KEHIJAUAN PERAK KIAN HILANG DEK ZAMBRY & RETORIK UMNO PEJUANG MELAYU, POODAH!


Kisah warta HUTAN SIMPANAN KEKAL yang diMANSUHkan oleh Kerajaan Negeri melalui Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta313), WWF menyatakan kemusnahan hutan Malaysia kini tahap PALING MEMBIMBANGKAN (Jumaat 10 jun 2011).

ZAMBRY & CO. LANGGAR AKTA PERHUTANAN NEGARA,
HUTAN MCM MAK BAPAK DEPA YG PUNYA!

Justeru gua ingin berkongsi bersama Sahabat Alam Malaysia, Pelajar USM dan team Lensa Masyarakat menyungkil satu darinya yakni al-kisah Pentadbiran Perhutanan Daerah (Daerah Hutan) Perak Selatan, Hutan Simpan Gunung Besout, jenis Hutan Dipterokap Pamah dimansuhkan skala keluasan 3,178.14 hektar pada 9 Disember 2010 untuk tujuan perladangan (Mgkin Kelapa Sawit), namun dari sebahagian keluasan itu juga iaitu "1,011.7 HEKTAR (2500 EKAR) DIBERIKAN KEPADA MASYARAKAT CINA (MCA) UNTUK TANGGUNGAN 9 BUAH SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA (SWASTA) OLEH SYARIKAT SEMANGAT SUWA SDN BHD (CHAIRMAN: Tan Hau Swee )".

Gua selitkan di sini petikan Perak Today: Semangat Suwa Sdn Bhd adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan 1,012 hektar tanah yang diperuntukkan kepada sembilan sekolah persendirian Cina.

Nota: Gua takde masalah jika nak bagi mana-mana bangsa sekalipun untuk mendirikan sekolah tapi janganlah RETORIK perjuangan UMNO itu yg begitu marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yg memberi tanah kepada sekolah Cina, ia kan untuk pendidikan tapi gua tak boleh terima sebab Zambry bagi Hutan Simpan Kekal! Apa kejadah bagi tanah hutan Simpan kekal, oooohh, ya! untuk cuci kawasan sudah tentu balak terpaksa ditumbangkan dan dapat dijual, hasil jualan tong-tong yaaaaaaa! bijak-bijak bijak, harta rakyat lu orang buat macam harta mak bapak lu orang! Woit! akta yg lu orang pakai tukar status hutan itu betul tapi perenggan selepasnya lu orang tak baca dan tiada tindakan iaitu kerajaan WAJIB menggantikan yakni mewartakan Hutan kawasan lain ikut luas yg lu orang tibai!

Simpulan: Kerajaan Zambry gagal urus Hutan Simpan & Umno Perak retorik semata-mata perjuangkan tanah melayu! teluk rubiah 1,285 hektar dapat ke Brazil, jelas umno terus diperbodohkan! Terima kasih UMNO & BN!

82,000 MOHON KERAJAAN ZAMBRY SELAMATKAN TEMENGOR!



Harapan Pencinta Alam Malasysia, namun jika perhatikan data terbaru (akan menyusul dlm blog ini) rekod Kerajaan di bawah Zambry telah menarik keluarkan pewartaan HUTAN SIMPAN KEKAL sedikit demi sedikit mengikut AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 (Akta 313), WWF menyatakan kemusnahan Hutan Malaysia kini tahap PALING MEMBIMBANGKAN (kenyataan dlm Berita Harian Jumaat 10 Jun 2011). Yg mana mereka keluarkan status HS tapi tidak digantikan spt termaktub dlm akta itu! Hmmmmm, ada harapan ke Zambry & Co. dengar rintihan ini? Akan menyusul, pembongkaran HS Kekal yg kian hilang di Bumi Perak!

Over 82,000 ask Perak Govt to save Temenggor.

IPOH: A petition with 82,715 signatures to save the Temenggor Forest Reserve has been handed over to the state government.

The campaign initiated by the Malaysian Nature Society (MNS) together with its partner The Body Shop Malaysia had collected the signatures for six months since April last year.

The collective signatures were from The Body Shop customers obtained through physical and online petitions and handed over to state Tourism Committee chairman Datuk Hamidah Osman at the state secretariat building yesterday.

MNS president Assoc Prof Dr Maketab Mohamed, in his speech, said the Save Temenggor campaign, originally launched in 2006, was pursued after the Royal Belum State Park was gazetted in 2007.

He said only a third of the forest reserve was protected and the remaining two-thirds remained vulnerable to a host of threats particularly logging and poaching activities.

He said the 300,000ha Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) was the country's pride and at 130 million years old, it was older than the Amazon and the Congo Basins.

“We will continue to reiterate our stand in advocating for Temenggor to be safeguarded in preserving the integrity of the BTFC as an intact forest landscape,” he said.

At a press conference later, Hamidah said she would bring up the matter at the next state executive councillors meeting to pass the message to Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hamidah said the state government was also concerned about preserving the forest and hoped to come up with a win-win situation for the betterment of all parties.

She said the state government was aware of illegal logging being carried out and had instructed the relevant authorities to enhance enforcement activities and to closely monitor the situation.

Source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F6%2F17%2Fnation%2F8916482&sec=nation

ZAMBRY & CO.: SYARIKAT RM100 PROJEK RM5.8B, LAPORAN EIA MANA?

ANOTHER DESTRUCTION PROJECT IN SEGARI, MANJUNG!

EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dibawah DS Zambry Abd Kadir telah meluluskan tanah 150 ekar kepada syarikat Ati Gas yang hanya punyai modal berbayar RM100.00 sahaja pada Mei, 2011 untuk stor gas asli di SEGARI Manjung bernilai RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Rakyat mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.Rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftar mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Manjung sebagai Bandar Pelancongan & Maritime!

Jelas lagi Menteri Pelancongan DS Ng Yen Yen Curi Curi Wang Malaysia juga tidak pertahankan kawasan yang hampir dan berada di daerah Pelancongan Antarabangsa yg selama ini diam seribu bahasa kehilangan Teluk Rubiah sbg Zon Pelancungan! No more Tourism for Manjung, it's HEAVY INDUSTRIAL CITY!

Full Story: http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11959
Video Penyu di Segari: http://www.facebook.com/video/video.php?v=163935040305095 (By Madzamtoklah Madzam)

KUBUR RUBIAH RUYUP DEK ZAMBRY, UMNO & VALE !


Ini sedutan dari isu PEMINDAHAN KUBUR ISLAM TELUK RUBIAH.

Gua dah jumpa Tok Sidang itu padahal gua tak tahupun siapa yg minta duit kopi itu, Pegawai Vale yg beritahu! Tok Sidang tak boleh lena 3 hari 3 malam dek kerana rakaman ini! Tok Sidang juga beritahu gua, Dr. Azizah Ketua Wanita UMNO LUMUT merangkap Penyelaras DUN Pasir Panjang pun tak tahu menahu pasal pemindahan ini, jelas tak buat kerja! Pegawai Vale cuba berjumpa gua untuk ambil tindakan ke atas Pegawainya itu tapi gua ralat kerana Vale tidak merakyatkan projek mereka yg berjalan secara senyap dan membelakangkan penduduk tempatan, gua tolak untuk bekerjasama.

Justeru dari video ini apalagi yg boleh gua harapkan dari UMNO LUMUT untuk bersama menyelamatkan Teluk Rubiah! (http://facebook.com/SaveTelukRubiah). Bantah ada makna ya!?! UMNO LUMUT tolong jawab sat! Oh lupe, tok sidang itu kampungnya ada orang buat rumah atas jalan! link: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1394221391542.41654.1712422991

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Masyarakat di www.lensamasyarakat.blogspot.com

CERAMAH MAN KADIR aka PAK JABIT (HANTU KAK LIMAH)

27.05.2011, Markas Pasir Panjang, Manjung.

Sdr Man Kadir lebih dikenali Pak Jabit pemilik Warung dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, selepas bertemu sahabat dan ahli di Pangkor pada 23.05.2011 Pak Jabit sekali lagi memenuhi undangan Ceramah di Pasir Panjang dibawah DUN DS Nizar Jamaluddin dalam siri jelajah Perak.



Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.lensamasyarakat.blogspot.com

PERASMIAN MARKAS SG WANGI : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

30.05.2011, Markas PAS Sg. Wangi, Ayer Tawar.

Perasmian Markas Baru Cawangan Sg. Wangi, Ayer Tawar dilancarkan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Jemputan Ceramah: Tn Hj Noh Ahmad (YDP PAS Lumut) - SIRI1/5, Laksma (B) Tuan Hj Mohd Imran (PAS Lumut) - SIRI2/5, Raja Iskandar (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak) - SIRI3/5, DS Nizar Jamaluddin - SIRI4/5 dan Dato' Tuan Ibrahim SIRI5/5.












Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Masyarakat di www.lensamasyarakat.blogspot.com

DS NIZAR: SANTAI SG PARIT, PASIR PANJANG


24.05.2011, Warung Yunus, Sg Parit Pasir Panjang.

Santai Minum Petang bersama warga Sg Parit untuk mendengar sendiri isu terkini yang melanda umat Malaysia oleh hujah Adun mereka sendiri, DS Mohammad Nizar Jamaluddin. Turut hadir Laksma (B) Tn Hj Imran.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

WAK NG SUEE LIM vs USTAZAH UMI HAFILDA Di LEKIR

16.05.2011, Batu 8, Lekir.

Ceramah Terbaru Ummi Hafilda Di Lekir anjuran Umno Lekir / Lumut, skrip berulang dan boleh didapati di mana-mana ceramahnya seantero perkampungan melayu, untuk skrip ceramah penuhnya boleh layari youtube taip ummi hafilda. Memadai gua keluarkan video ini dan Wak perjelaskan apa isi kandung setiap ceramah Ummi Hafilda . Kebetulan Wak juga berceramah di Lekir minggu lepas. Gua tak mahu terbabit dalam menyebarkan benda yang tidak pasti dan bersekongkol dengan politik jijik dan lucah! Jika gua bagi full version, maka akan terkeluarlah cerita hikayat bomoh DSAI vs bomoh Ummi & Azizan (U&A) di dalam mahkamah yang berbunyi,"Apabila bomoh U&A nampak bomoh DSAI geser batu, maka bomoh U&A bertindak melawan dengan hanya menggeserkan TELORnya!?! Kalahlah jua bomoh DSAI!"........justeru ia tak layak utk melapasi FINAS apatahlagi OM TubeVision! Mungkin TV3suku akan ambil filem itu sebagai pemangkin Negara Lucah! Isu baru yang disentuh adalah Pandy Kutty Najib, itu aje! Lepas tu terlupa plak Surah!

Ceramah yang tidak membantu gua untuk mendekati Umno! Simpulan mudah, Anwar Ibrahim teruk gila, Mahathir mulia gila bagi Perempuan Gila itu! Tuan Guru pun kena smash, muka macam Chin Peng! hmmmmmmmmmmmm, kata umno takde ceramah maki kutuk orang sudahnya sejam lebih, isinya tetap lucah. Ingatkan nak terangkan kenapa gula naik, minyak naik dan macamana nak bantu orang kampung atasinya, rupenya ini semua kerja orang gila punya! Back to 1998, ia kembali ke belakang, tak mahu belajar! Btw, nasib baik ceramah Umno, kalau PR dah lenjun gua semalam, nasib khemah dipasang dan berkipas! Walau pun terpaksa berdiri sebab PENUH GILA bai, khemah 20 kaki x 20 kaki x 4 buah penuh duduk atas kerusi! Itu belum masuk yang duk celah bedah bawah pokok dan rumah-rumah orang..dasyaaaaattttt! Gua lari sat ke belakang isap rokok, laaaaa...ramai pulak rupanya yg celah bedah dalam kegelapan itu gua kenal, orang PR.....wakakakaaaa! patut la ada bunyi-bunyian masa my lovely ustazah ummi hafilda bermadah! Korang janganlah marah dia, sayang gua tuuu after bigmama! Kerana sayangkannya, gua syorkan Ummi Hafilda yang lupa Surah, bawalah rujukan seperti Wak Ng rujuk Tafsiran.
Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

DS NIZAR: FITNAH ANWAR, ANJING GEMUK, UTUSEKS, EXCO PERAK RASUAH, I LOVE U YB


DSN memenuhi jemputan 'tokey-tokey kedai' sekitar Lumut baik berbangsa Cina, Melayu dan India. DSN dalam ucapannya banyak berkisarkan isu-isu terkini.


Peniaga berhampiran jeti Lumut - Pangkor mengadu permasalahan yang mereka hadapi, ini adalah salah satu masalah yg diadukan yakni Surau untuk pelancong Muslim yang menunggu feri yang bercampur lelaki dan perempuan, ia agak tidak selesa bagi pengunjung walhal Manjung adalah Bandar Pelancongan. Seharusnya pihak berkenaan mementingkan perkara yang berkaitan ini dan keagamaan terutamanya. Hal ini telah berlanjutan lama dan pernah diadukan, namun tiada sebarang tindakan dari Pihak berwajib!



Antara Tuan Kedai berdekatan jeti ke Pangkor sempat bergambar bersama DSN berlatar belakangkan signboard kedainya "HASIL LAUT JAMILAH". Sebelum berpisah sempat mengucapkan I LOVE U YB!.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

DSAI: VIDEO SEKITAR HALANGAN DI PANGKOR, CERAMAH DI TELUK RUBIAH.

23.04.2011, Pulau Pangkor, Perak.


Ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pangkor.


Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor.


Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.


BHGN 4/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Dato Seri Anwar Ibrahim mengakhiri Program sekitar Manjung dengan ceramahnya di Teluk Rubiah yang dihadiri ribuan penduduk.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

DS NIZAR: TAZKIRAH MAGHRIB SURAU FASA 1E, SERI MANJUNG


13.05.2011, Surau Fasa 1E, Seri Manjung.

DS Nizar memenuhi jemputan J/kuasa Surau Fasa 1E untuk memberi tazkirah berkaitan isu-isu kehidupan umat Malaysia terkini.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

TERTUNDA: CERAMAH MAT SABU Di LEKIR


10.05.2011, Batu 12 Lekir, Manjung.

Ceramah dimulakan oleh Hj Misbah Munir, namun tidak sempat rakam penuh. Penceramah kedua oleh YB Ng Suee Lim selaku ADUN Sekinchan, Selangor yang lebih dikenali sebagai Wak Ng Suee Lim atau Cina Jawa. Dan Hj Mohamad Sabu mengakhiri ceramah malam tersebut.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH 'WAK' NG SUEE LIM Di LEKIR


10.05.2011, Batu 12 Lekir, Manjung.

Ceramah dimulakan oleh Hj Misbah Munir, namun tidak sempat rakam penuh. Penceramah kedua oleh YB Ng Suee Lim selaku ADUN Sekinchan, Selangor yang lebih dikenali sebagai Wak Ng Suee Lim atau Cina Jawa.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH 'WAK' NG SUEE LIM Di TELUK RUBIAH


BHGN 3/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

YB Ng Suee Lim, Adun Sekinchan dan juga Setiausaha Pemuda DAP Selangor juga dijemput berceramah di Teluk Rubiah sempena program Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar Manjung.


Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH DRS KHALIL IDHAM LIM Di TELUK RUBIAH


BHGN 2/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Drs Khalil Idham Lim juga dijemput berceramah di Teluk Rubiah sempena program Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar Manjung.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH NUR MANUTY PKR PERAK Di TELUK RUBIAH


BHGN 1/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Ucapan Ringkas Ketua PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty yang turut dalam program Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar Manjung.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN. Link: http://otai-manjung.blogspot.com/2011/05/tertunda-ds-anwar-ibrahim-di-surau.html

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: DS ANWAR IBRAHIM DI SURAU MADAH MANJUNG.


23.04.2011, Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung, Perak.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.


Jamaah menyambut ketibaan DSAI

Sebelum itu, DSAI ke Pulau Pangkor yang mana gerombolan DSAI pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.

Lencong ke Jeti Sg Pinang kecil Pangkor, Link 1: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1357272427841Link
Sambutan Penduduk Pangkor, Link 2 : http://www.facebook.com/video/video.php?v=1358331574319

Ceramah Penuh di Pangkor, Link 3 : http://www.youtube.com/watch?v=5KGSxaWVt0k

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH NUR MANUTY PKR PERAK Di PANGKOR.

23.04.2011, Pulau Pangkor, Perak.

Ucapan Ketua PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty.

Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.



Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

SIARAN TERTUNDA: TUKAR TIUB, MOTIF VIDEO SEKS

21.04.2011, Seri Manjung.

Wacana Santai Bersama Sdr Hishamuddin Rais Blogger Tukar Tiub (http://tukartiub.blogspot.com/) bersama Sdr Khairul Anuar Timbalan Ketua AMK Malaysia, anjuran AMK 'GRAGUK' Lumut di bawah Sdr Khairil Azhar Timbalan Ketua AMK Perak.



Pandangan terbuka kaitannya Politik Antarabangsa dengan Politik Tanah Air, isu yang harus diperlihatkan yang mana ia melibatkan pembabitan pemimpin politik tanah air. Justeru, isu terkini yang panas perihal video seks yang diluar jangkaan politik yang memusnahkan kredibiliti politik tanah air, politik songsang ini hanyalah mahu mengekalkan kuasa jahat. Matlamatnya hanya mahukan PAS sebagai Parti TERKUKUH dalam Pakatan Rakyat agar meninggalkan PR, ini kerana Pakatan Rakyat akan kukuh selagi PAS bersama Pakatan.

Wacana ini berlangsung seminggu sebelumnya berlaku kerosakan Institusi Islam oleh Trio yang melakukan 'SUMPAH LAKNAT' yang tersasar dalam Syariat Islam kerana menuduh dan membabitkan orang lain, sedangkan ia hanya untuk bermatlamat untuk membela tertuduh. 2 - 3 hari ini, jelas motif yang dibincangkan dan diutarakan benar terjadi yang mana pelawaaan PAS bersama BN oleh Bapak Perdana Menteri. Lebih mengelirukan hari ini (30.04.2011) menolak PAS ke dalam BN kerana memperjuangkan Islam, beerti bukanlah DAP tidak menerima konsep perjuangan PAS malah MCA yang penuh rasisnya turut mengugut BN sekiranya PKR boleh berjuang menghapuskan keistimewaan Bumiputra & Melayu khususnya, Presiden akan memberi undi kepada PKR. Tapi ditolak oleh PKR dan disambut sinis yang mana sepatutnya MCA cadangkan kepada rakan BNnya bukan PR.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

ZAMBRY & UMNO GADAI KUBUR ISLAM & TANAH RIZAB MELAYU TELUK RUBIAH

15.04.2011, Tanah Perkuburan Islam Teluk Rubiah, Seri Manjung.

Sisipan dari isu Lokasi Kilang Bijih Besi Vale, Brazil di Teluk Rubiah: SAVE TELUK RUBIAH!

Setelah mendapat kelulusan dari Pejabat Daerah Manjung untuk membenarkan waris-waris, krew OM mengikuti operasi pemindahan tanah kubur ke lokasi yang disediakan (sebelum ini Syarikat tidak bertanggungjawab tapak baru, namun setelah dibincangkan Syarikat akur agar tidak menjadi satu kekangan). Namun walaupun tersenarai dalam kebenaran, akhirnya pihak 'operasi' tidak membenarkan ikuti, justeru ditunjukkan surat kebenaran, dan diasak atas keputusan itu akhirnya dibenarkan seramai 5 orang dari 10 orang yg diluluskan. Persoalannya siapa yang tidak patuhi undang-undang dan siapa yg berhak ke atas undang-undang? Jelas kuasa Pegawai Daerah sekadar tunduk kepada keputusan pihak luar.

Isu kontravasi yang mendapat perhatian Umat Islam sekitar Manjung dan Penduduk berdekatan. Semalam di Kg. Dato Seri Kamaruddin membuat bantahan pemindahan tapak kubur dalam mempertahankan maruah umat Islam dalam memorandum kepada YB Dato' Seri Zambry Kadir, namun ia sudah terlewat. Bahkan dimaklumkan beberapa JKKKKKK Kampung juga agak terkilan apabila tatacara kelulusan pemindahan tidak merujuk kepada penduduk asal serta waris-waris, ia menikus dalam merencanakan pemindahan ini yang mana sebelum ini ada seorang wakil kampung berdekatan tidak dibenarkan menziarahi tanah perkuburan yang bakal dipindahkan dan dihalang secara angkuh oleh pihak pengurusan yang mewakili Syarikat Bijih Besi (Vale International, Brazil).

Pihak Pengurusan Teluk Rubiah, telah mengumumkan disaat-saat akhir memberi kelulusan untuk melawat pada hari ini (15.04.2011) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tghari setelah mendapat bantahan orang ramai.

Ketika lawatan Krew OM / Lensa Masyarakat bersama beberapa wakil penduduk dan wakil Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, dihadiri satu-satunya keluarga dari Lasah Sg. Siput sebagai Waris. Waris agak terkilan kerana tidak dimaklumkan secara rasmi, perkhabaran hanya diketahui semalam (14.04.2011) dari sanak saudaranya yang menetap di kampung berdekatan Teluk Rubiah. Ikuti SEMBANG WARIS:

Bahagian 1 - Ziarah Pagi


Bahagian 2 - Ziarah Pagi


Bahagian 3 - Operasi Pindah

Gambar di ZIARAH PAGI dan OPERASI PINDAH

JOM IMBAS KEMBALI TANAH RIZAB MELAYU TELUK RUBIAH YANG TELAH TERGADAI! (Maaf, bukan gua nak bangkitkan isu rasis, gua anti rasis! tapi gua mahu bagi sedar itu pejuang kebangsaan melayu yang bagai nak rak kalau tanahnya tergadai, jelas ia hanya perjuangan retorik semata-mata, suck racism!). Ini bukan isu RASIS, ia Negara yang tergadai! Ikuti Faktanya:-

FAKTA YANG PERLU DI KETAHUI MENGENAI EKSPLOITASI GUNA-TANAH
KAWASAN CADANGAN PROJEK DAN PERSEKITARANNYA
(CADANGAN PROJEK KILANG MEMPROSES BIJIH BESI OLEH
SYARIKAT VALE INTERNATIONAL SA DI TELUK RUBIAH, DAERAH MANJUNG, PERAK)




Pada asalnya keseluruhan kawasan cadangan projek dan persekitarannya ialah sebuah kampung tradisional nelayan yang dikenali sebagai Kampung Teluk Rabiah yang berstatus Tanah Rizab Melayu (Malay Reserve) dan juga sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh (Teluk Muroh Forest Reserve).

Eksploitasi keseluruhan kampung tradisional nelayan Kampung Teluk Rabiah dan sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh bermula pada tahun 1983 apabila Kerajaan Negeri bercadang kawasan tersebut dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial khususnya pelancongan mewah.

Untuk memajukan pembangunan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengguna-pakai peruntukan perundangan mengikut Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (No Warta: 264 - Tarikh Penyiaran Warta: 17 Mac 1983) bagi maksud Projek Pelancongan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam kawasan Teluk Batak / Teluk Rubiah, Mukim Lumut, Daerah Dinding, Perak.

Sebahagian daripada HS Teluk Muroh pula telah dimansuhkan penwartaannya sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas kira-kira 487 hektar iaitu daripadanya seluas 274 hektar diberi milik kepada PKNP dan seluas 213 hektar lagi masih berstatus Tanah Kerajaan (No Warta: 1112 - Tarikh Penyiaran Warta: 29 September 1988).

Bagaimanapun kawasan seluas 350 hektar daripada 487 hektar HS Teluk Muroh yang telah dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK dijadikan sebagai padang golf dan ‘resort’ serta banglo yang dikenali sebagai ‘Teluk Rubiah Country Club’ dan ‘Teluk Rubiah Resort’.

Mengikut dokumentasi Jabatan Perhutanan, keluasan asal keseluruhan HS Teluk Muroh semasa ditubuhkan pada 26 Oktober 1948 ialah 917.93 hektar. Baki HS Teluk Muroh yang masih ada setelah sebahagian dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK ialah seluas kira-kira 430.93 hektar.

HS Teluk Muroh pernah dikelaskan sebagai Hutan Simpanan Dara (VJR) mengikut Seksyen 10 (g), Akta Perhutanan Negara 1984. Sejenis spesies palma yang terancam (Phoenix paladosa) juga telah ditemui berhampiran kawasan cadangan projek (berhampiran Loji Janakuasa Manjung).

Malah mengikut ulasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Perak (Jab PERHILITAN Negeri Perak) pula, kawasan cadangan projek masih kaya dengan pelbagai fauna dan avifauna dan kebanyakannya dilindungi mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Oleh kerana keseluruhan kawasan Kampung Teluk Rabiah dan persekitarannya dicadangkan untuk tujuan pembangunan komersial (pelancongan mewah), Kerajaan Negeri telah memansuh Rizab Melayu Teluk Rabiah seluas kira-kira 163 hektar mengikut Seksyen 4 (i)(b), Enakmen Rizab Melayu (No Warta: 738 - Tarikh Penyiaran Warta: 20 Julai 1989).

Semua penduduk kampung tersebut telah berhijrah ke tempat-tempat lain terutama di sekitar Daerah Manjung. Penghijrahan penduduk dari Kampung Teluk Rabiah dibayar pampasan dan diberi penempatan baru atau mereka sendiri yang berhijrah kerana bertujuan mengubah penghidupan yang lebih baik.

Manakala tanah perkuburan yang ada di bekas Kampung Teluk Rabiah juga dipindahkan.

Apabila sebahagian HS Teluk Muroh yang dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK mula dieksploitasi (dibalak) pada tahun 2001, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak telah menyuarakan bantahan kepada Kerajaan Negeri kerana kawasan tersebut pada keseluruhannya ialah Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

Bantahan tersebut disokong oleh beberapa NGO lain dan Sekolah Membina Semangat Malaysia (OBS Malaysia) termasuk Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Kesungguhan dan usaha menyelamat sebahagian HS Teluk Muroh daripada dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK oleh NGO yang berkenaan dan sokongan beberapa NGO dan pihak lain, menyebabkan Kerajaan Negeri mewartakan semula sebagai HSK sebahagian yang dimansuhkan seluas hanya kira-kira 89.83 hektar (No Warta 746 - Tarikh Penyiaran Warta: 28 April 2004). Kini keluasan keseluruhan HS Teluk Muroh ialah kira-kira 520.76 hektar.

Keluasan HS Teluk Muroh semakin berkurangan apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah meluluskan pemansuhan sebahagian lagi hutan simpan tersebut seluas kira-kira 121.16 hektar pada 6 Januari 2010.

Oleh kerana sebahagian guna-tanah semasa kawasan cadangan projek dan persekitarannya masih dilitupi kawasan semula-jadi (lebih 400 hektar kawasan cadangan projek adalah guna-tanah hutan - hutan primer dan hutan sekunder jenis hutan bukit pantai) dan pantai yang tidak terganggu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mewartakan (sebelum cadangan projek ini) sebagai Zon Pelancongan dan kawasan perumahan berkepadatan rendah.

Tetapi pada 23 Februari 2010 Kerajaan Negeri telah mewartakan pengubahan zon daripada Zon Pelancongan kepada Zon Perindustrian tanpa mengambil-kira ulasan dan bantahan berbagai pihak dan ‘stakeholder’ yang berkepentingan semata-mata untuk cadangan projek tersebut.

Harap maklum.

Disediakan oleh,
Sahabat Alam Malaysia.

Apakata Webmaster Pulau-Pangkor.Com:

The Future of the Pangkor mainland area


Artikel Yang berkenaan:-
1. Sempadan Teluk Rubiah & Teluk Batik Yang Tergadai: http://www.facebook.com/album.php?fbid=205096186169229&id=167668853245296&aid=54433

2. Dihalau Oleh Warga Asing di Bumi Sendiri: http://www.facebook.com/notes/mohd-syafri-rokok/di-halau-oleh-bangsa-asing-di-bumi-sendiri-selamatkan-teluk-rubiah-dari-kerakusa/10150201529806774

3. Tapak Perkuburan Islam Teluk Rubiah Yg Terjual & Akan Dipindahkan: http://www.facebook.com/album.php?fbid=1343898253495&id=1712422991&aid=36963

4. Artikel, gambar & video penuh: http://facebook.com/SaveTelukRubiah

DINNER & MESYUARAT AGUNG PAS S'WAN BARAT 2011

31.03.2011, Horizon Garden Restaurant, Seri Manjung. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sitiawan Barat Tahun 2011 di rasmikan oleh YDP Lumut, Tn Hj Noh Bin Ahmad. Pemilihan berjalan lancar dan menerima masuk Ahli Baru bagi cawangan Sitiawan Barat.

Sekitar Majlis Makan Malam & Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sitiawan Barat 2011.
Lensa Fawi di PAS SITIAWAN BARAT

Ucapan Aluan Ketua PAS Cawangan Sitiawan Barat, Laksamana Pertama (B) Tn. Hj. Mohamad Imran Bin Hj. Abd Hamid sebelum pembubaran Jawatan Kuasa sedia ada.

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Noh Bin Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Lumut.

Berikut adalah Jawatan Kuasa Yang Terpilih sessi 2011-2013 :-
KETUA CAWANGAN: Laksmana Pertama (B) Tn Hj Mohamad Imran
NAIB KETUA CAWANGAN: Hj. Rahim
SETIAUSAHA: En. Muhammad Huda
BENDAHARI: Hj. Jamaluddin
KETUA PENERANGAN: Hj. Ahmad Fuad
KETUA J/KUASA PEMUDA: En. Ismail
KETUA J/KUASA MUSLIMAT: Hjh. Che Saliha
AHLI JAWATAN KUASA:
- Hj. Shahruddin
- Hj. Sa'im
- En. Ahmad Nazri
- Hj. Aminuddin
- YM Raja Zailani
- En. Norizat
- Hj. Roslan
- Hj. Ahmad Saifuddin
- Pn. Radiatul
- Hjh. Ishrat
- Hjh Rohani

*Sumber dari rakaman video, jika ada kesalahan adalah tidak disengajakan. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN, MOGA DIRAHMATI ALLAH!

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

DINNER PKR LUMUT; UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA

26.03.2011, Dewan Lido, Sitiawan.


Majlis Makan Malam Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia anjuran PKR Cabang lumut yang bertujuan mengutip dana, menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan, Penghargaan kepada Perjuangan J/Kuasa PKR Lumut terdahulu dan kini serta Ucapan Penerangan isu-isu semasa dalam pelbagai bahasa oleh:-





Sdr Khairil Azhar - Timbalan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.


MP Shanmugan - Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak merangkap Ketua Cabang PKR Lumut.


Dr. Shanmugan - AJK PKR Pusat merangkap Timbalan Cabang PKR Lumut.


Dato' Ngeh Koo Ham - Ahli Parlimen Beruas merangkap ADUN Sitiawan dan Pengerusi DAP Perak.


YB Kesavan - ADUN Hutan Melintang merangkap Ahli Majlis MPP PKR Pusat.


Dr. Mohd Nur Manuty - Pengerusi PKR Negeri Perak.


Dr. Khairudin Dato' Abd Malik - Timbalan Pesuruhjaya 2 Negeri Perak.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar