Showing posts with label DS ANWAR. Show all posts
Showing posts with label DS ANWAR. Show all posts

DS ANWAR: PERAK & PUTRAJAYA

10.12.2011, Pekan Beruas, Perak. (RRNP6/6)

 Rapat Rakyat Negeri Perak (RRNP) 'Bersatu Menuju Ke Putrajaya' anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas.

 

DSAI: VIDEO SEKITAR HALANGAN DI PANGKOR, CERAMAH DI TELUK RUBIAH.

23.04.2011, Pulau Pangkor, Perak.


Ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pangkor.


Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor.


Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.


BHGN 4/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Dato Seri Anwar Ibrahim mengakhiri Program sekitar Manjung dengan ceramahnya di Teluk Rubiah yang dihadiri ribuan penduduk.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: DS ANWAR IBRAHIM DI SURAU MADAH MANJUNG.


23.04.2011, Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung, Perak.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.


Jamaah menyambut ketibaan DSAI

Sebelum itu, DSAI ke Pulau Pangkor yang mana gerombolan DSAI pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.

Lencong ke Jeti Sg Pinang kecil Pangkor, Link 1: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1357272427841Link
Sambutan Penduduk Pangkor, Link 2 : http://www.facebook.com/video/video.php?v=1358331574319

Ceramah Penuh di Pangkor, Link 3 : http://www.youtube.com/watch?v=5KGSxaWVt0k

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

NAMA ALLAH KONSPIRASI DARI DALAM UMNO

12.01.2010
Oleh OMan

Saya mengikuti penulisan Mat Saman Kati (MSK) bab polifiksyen ke semua siri, dan yang terkini adalah Polifiksyen 10 : Strategi di mana DS Anwar mendedahkan tentang isu nama Allah yang tercetus. Namun, persepsi yang saya unjurkan sebelum ini adalah dari pihak yang sama, tetapi strategi dan tujuannya berlawanan. Di sini saya ambil perkara yang berkaitan untuk paparan, coretan penuh di PerakExpress.

Ikuti petikan Bicara DS Anwar dan MSK :

Tiba-tiba…Eekmal masuk bawa sehelai kertas dan diberikan kepada Anwar. Tambah meleret senyum dia. dan dia pas kat aku.

“Dalam dok kata…” kata Anwar.

Aku tengok…laporan Malaysian Mirror tentang kemasukan parti SNAP di Sarawak kedalam Pakatan Rakyat. Hangpa nak baca…pi kat sini.

“You’ll see. Dalam seminggu dua ni…ada lagi satu parti akan menyertai Pakatan Rakyat. Menjelang akhir bulan ini, Pakatan Rakyat akan ada tujuh parti!!”

“Whoa!! Pasai apa aku tak tau?”

“Bukan boleh bagi tau kat hang…mulut capui.” kata Anwar.

“Kalau takat parti-parti dari Sabah Sarawak yang masuk, tapi undi Melayu kat Semenanjung jatuh…nak buat apa? Nanti jadi macam 16 September dulu…tak guna jugak.” aku kata. “La ni…berapa ramai orang Melayu yang pi sokong Najib pasai isu Allah? Kalau pilihanraya dibuat sekarang…teruk kita.”

“No.no.no..That’s part of the plan.” kata Anwar.

Aku lagi blurrr. “You mean…you’re part of the conspiracy?”

“No..no..no. Hang tau….isu nama Allah ni adalah konspirasi dari dalam Umno sendiri. Hang ada dengaq Muhyidin buat komen? Hang ada dengaq kata Khairy sokong depa yang berdemo?” tanya Anwar.

“Hang perati tengok…orang yang berdemo hari tu…sama tak dengan orang yang berdemo kat Ipoh masa depa seret Sivakumar dulu? Ni sapa dia?”

Lagi aku blurr. Aku bukan ada kabel dalam Umno.

“Rosmah nak tendang Muhyidin..dan hang ingat lagi ka sapa yang tendang Pak Lah?” Anwar tanya aku lagi.

Yang tu aku tau la. Najib.

“Hang pun tau…kekuatan Umno bukan kepada Melayu Semenanjung. Umno bergantung kepada kekuatan Sabah dan Sarawak. Kalau depa kalah di Sabah dan Sarawak…Umno lingkup. Dan bila isu nama Allah ini berlaku…sapa yang rugi secara politik?” bertalu-talu Anwar tanya aku.

“Pasai apa nak selesai sama ada Murthy islam atau tidak dibawa keMahkamah Syariah? Isteri dia bawa ke mahkamah civil, tapi kerajaan mati-mati nak bawa kemahkamah syariah. Tapi bila nak selesai perkara yang lebih besaq lagu ni depa bawa mahkamah Civil?

Pasai apa depa tak lantik peguam yang tau tentang Syariah untuk menjadi peguam kerajaan? Pasai apa depa ambik peguam yang tak tau pasai Syariah…pi wakili kerajaan dalam mahkamah?”

Aku tak perasan pun benda tu!!

“Pasai depa saja mau kalah. Supaya isu ini dapat dicetuskan. Supaya orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak marah kat BN.” kata Anwar.

“You mean…orang dalam Umno juga yang buat konspirasi ini?” aku tanya.

Shhhhhh!!!

OM : Ikuti sambungannya di PerakExpress hasil ke'capui'an MSK. Teruskan ber'capui' bicara untuk tatapan rakyat.