Music Video Versi Kemusnahan Hutan Simpan Kekal Pangkor Selatan; Tangkap & Hapuskan Yang Haram Itu! Alunan bahasa alam untuk Si Penguasa yang tidak mahu faham rintihan alam, yang putar alam memusnahkan alam!
Tajuk Asal Lagu: SEKITAR ALAM
Original Video oleh AbdullahJones. (Link: Di SINI)
Lagu & Nyanyian oleh Meor Yusuf Aziddin aka Meor PestaJiwa.
Sajak oleh AbdullahJones
Video Versi Pangkor oleh OM TubeVision Crews.
Gambar dari Lensa OM Crews terjah Pangkor act., Sahabat Alam Malaysia members, FB OM Fans, OM Community dan selainnya dr google, blog dsbgnya.
Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor.
Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.
BHGN 4/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.
Dato Seri Anwar Ibrahim mengakhiri Program sekitar Manjung dengan ceramahnya di Teluk Rubiah yang dihadiri ribuan penduduk.