SIARAN TERTUNDA: TUKAR TIUB, MOTIF VIDEO SEKS

21.04.2011, Seri Manjung.

Wacana Santai Bersama Sdr Hishamuddin Rais Blogger Tukar Tiub (http://tukartiub.blogspot.com/) bersama Sdr Khairul Anuar Timbalan Ketua AMK Malaysia, anjuran AMK 'GRAGUK' Lumut di bawah Sdr Khairil Azhar Timbalan Ketua AMK Perak.



Pandangan terbuka kaitannya Politik Antarabangsa dengan Politik Tanah Air, isu yang harus diperlihatkan yang mana ia melibatkan pembabitan pemimpin politik tanah air. Justeru, isu terkini yang panas perihal video seks yang diluar jangkaan politik yang memusnahkan kredibiliti politik tanah air, politik songsang ini hanyalah mahu mengekalkan kuasa jahat. Matlamatnya hanya mahukan PAS sebagai Parti TERKUKUH dalam Pakatan Rakyat agar meninggalkan PR, ini kerana Pakatan Rakyat akan kukuh selagi PAS bersama Pakatan.

Wacana ini berlangsung seminggu sebelumnya berlaku kerosakan Institusi Islam oleh Trio yang melakukan 'SUMPAH LAKNAT' yang tersasar dalam Syariat Islam kerana menuduh dan membabitkan orang lain, sedangkan ia hanya untuk bermatlamat untuk membela tertuduh. 2 - 3 hari ini, jelas motif yang dibincangkan dan diutarakan benar terjadi yang mana pelawaaan PAS bersama BN oleh Bapak Perdana Menteri. Lebih mengelirukan hari ini (30.04.2011) menolak PAS ke dalam BN kerana memperjuangkan Islam, beerti bukanlah DAP tidak menerima konsep perjuangan PAS malah MCA yang penuh rasisnya turut mengugut BN sekiranya PKR boleh berjuang menghapuskan keistimewaan Bumiputra & Melayu khususnya, Presiden akan memberi undi kepada PKR. Tapi ditolak oleh PKR dan disambut sinis yang mana sepatutnya MCA cadangkan kepada rakan BNnya bukan PR.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

1 comment:

Anonymous said...

tabik utk sdr TT tentang analisa politik dunia yg dibincangkan, membuka mata dan minda bagi saya yg baru nak berjinak2 dgn dunia politik.

harap ada lagi video2 ceramah beliau yg boleh dikuti di internet ini