Showing posts with label DUN PERAK. Show all posts
Showing posts with label DUN PERAK. Show all posts

KEHIJAUAN PERAK KIAN HILANG DEK ZAMBRY & RETORIK UMNO PEJUANG MELAYU, POODAH!


Kisah warta HUTAN SIMPANAN KEKAL yang diMANSUHkan oleh Kerajaan Negeri melalui Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta313), WWF menyatakan kemusnahan hutan Malaysia kini tahap PALING MEMBIMBANGKAN (Jumaat 10 jun 2011).

ZAMBRY & CO. LANGGAR AKTA PERHUTANAN NEGARA,
HUTAN MCM MAK BAPAK DEPA YG PUNYA!

Justeru gua ingin berkongsi bersama Sahabat Alam Malaysia, Pelajar USM dan team Lensa Masyarakat menyungkil satu darinya yakni al-kisah Pentadbiran Perhutanan Daerah (Daerah Hutan) Perak Selatan, Hutan Simpan Gunung Besout, jenis Hutan Dipterokap Pamah dimansuhkan skala keluasan 3,178.14 hektar pada 9 Disember 2010 untuk tujuan perladangan (Mgkin Kelapa Sawit), namun dari sebahagian keluasan itu juga iaitu "1,011.7 HEKTAR (2500 EKAR) DIBERIKAN KEPADA MASYARAKAT CINA (MCA) UNTUK TANGGUNGAN 9 BUAH SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA (SWASTA) OLEH SYARIKAT SEMANGAT SUWA SDN BHD (CHAIRMAN: Tan Hau Swee )".

Gua selitkan di sini petikan Perak Today: Semangat Suwa Sdn Bhd adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan 1,012 hektar tanah yang diperuntukkan kepada sembilan sekolah persendirian Cina.

Nota: Gua takde masalah jika nak bagi mana-mana bangsa sekalipun untuk mendirikan sekolah tapi janganlah RETORIK perjuangan UMNO itu yg begitu marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yg memberi tanah kepada sekolah Cina, ia kan untuk pendidikan tapi gua tak boleh terima sebab Zambry bagi Hutan Simpan Kekal! Apa kejadah bagi tanah hutan Simpan kekal, oooohh, ya! untuk cuci kawasan sudah tentu balak terpaksa ditumbangkan dan dapat dijual, hasil jualan tong-tong yaaaaaaa! bijak-bijak bijak, harta rakyat lu orang buat macam harta mak bapak lu orang! Woit! akta yg lu orang pakai tukar status hutan itu betul tapi perenggan selepasnya lu orang tak baca dan tiada tindakan iaitu kerajaan WAJIB menggantikan yakni mewartakan Hutan kawasan lain ikut luas yg lu orang tibai!

Simpulan: Kerajaan Zambry gagal urus Hutan Simpan & Umno Perak retorik semata-mata perjuangkan tanah melayu! teluk rubiah 1,285 hektar dapat ke Brazil, jelas umno terus diperbodohkan! Terima kasih UMNO & BN!

PAKATAN BEBAS

17.06.2010
OMan

Perak Darul Kartun @ Katak: Renungkan bersama apa yang terjadi pada pemimpin-pemimpin pilihan rakyat di dalam Pakatan Rakyat yang melompat menjadi BEBAS. Kita semua sudah sedia maklum, segalanya berpunca dari duit yang sebati dalam politik UMNO dan BN.

Kita dah tahu dan tahu dan tahu, namun apakah jaringan atau tindakan yang PR buat?!?!?! Bila adun PR jatuh miskin, maka tak heranlah ada yg terdesak dgn tindakan yg dulunya dia tentang, tapi hari ini dia sendiri melanggar prinsipnya demi sesuap nasi. Jawapan kita mudah, sering menyalahkan pihak lawan. Ada perkara yang salah dari kita sendiri tidak nampak, masing-masing jaga parti melebihi dari menjaga kehendak rakyat.

Apakata semua ADUN PR Perak pakat-pakat melompat jadi bebas, dan wujudkan PAKATAN BEBAS yg akan mencipta sejarah memerintah negeri ini. Pakatan Bebas dan rakyat pun bebas dari belenggu UBN. Sanggupkah ADUN PR meninggalkan parti masing-masing demi rakyat! Atau tunggu offer baru keluar?!?!Namun di Perak walaupun BEBAS minoriti tapi merekalah yang berkuasa, dan....lumayan beb!!

PERAK NGERI LAGI!

28.10.2009


SUMBER : http://www.youtube.com/user/malaysiakini

OM: Perak sekali lagi menonjol dimata dunia, MB Haram Zambry yang belum pasti kemelayunya dan juak-juaknya terus merosakkan sistem demokrasi dan perundangan serta memperkudakan yang secara tidak langsung menjahanamkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia.

Terima Kasih kepada petugas dan bloggers yang melaporkan suasana NGERI ini untuk tatapan rakyat. Tahniah juga buat Adun-adun Pakatan Rakyat Perak yang masih bersemangat meneruskan misi Bubar Dun untuk dikembalikan kepada Rakyat membuat pilihan.

Teruskan mencapai hajat rakyat, lakukan perubahan dalam parti demi rakyat bukan demi kepentingan politik. Politik adalah landasan untuk berkhidmat untuk rakyat!

NEGERI MAHKAMAH 2

Sejak akhir-akhir ini mahkamah memainkan peranan di negeri gua yang bukan emas tapi Perak! Gua luahkan sebelum ini di sini . Dan sejak PM 1Malaysia menjadi ketua umno di Perak menyusun strategi merampas negeri gua dgn mempergunakan 3 ekor katak, gua yakin musnahnya demokrasi di negeri gua dan segala apa jua badan akan di'umno'kan untuk mengiyakan tindakan yang membelakangkan rakyat perak termasuk gua.

Gua bekerja keras di PRU sebagai penggantung poster dan banner dgn kerjasama PAS Seri Manjung, ketika itu IR Nizar sempat memberhentikan keretanya dan bersalaman dgn gua di tepi jalan walaupun gua bukan PAS. Cukup sekadar kata2 semangatnya pd gua ketika itu, dan kepenatan dari PRU terdahulu hingga PRU12 membuahkan hasil! Gua ambil cuti sendiri meraikan kemenangan kami. Tapi setahun kemudian ia hancur dek tangan PM 1Malaysia dgn lompatan katak-katak yang keriangan menerima 'hujan-hujan' dari umno. Raja gua diperbodohkan, Zambry menggelapkan negeri gua!! DS Nizar menjadi hero gua kini!

Kini menjadi lebih buruk apabila mahkamah pun huru-harakan keadaan rakyat perak dan gua. Mahkamah diperbodohkan juga, kini mahkamah pun turut di'umno'kan! Negeri gua kini benar-benar terletak pada mahkamah bukan rakyat! Sidang DUN pun dah tak bererti, mahkamah akan bersuara bagi rakyat perak. Dan sepertimana gua katakan sebelum ini, rakyat perak tak perlu pilihan raya, bior mahkamah aje yang tentukan. Mahkamah pun mahkamah umno bukan mahkamah rakyat! Urusan kita lepas ni bukan dengan kerajaan haram, tapi melalui mahkamah. Ketua-ketua kampung di Perak yang nak saman Zambry melalui mahkamah pun, gua dah tahu keputusannya, ini semua kerja mahkamah umno! Mahkamah pun dah pandai main lompat-lompat mcm katak di negeri gua, kejap sidang tak boleh pakai, sekejap hanya sidang je yg boleh bg kataputus! mana satu ni?!?! mahkamah memperbodohkan gua dan rakyat perak.

Usah harap la kerajaan perpaduan dgn apa yg dah umno buat kat negeri gua! Mahkamah menjadi mangsa politik umno, rakyat perak menjadi mangsa mahkamah! Gua kini berkerajaankan mahkamah! Sekali lagi kita jumpa di mahkamah!

NEGERI MAHKAMAH

Pilihan Rakyat Perak Adalah Keputusan Mahkamah,
Keputusan Mahkamah adalah Pilihan Rakyat

Segalanya mahkamah yang menentukan HAK rakyat Perak memilih Kerajaan melalui mahkamah, budak Suruhan Jaya Pilihan Raya TAK BOLEH buat apa. MB juga akan ditentukan mahkamah , kalau parti majoriti skalipun, belum tentu jadi kerajaan atau jawat MB, mahkamah akan tentukan.

Nasib baik, Raja gua tak dilantik melalui mahkamah, kalau tidak pasti ramai nak jadi Raja gua. Raja gua bekas ketua hakim negara mahkamah, sekarang Raja gua Raja negeri pilihan kerajaan Mahkamah dibawah pemerintahan MB mahkamah rayuan. Itu hari ada Raja nak saman Raja gua di Mahkamah, namanya Singh is King, Raja di Parlimen tapi jawat peguam di mahkamah.

Petikan Utusan :
Muhyiddin dengan angkuh berkata: "Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan...ikut prinsip perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak."

Peguam, Datuk S. Ambiga berhujah: "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa telah bertindak secara tidak sah, tidak wajar dan tidak munasabah apabila enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.Tindakan SPR tidak mengadakan pilihan raya kecil itu juga disifatkan sebagai bertindak di luar bidang kuasa atau fungsinya.

Kini, rakyat perak di bawah kerajaan mahkamah mungkin tidak perlu lagi susahpayah berkempen mahupun pergi mengundi. Kalau undi parti, belum tentu selamat, hujan bila2 boleh turun melompatkan katak-katak yang dipilih rakyat. Yang nak jadi calon mesti ada 'lawyer' utk dapatkan jawatan atau nak bentuk kerajaan mahkamah. Bior je mahkamah tentukan kerajaan kita.

See U in Court!!!!

PERAK 2 SEPTEMBER

Gua ralat, sekali lagi adun2 gua tak boleh masuk suk, ada yang kena tangkap, tangkap gambar pun kena tangkap, parpukari polis tak muat gari, geng daulat tuanku tak larat nak pangku, inilah negeri ku....

Gua layan blog member gua, sya-reformis.....
Huraian 2 September 2009
video awal sekitar 2 september 2009

ADUN PANGKOR vs ADUN PASIR PANJANG & SITIAWAN

Gua baca di blog ADUN PANGKOR di sini. Isunya SYURGA & NERAKA. Gua baca gak blog ADUN SITIAWAN di sini, isunya Zambry is telling lies again - Zambry bercakap bohong Lagi.

Macamana nak masuk syurga kalau menipu. ADUN SITIAWAN nasihatkan 'BN-Be Truthful and honest' . ADUN PASIR PANJANG kata Sidang Dun Perak 2 September akan bahas titah tuanku dan pergantungan Zambry di sini.

Gua bertambah pening dgn Zambry Perampas Hak Rakyat. Kita tunggu sidang dun perak nanti.
BUBAR DUN PERAK!!!!!!!!!!!

P.PASIR: SURAMNYA KERANA RAMADHAN- ZAMBRY

Petikan dari blog MB Haram 'J' :

PERMATANG PASIR OH PERMATANG PASIR : Sepanjang berada di Permatang Pasir ini keadaannya sedikit suram dengan kedatangan Ramadan dan hujan. - DATO' SERI DR ZAMBRY
Sian zambry...suram betul, Ramadan tak meriah bagi zambry. Ke takde sapa dah nak sambut zambry kat permatang pasiaq?! -OM

BOYCOTT ZAMBRY

Boycott Zambry
Media Statement by Ngeh Koo Ham in Ipoh on Thursday, 20th August 2009:

Perak State is in a stand still mode and the people suffer as a result. Call on the people to boycott Zambry and his exco for refusing to bow to the wishes of the people that the Perak State Legislative Assembly be dissolved and a fresh election called to resolve the present predicament.

More than 6 months have elapsed since the immoral and unprincipled grab of power in Perak by Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir and his Exco members. The people of Perak is suffering as no serious investor would want to have a look at Perak due to the uncertainties created by Dato’ Seri Zambry and his BN power grabbers. Recent announcements that some investors are interested to invest in Perak are only eyewash to mislead the people. None of the projects is moving and investors remain at the interested to invest stage.The position of the Menteri Besar is still in doubt waiting for the final arbiter, the Federal Court to make a decision. Entangled together with the question as to who the legitimate Menteri Besar is, is the uncertainty of the local councilors and the village heads appointed by BN to replace the councilors and village heads appointed or elected under the Pakatan Rakyat Government. We hardly see anything moves in Perak as a result. BN is solely responsible for this state of affairs.

During the 10 months’ reign of Perak by Pakatan Rakyat under the able leadership of Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin, people see positive changes sweeping through Perak which benefited them. During the short 10 months, scores of positive changes were made which benefited the people.

The people must end this present predicament and the way forward is to dissolve the State Legislative Assembly and allow a fresh election to be held. 90% of those surveyed (which includes both BN and PR supporters) wanted the State Legislative Assembly dissolved. We cannot allow Dato’ Seri Zambry Bin Abd Kadir to go against the wishes of the people. I call on the people to boycott Zambry and his exco members. All organizations and associations must stop inviting them to their functions to send a clear and strong message that we will not accept Zambry’s refusal to dissolve the State Legislative Assembly. Zambry from UMNO with his racist’s mind has said that I have called on the Chinese Associations not to invite him to their functions which is a lie. He tries again to play the racial card which is in vogue with UMNO leaders. My call is to all organizations and associations and to people of all races and religions to boycott him and his Exco members. The desire to see the Perak State Legislative Assembly dissolved to pave the way for a fresh election comes from people of all races and religions as the people is demanding back their democratic rights to chose their leaders to lead the state of Perak.
________________________________________
* Ngeh Koo Ham, Perak DAP Chairman & MP for Beruas; Senior Exco Pakatan Rakyat Perak State Government


SUMBER : SERVANTHOOD

LAGI ZAMBRY KENA HAMBAT!!!!!!

Petikan dibawah ni diambil dari utusan, jadi fikir-fikirkanlah sendiri beritanya. Yang nyata, rakyat Perak dah menyampah kat MB Haram 'J'. Itu hari lu bikin kecoh bawa 'samseng' masuk dewan tarik dewan 'speaker' dgn 'microphone'nya sekali, kena kurung pulak tu. Skang kena kat lu pulak. MB gua dah pesan kalau tak bubar dun selewat2nya september ni.....lihat dan tunggu lah.

Kat bawah ni dan dlm tv lu cakap lu bukan pengecut, hahahaha......kalau bukan pengecut, dah lama lu bubarkan dun Perak baru lu boleh kata lu bukan pengecut!! Oh ya, mungkin 'telur lu yang kecut kut'. Tu pasal lu perkudakan brader sunny gua yang dah hilang arah Islamnya lebih ke melayu..........

Korang baca je la utusan melayuuuuuu.......... -OM

'Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat'
IPOH 17 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberi amaran keras kepada pakatan pembangkang supaya tidak menggunakan cara samseng untuk menghalang beliau menjalankan tugas terhadap rakyat.

''Saya beri amaran keras jangan halang saya berkhidmat dengan cara (guna samseng) ini. Saya datang untuk beri perkhidmatan kepada rakyat.

''Jangan ingat saya takut atau seorang pengecut. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, saya sebenarnya telah dinasihatkan oleh pasukan keselamatan supaya tidak hadir pada majlis itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau yang telah berada di Taiping ketika itu terpaksa mewakilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid selepas dinasihatkan oleh polis supaya tidak hadir pada program itu.

Ia ekoran tindakan kira-kira 20 penyokong pembangkang dari DAP yang diketuai Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; ADUN Aulong, Yew Tian Hoe dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai merancang membuat kecoh di Dewan MPT tersebut.

Keadaan tersebut benar-benar berlaku apabila Kor Ming bersama penyokongnya bertindak keluar dewan ketika majlis sedang berlangsung dan cuba menimbulkan kekecohan dengan membawa kain rentang bertulis 'MB haram, malu! malu! malu!'

Sumber : utusan online

OM : Lu pun samseng, eloklah kena dgn 'samseng?!?!', samseng mana ada takut, bukan pengecut macam lu....lu ni pengecut tapi samseng, adoiyaaa......zambry...zambry...zambry. Ituhari, lu dah kena halau dengan tuan tanah di Lekir, di batu gajah pun sama, kat Ipoh lu kena 'booooo', lu 'tazkirah sepatah dua kata' pun polis pakat jaga keliling masjid, esok lusa tak tahu la apa nak kena kat lu lagi ni. Bubar je dun, baru orang kata lu berani bukan pengecut, bukan main rampas macam SAMSENG!! Lu samseng dan pengecut!! Gua tak fahammmmmm.........