Turut hadir, Azam, Pak Itam dan Hamidun (penyelia dun pasir panjang) dalam mendengar pendapat dan pengalaman brader MSK.
Dalam pertemuan santai ini, sempat brader MSK meluahkan ertikata 'aktivis politik dan ahli politik' serta 'pemimpin parti dan pemimpin rakyat'.Di Perak adalah lebih ramai pengundi 'non-partisan' dari ahli parti, justeru pemimpin2 parti 'wajib' sedar akan realiti ini. Kemenangan sebenar adalah dari rakyat teramai yang tidak berparti. Wajib bagi pemimpin parti yang menang harus 'memenangkan' hasrat rakyat bukan 'mempartikan' rakyat. Apa kemahuan mereka belum tentu itu kemahuan parti, suara-suara inilah yang mahukan perubahan serta memberi undi kepada parti mereka.
Blog sudah menjadi tempat luahan malah memberi kesan yang luas! Pemimpin parti seperti MSK katakan 'wajib' menjadi 'Pemimpin Rakyat' dan mengambilkira suara-suara perubahan yang rakyat mahukan, tapi sejauhmanakah pemimpin menitikberatkan penulisan para bloggers?!?!
Dan yang menarik minat warga OM adalah untuk menyertai Bengkel Penulisan PerakEkspress di Kuala Kangsar seperti yang diusulkan. Confirm join!! Bukan senang nak dapat kursus free....dan bagi yang berminat untuk menjadi siswa Universiti terbuka Perak boleh hubungi brader MSK. Para blogger PR, jom pi sekolah untuk 'menajamkan' penulisan!!
Dan banyak lagi yang dibicarakan oleh team Perak Ekspress................isu Dun Perak bakal dibubarkan pun turut diolah, silap haribulan speaker Ganesan pulak bakal disung keluar dewan tapi sudah bersediakah Pakatan rakyat untuk menghadapi PRK di Perak nanti?!?!
Hope, perjalanan Perak Ekspress terus gah bagi menguatkan Pakatan Rakyat di Perak dan bakal menjadi info utama rakyat Perak dengan langkah 'turun padang' pertama di Manjung.
Terima Kasih kepada memberi sumbangan dalam pertemuan yang tak seberapa namun inputnya amat dihargai warga OM. Semoga pertemuan kali pertama ini bukan kali terakhir!
-man, cicithjhassanu, kintan, che gun, atanxmen-
No comments:
Post a Comment