SELAMAT HARI RAYA ZAMBRY!!

Tahun ni ramadan dan raya di Manjung setiap simpang ada banner adun pangkor merangkap MB haram Perak, sampaikan bini gua cakap bersepah2 muka zambry la ni. Gua dah meluat hari2 terpaksa gak tengok banner2 yg bersepah di laluan harian gua. Zambry sendiri akui, katanya banyak yg kena koyak, buang dan yang tragis kena simbah cat!

Mula tu ada gak bunyi2 kata warga om yg buat...hahaha. Katanya orang yang marah kat zambry je yg buat kerja simbah ni. Gua cakap kalau kira macam tu, kat manjung ni dah terbakar billboard tu bukan simbah lagi. Tapi mungkin gak, ada orang marah kat zambry pasal janji bagi elaun khas untuk tok siak dan bilal sebelum raya tapi janji itu tidak diperasan oleh MB haram, maka benganglah segala bilal dan siak. Gua tak heran, zakat yg di'organise'kan pun boleh jadi puak depa punya.....mmmmm

Jadi, suspect utama yg simbah cat banner zambry adalah tok siak dan bilal! sian tok siak dan bilal gak yg gua kenakan. Harusnya zambry juga muhasabah diri kenapa banner2 dia orang perlakukan seperti itu................atau mungkin lu ada hutang sama along?!?!?!?! Simbah2 ni kerja along aje.

Gua cuma nak tanya kat adun pangkor, berapa sen 'rakyat' yg dipakai utk banner2 yg berselerak seluruh manjung ni....buat orang loya je! Yg pasti, kontraktor yg pasang banner tu tahun ni meriah la merayakan kekayaan!!

2 comments:

al-brangi Online said...

salam,

slmt hari rya,
maaf zahir batin.
terima kasih kerana sudi singgah diblog saya.

teruskan perjuangan

adf55650 said...

Perjuangan apa ek?
Nak bagi Nizar peluang gadai bangsa dan Agama lagi ke? Cukup la 11 bulan bagi peluang. Nanti habis orang Melayu kene duduk dgn Org asli atas gunung. Gaduh pulak dgn tok batin.