NEGERI MAHKAMAH

Pilihan Rakyat Perak Adalah Keputusan Mahkamah,
Keputusan Mahkamah adalah Pilihan Rakyat

Segalanya mahkamah yang menentukan HAK rakyat Perak memilih Kerajaan melalui mahkamah, budak Suruhan Jaya Pilihan Raya TAK BOLEH buat apa. MB juga akan ditentukan mahkamah , kalau parti majoriti skalipun, belum tentu jadi kerajaan atau jawat MB, mahkamah akan tentukan.

Nasib baik, Raja gua tak dilantik melalui mahkamah, kalau tidak pasti ramai nak jadi Raja gua. Raja gua bekas ketua hakim negara mahkamah, sekarang Raja gua Raja negeri pilihan kerajaan Mahkamah dibawah pemerintahan MB mahkamah rayuan. Itu hari ada Raja nak saman Raja gua di Mahkamah, namanya Singh is King, Raja di Parlimen tapi jawat peguam di mahkamah.

Petikan Utusan :
Muhyiddin dengan angkuh berkata: "Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan...ikut prinsip perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak."

Peguam, Datuk S. Ambiga berhujah: "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa telah bertindak secara tidak sah, tidak wajar dan tidak munasabah apabila enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.Tindakan SPR tidak mengadakan pilihan raya kecil itu juga disifatkan sebagai bertindak di luar bidang kuasa atau fungsinya.

Kini, rakyat perak di bawah kerajaan mahkamah mungkin tidak perlu lagi susahpayah berkempen mahupun pergi mengundi. Kalau undi parti, belum tentu selamat, hujan bila2 boleh turun melompatkan katak-katak yang dipilih rakyat. Yang nak jadi calon mesti ada 'lawyer' utk dapatkan jawatan atau nak bentuk kerajaan mahkamah. Bior je mahkamah tentukan kerajaan kita.

See U in Court!!!!

No comments: