara rakyat @ Manjung.
1 comment:
bro,
pendapat bro camna?
kenapa tak buat je UG ni dlm PR?
Post a Comment